Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Aksi Kelantan, ATM tegang

View previous topic View next topic Go down

Aksi Kelantan, ATM tegang

Post by Park Deen on Wed Aug 29, 2012 10:19 am

Aksi Kelantan, ATM tegang (Kosmo)



Laporan AHMAD FAZLI MOHD. YADI, AHMAD SYAHIR KASSIM, RADIAH SAORI, SYED ZULKARNAIN SYED ALI dan MANIRAH OTHMAN
sukan@kosmo.com.my


PENYERANG Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha (tengah) bersaing dengan pemain
pertahanan ATM, Azmi Muslim pada aksi Piala Malaysia di Stadium MPS malam tadi.




PERTEMBUNGAN antara juara Liga Super, Kelantan dan juara Liga
Perdana, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada aksi Kumpulan B kempen
Piala Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Selayang
malam tadi cukup hangat.

Seperti diramal, kedua-dua pasukan menampilkan aksi bertenaga dengan
melancar- kan serangan ke kubu lawan masing-masing sebaik perlawanan
bermula.

Begitupun, aksi menarik yang ditampilkan Kelantan dan ATM itu yang
berkesudahan seri 1-1, dicemari dengan insiden kekecohan yang dicetuskan
segelintir penyokong The Red Warriors ketika perlawanan memasuki minit ke-64.

Kekecohan itu berpunca daripada tindakan pengadil perlawanan, Mohd.
Amirul Iz- wan yang tidak memberikan sepakan penalti kepada Kelantan
selepas kapten, Mohd. Badri Radzi dijatuhkan dalam kotak penalti.

Akibatnya, perlawanan terpaksa dihenti- kan sementara selama 14 minit.

Sebelum itu, ATM terlebih dahulu berjaya merobek gawang Kelantan
hasil jaringan pe- nyerang import, Marlon Alex James pada minit ke-60.

Bagaimanapun, Kelantan memusnahkan impian ATM untuk meraih tiga mata
penuh apabila memperoleh gol penyamaan menerusi Obinna Nwaner pada lewat
perlawanan.

Di Stadium Darul Makmur, Kuantan, skuad Tok Gajah, Pahang 'naik minyak' apabila mengerjakan Sarawak 6-0 dalam aksi Kumpulan D.

Penyerang berbisa Pahang, Mohd. Fauzi Roslan muncul wira tuan rumah apabila berjaya melakar hatrik dalam perlawanan itu.

Tiga lagi gol Tok Gajah berjaya diledak oleh Hafiz Kamal, Boris
Kockhin dan R. Gopina- than, sekali gus meletakkan skuad kendalian
Dollah Salleh selesa menerajui Kumpulan D dengan tujuh mata.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu,
Selangor menghidupkan semula 'Misi 33' apabila menang tipis 1-0 ke atas
pasukan berstatus kelab, T-Team dalam satu lagi aksi Kumpulan D.

Safiq Rahim muncul wira pasukan pelawat apabila tenang menyempurnakan
sepakan penalti selepas pemain pinjaman, S. Veenod dikasari Norfazly
Alias pada minit ke-80.

Dengan kemenangan itu, Selangor kini berkongsi empat mata dengan
Sarawak manakala T-Team terperosok di tangga tercorot kumpulan apabila
sekadar mengutip satu mata setakat ini.

Di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah boleh menarik nafas lega selepas meraih kemenangan pertama setelah mene- waskan Terengganu 2-1 dalam saingan Kumpulan B.

'Ayam tambatan' Kedah, Khyril Muhymeen Mohd. Zambri muncul wira
apabila menjaringkan kedua-dua gol berharga di bawah sentuhan pertama
jurulatih dari Croatia, Mario Tot.

Kemenangan itu mencerahkan peluang skuad Kenari menyambar slot suku
akhir setelah tewas kepada ATM (2-0) dan Kelan- tan (2-1) sebelum ini.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, juara bertahan,
Negeri Sembilan gagal memanfaatkan peluang beraksi di halaman sendiri
apabila sekadar seri tanpa jaringan ketika berdepan Perak dalam aksi
Kumpulan C.

Di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, impian Johor
untuk mencatat kemenangan pertama dalam kempen Piala Malaysia tidak
kesampaian apabila sekadar seri tanpa jaringan dengan Lions XII.

Dengan keputusan tersebut, Lions XII kekal menerajui Kumpulan A
dengan lima mata. Satu lagi perlawanan kumpulan menyaksikan Johor FC
sekadar seri 1-1 dengan Selangor PKNS.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum