Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Hai-O tekad julang maruah ATM

View previous topic View next topic Go down

Hai-O tekad julang maruah ATM

Post by Park Deen on Thu Aug 30, 2012 4:27 am

Hai-O tekad julang maruah ATM (Kosmo)









KAPTEN Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Hairuddin Omar (gambar) sudah
memasang azam membantu pasukannya mara ke saingan suku akhir Piala
Malaysia.

Berdasarkan persembahan ATM sepanjang tiga perlawanan peringkat
kumpulan sebelum ini, Hairuddin atau lebih di- kenali sebagai Hai-O
menganggap pasukannya sudah bersedia untuk melaksanakan misi tersebut.

"Sepanjang tiga perlawanan lalu, kami beraksi dengan baik apabila berjaya mencatatkan dua kemenangan dan satu seri.

"Berdasarkan prestasi semasa, saya yakin rakan-rakan sepasukan begitu
bersemangat untuk mempamer- kan aksi lebih baik pada tiga baki
perlawanan akan da- tang.

"Saya berharap mereka berjuang habis-habisan memandangkan ATM tidak
pernah berjaya mara ke pering- kat suku akhir," jelas Hai-O kelmarin.

Ditanya mengenai perlawanan menentang Kelantan di Stadium Sultan
Muhammad IV, Kota Bharu, Sabtu ini, Hai-O meramalkan pertemuan sengit
antara kedua-dua pasukan.

"Saya akui perlawanan di Kota Bharu nanti sukar buat kami tetapi
berbekalkan semangat tinggi, kami tekad untuk mengekalkan aksi cemerlang
sebelum ini.

"Umum mengetahui bahawa ATM berada dalam 'kumpulan maut' yang mana
selepas kami bertemu Ke- lantan, kami akan menentang Terengganu di
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

"Jadi, satu mata amat penting ketika menentang Kelantan dan saya
yakin kami mampu berbuat demikian berdasarkan prestasi semasa," katanya
yang pernah membantu Kelantan, Negeri Sembilan dan Terengganu muncul
juara Piala Malaysia sebelum ini.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum