Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Hari jadi penuh makna

View previous topic View next topic Go down

Hari jadi penuh makna

Post by Park Deen on Thu Aug 30, 2012 4:28 am

Hari jadi penuh makna (Kosmo)



Oleh ASZAHARI ALI
sukan@kosmo.com.my


FAUZI (tengah) meraikan jaringannya ketika membantu Pahang membelasah Sarawak 6-0 di Stadium Darul Makmur kelmarin.




KEJAYAAN Pahang membelasah Sarawak 6-0 pada aksi Piala Malaysia di
Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi memberi erti yang cukup besar
kepada Mohd. Fauzi Roslan.

Ini kerana Fauzi berjaya meledak hatrik, sekali gus membantu Pahang
merakamkan kemenangan bergaya di hadapan ribuan penyokong sendiri.

Lebih manis, kejayaan Fauzi menyumbat tiga gol itu jatuh sehari selepas hari ulang tahun kelahirannya yang ke- 24.

"Ini adalah hadiah hari jadi paling bermakna buat saya. Pada mulanya,
saya tidak meletakkan berapa jumlah gol yang mampu saya hasilkan pada
perlawanan ini.

"Apa yang penting, Pahang meraih tiga mata penuh dengan mengalahkan Sarawak di depan penyokong kami sendiri.

"Saya gembira dan bersyukur kerana dapat melakukan jaringan hatrik,
seterusnya membantu Pahang melakar kemenangan besar," jelas Fauzi
kelmarin.

Pengendali Pahang, Dollah Salleh pula berkata, kesungguhan para
pemainnya yang melakukan serangan tanpa henti sepanjang 90 minit
perlawanan menjadi penyumbang kepada kemenangan besar itu.

"Saya gembira dan berpuas hati dengan gol hatrik yang dilakukan Fauzi
dan kesungguhan Gopinathan menjaringkan gol keenam pada minit-minit
terakhir perlawanan.

"Kemenangan ini adalah hasil kerjasama semua pemain. Maycon Calvalho
tidak menjaringkan gol dalam perlawanan semalam (kelmarin) tetapi dia
banyak membantu rakan sepasukan mencipta peluang," kata Dollah.

Mengakui anak-anak buahnya sering leka pada minit- minit akhir
perlawanan, Dollah berkata, berdasarkan perlawanan kelmarin, mereka
mendengar pesanan beliau dan membaiki corak permainan.

"Saya kata kita main bola bukan hanya untuk 60 minit sahaja tetapi 90
minit. Ternyata apa yang ditegur, mereka perbaiki," jelasnya.

Dalam perlawanan yang dihadiri 5,000 penyokong tuan rumah, Pahang
menguasai babak pertama dengan mendahului dua gol menerusi jaringan
Fauzi pada minit ke-32 dan 45.

Kelalaian benteng pertahanan Sarawak terus dihukum pada babak kedua
apabila Hafiz Kamal menambah jaringan Pahang pada minit ke-60, disusuli
ledakan gol oleh Kockin Boris berselang 10 minit kemudian.

Fauzi melengkapkan hatrik apabila menjaringkan gol pada minit ke-87
sebelum Gopinathan menambah malam derita buat Sarawak dengan gol keenam
Pahang.

Kemenangan itu membolehkan Pahang mengumpul tujuh mata untuk kekal
berada di atas Kumpulan D, diikuti Selangor dan Sarawak yang berkongsi
empat mata.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum