Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Kelantan semakin selesa

View previous topic View next topic Go down

Kelantan semakin selesa

Post by Park Deen on Tue Aug 28, 2012 4:57 am

Kelantan semakin selesa(HARIAN METRO)

Oleh Mohd Nor Asri Yaacob
am@hmetro.com.my

KELANTAN menjadi lebih selesa apabila tidak dilabel sebagai pasukan
pilihan selepas tewas 0-2 kepada Terengganu pada perlawanan pertama dan
sekadar menang tipis 2-1 dengan Kedah malah tetap akan tenang berdepan
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Selayang, malam ini.

Pengurus pasukan, Azman Ibrahim berkata, The Red Warriors lebih
selesa menjadi pasukan bukan pilihan kerana pemain boleh beraksi tanpa
tekanan.

Katanya, pasukan tidak lagi dilihat sebagai pasukan
ancaman dalam Kumpulan B selepas tewas sekali dan menang tipis dalam dua
perlawanan sejak kempen Piala Malaysia bermula namun tidak menafikan
juara Liga Super dan Piala FA 2012 itu masih mempunyai harapan dalam
empat lagi baki perlawanan.

Bagaimanapun tanpa memandang rendah keupayaan juara Liga Perdana yang
dibarisi pemain senior dan berpengalaman, Azman menuntut pemain supaya
bekerja keras kerana tidak mahu kehilangan mata.

“ATM mempunyai ramai pemain bintang jadi saya harap pemain Kelantan tidak
leka dan bekerja lebih keras untuk membawa pulang tiga mata dari
Selayang bagi memastikan tiket ke suku akhir lebih cerah,” katanya
ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya.
Sehingga kini ATM belum digugat dan berada di atas dengan enam mata
selepas menang kedua-dua perlawanan.


Artikel ini disiarkan pada : 28/08/2012
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum