Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Amri gesa rakan kutip tiga mata

View previous topic View next topic Go down

Amri gesa rakan kutip tiga mata

Post by Park Deen on Tue Aug 28, 2012 4:42 am

Amri gesa rakan kutip tiga mata( BERITA HARIAN)

Oleh Azlan Muhammad Zain
azlanmz@hmetro.com.my

KAPTEN Selangor, Mohd Amri Yahyah menuntut rakan sepasukannya membawa
pulang tiga mata dengan menewaskan T-Team di Kuala Terengganu malam ini
untuk memastikan Merah Kuning mampu melepasi halangan peringkat
kumpulan Piala Malaysia.

Tonggak jentera serangan pasukan yang berusia 31 tahun itu tidak
mahu ‘kepulangannya’ pada Sabtu ini selepas menjalani penggantungan tiga
perlawanan hanya sekadar meneruskan sisa-sisa perjuangan Merah Kuning
yang kini di tangga tercorot Kumpulan D selepas gagal mencatat
kemenangan dalam dua aksi awal.

“Walaupun belum dapat
beraksi dan tidak bersama pasukan ke Terengganu, saya sentiasa mendoakan
agar pasukan dapat meraih kemenangan malam ini bagi mencerahkan peluang
kami mara ke suku akhir,” katanya yang dihukum penggantungan tiga
perlawanan bersama-sama rakan sepasukannya, Mohd Bunyamin Omar.

Skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim memulakan kempen Piala
Malaysia dengan sumbang apabila kecundang 1-2 kepada Sarawak selain
terselamat diaibkan naib juara Liga Perdana, Pahang di laman sendiri
apabila tonggak importnya, Bosko Balaban berjaya meledak jaringan
menerusi gerakan solo untuk mengikat kedudukan 2-2.

“Saya tidak menyaksikan perlawanan pertama namun perlawanan menentang Pahang
di Shah Alam, kelihatan rakan sepasukan lambat menyesuaikan diri dengan
permainan. Perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana Piala Malaysia
adalah saingan yang singkat dan situasi ‘lambat panas’ tidak boleh
berlaku berbanding dalam liga,” katanya.

Menurut pemain
tengah yang sudah meraih pelbagai kejuaraan domestik bersama Selangor,
ketiadaan beberapa tonggak utama termasuk dirinya bukanlah alasan untuk
tidak meraih kemenangan kerana Merah Kuning masih mempunyai pemain
berkualiti dalam pasukan.

“Pesanan saya hanya satu iaitu raih tiga mata di Stadium Sultan
Ismail Nasiruddin Shah malam ini,” katanya yang mengakui sudah tidak
sabar untuk turun membantu pasukan apabila menentang T-Team sekali lagi
di Stadium Shah Alam pada Sabtu ini selepas ‘geram’ mereka sudah
tercicir lima mata.

Kumpulan D kini dikuasai Pahang yang
jelas melaungkan amaran kepada lawan walaupun beraksi di Liga Perdana
dengan mengumpul empat mata dibezakan dengan jaringan dengan Sarawak,
salah sebuah pasukan yang menamatkan saingan Liga Super di kelompok
bawahan sebelum ini.


Artikel ini disiarkan pada : 28/08/2012
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum