Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Tekad akhiri badi

View previous topic View next topic Go down

Tekad akhiri badi

Post by Park Deen on Tue Aug 28, 2012 4:49 am

Tekad akhiri badi(HARIAN METRO)
Oleh Malik Muhamad
sukan@hmetro.com.my

MISI menamatkan badi kekalahan kepada Kedah sejak 2010 bakal
terungkai apabila barisan Terengganu yang turun dengan azam baru
bertekad untuk memadam rekod skuad Kenari dalam kempen Piala Malaysia
Kumpulan B di Stadium Darulaman malam ini.

Kapten Terengganu, Mohd Faizal Muhamad mengakui pasukannya kini
berada di landasan terbaik untuk mematahkan sayap skuad Kenari sekali
gus ingin menamatkan ‘badi’ sembilan perlawanan tanpa menang, seri tiga
kali dan kalah enam kali sejak tiga tahun lalu.

“Saya sedar peminat setia sering bercakap mengenai ‘badi’ apabila bertemu Kedah
kerana perlawanan lebih memihak kepada skuad Utara itu, justeru
pertemuan malam ini saya dan rakan sepasukan sudah bertekad memperagakan
aksi terbaik untuk menamatkan ‘badi’ sejak sembilan perlawanan lalu.

“Selain itu, rakan sepasukan juga sudah melupakan episod duka
dibedil barisan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Sabtu lalu, sebaliknya
kembali fokus untuk menemui rentak kemenangan bagi mengutip tiga mata
untuk mengukuhkan kedudukan dalam kumpulan bagi mencerah laluan ke suku
akhir,” katanya. Bekas pertahanan Harimau Muda itu juga berkata,
kekalahan dimalukan juara Liga Perdana, ATM juga sudah dijadikan
pengajaran berguna buat pemain sebelum membuat perhitungan dengan
pasukan Kedah dalam misi menamatkan ‘badi’ kekalahan berkenaan.

Tambah pemain berusia 23 tahun itu, keyakinan untuk merobek kubu
lawan itu ditambah dengan kembalinya penjaga gol utama Terengganu, Mohd
Sharbinee Allawee Ramlie yang disahkan sembuh sepenuhnya daripada
penyakit gatal yang dialami ketika bertemu ATM Sabtu lalu.

“Saya dan rakan sepasukan kembali menarik nafas lega selepas dimaklumkan
sendiri oleh Sharbinee bahawa dia boleh beraksi malam ini selepas
penyakitnya sembuh sepenuhnya,” katanya.

Menurutnya, kehadiran Sharbinee amat diperlukan skuad Terengganu terutama perlawanan yang dianggap hidup atau mati malam ini.

“Saya tidak nafikan kebolehan penjaga gol ketiga, Mohd Saifuddin
Mokhtar tetapi pengalaman Sharbinee terutama di peringkat antarabangsa
amat ditagih untuk mengekang asakan lawan yang juga dahagakan kemenangan
selepas tewas dua perlawanan,” tegasnya.


Artikel ini disiarkan pada : 28/08/2012
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum