Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Saya bukan terkena buatan orang - Sharbinee

View previous topic View next topic Go down

Saya bukan terkena buatan orang - Sharbinee

Post by Park Deen on Wed Aug 29, 2012 10:21 am

Saya bukan terkena buatan orang - Sharbinee (Kosmo)









PENJAGA gol utama Terengganu, Mohd. Sharbinee Allawee Ramli (gambar)
menafikan dakwaan yang dia terkena buatan orang atau sihir ketika aksi
menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada saingan Piala Malay- sia,
Sabtu lalu.

Sebaliknya Sharbinee berkata, dia hanya mengalami masalah pernafasan
ketika insiden yang berlaku di Stadium Majlis Perbandaran Selayang
(MPS), Selayang itu.

Kejadian tersebut menyaksikan pemain yang berusia 25 tahun itu
pengsan sehingga terpaksa dikejarkan ke Hospital Selayang pada malam
tersebut.

Bagaimanapun, dia dibenarkan keluar dari hospital itu pada pukul 2 pagi keesokan harinya.

"Saya pengsan (pada perlawanan itu) kerana masalah kesihatan dan tiada kaitan langsung dengan terkena sihir.

"Pada mulanya, simptom-simptom awal akibat gatal di badan menunjukkan saya mengalami keracunan makanan atau alahan.

"Sebenarnya, saya tidak mengalami alahan sebagaimana yang
diperkatakan oleh pihak-pihak tertentu memandangkan saya sudah biasa
menikmati makanan laut itu (udang) sebelum ini.

"Buat masa ini, saya masih belum mendapat apa-apa maklumat berhubung penyakit itu.

"Doktor telah menjalankan ujian terhadap sampel darah saya dan
keputusan (penyakit) akan diketahui dalam tempoh beberapa hari," kata
Sharbinee ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Dalam masa yang sama, Shar- binee berharap spekulasi liar yang mengatakan dia terkena sihir dihentikan segera.

"Saya agak terkejut apabila ada pihak yang mendakwa saya terkena buatan orang (sihir).

"Sebenarnya, susah untuk saya menjelaskan perkara ini selagi tiada informasi mengenai penyakit saya daripada pihak hospital.

"Saya sudah biasa makan makanan laut dan pada pendapat saya, alergi pada udang itu bukan punca saya pengsan.

"Namun, saya memanjat syukur dan terharu terhadap semua sokongan dan
semangat yang diberikan daripada peminat-peminat yang tidak putus-putus
mendoakan kesihatan saya," katanya.

Dalam insiden yang berlaku kira-kira 10 minit sejurus aksi babak
kedua bermula di Stadium MPS, Sharbinee rebah di padang akibat pitam dan
terpaksa diusung keluar sebelum dikejarkan ke hospital.

Difahamkan, sebelum pengsan, dia sempat menanggalkan sarung tangan serta jersinya bagi mengurangkan rasa gatal yang dialaminya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum