Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

'Bukan pilihan kedua'

View previous topic View next topic Go down

'Bukan pilihan kedua'

Post by Park Deen on Thu Aug 30, 2012 4:22 am

'Bukan pilihan kedua' (Kosmo)



Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


IMBAS KEMBALI... Kim Swee (dua dari kanan) mengendalikan latihan pasukan Harimau Muda pada Sukan SEA 2011 diJakarta, Indonesia.




DI saat perjuangan dalam aksi Liga Singa- pura (Liga S) 2012 masih
belum ternoktah, timbul pula spekulasi bahawa skuad Hari- mau Muda
enggan lagi mengambil bahagian dalam liga tersebut musim depan.

Segala-galanya bermula apabila Harimau Muda dikatakan mahu ‘berguru’
di Eropah sebagai persiapan awal mempertahankan pingat emas pada temasya
Sukan SEA 2013 di Myanmar.

Disebabkan itu, wujud desas-desus nega- tif yang mengatakan bahawa
kempen Liga S tidak begitu kompetitif buat anak-anak buah Kim Swee,
sekali gus membayangkan perjuangan mereka dalam saingan musim ini
seolah-olah sekadar ‘makan angin’ semata- mata.

Begitupun, Kim Swee memiliki alasannya tersendiri berhubung perkara
itu, sambil menegaskan, Liga S tetap menjadi keutamaan anak-anak
buahnya.

“Jangan salah faham, Liga S bukannya pi- lihan kedua buat kami
memandangkan cabaran pasukan-pasukan lain dalam liga tersebut memberikan
kesan positif kepada co- rak permainan kami,” katanya kepada Kosmo!
kelmarin.

Berdasarkan memorandum persefahaman (MoU) antara Persatuan Bola Sepak
Malay- sia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Singa- pura (FAS) sebelum
ini, skuad Harimau Muda beraksi dalam saingan Liga S sehingga 2015
manakala wakil Singapura, Lions XII menyertai Liga Malaysia (Liga M).

Mengulas lanjut, Kim Swee berkata, skuadnya berhasrat untuk menimba
ilmu di Eropah sebagai persiapan awal memperta- hankan pingat emas Sukan
SEA yang dimenangi mereka di Jakarta tahun lalu.

Menurut Kim Swee, sebagai juara dua edisi berturut-turut, saingan
Liga S dilihat memberi peluang kepada pasukan-pasukan lain ‘mengintip’
kekuatan Harimau Muda.

“Jadi, saya rasa ada baiknya kami kekal berlatih secara ‘rahsia’ di
Eropah (Slovakia) seperti mana sebelum ini, dan saya harap keputusan
(sama ada menyertai Liga S musim depan atau tidak) dapat diselesaikan
segera,” jelasnya.

Ketika ini, Harimau Muda berada di tangga kelima Liga S dengan 29
mata, lapan mata di belakang pendahulu liga, Albirex yang begitupun
beraksi lebih dua perlawa- nan.

Mereka yang melakar kemenangan 2-1 ke atas Brunei DPMM Ahad lalu
bakal melayan kunjungan pasukan di tangga ketujuh, Armed Forces di
Stadium Yishun, Sabtu ini.

Ia merupakan aksi terakhir anak-anak buah Kim Swee dalam saingan Liga
S sebelum ‘berehat seketika’ bagi menyertai kejohanan jemputan Piala
SCTV di Indonesia selama dua hari bermula 9 September ini.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum