Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Sathia tolak andaian

Go down

Sathia tolak andaian

Post by Park Deen on Tue Aug 28, 2012 4:28 am

Sathia tolak andaian (Harian Metro)

Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my

JURULATIH Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B Sathianathan menolak
andaian beliau memiliki kelebihan untuk mengatasi pasukan yang
dibentuknya sebelum ini, Kelantan apabila mereka bertemu dalam
perlawanan Kumpulan B Piala Malaysia malam ini.

Jurulatih berusia 54 tahun itu dianggap individu penting dalam
pembentukan pasukan Kelantan bermula pada 2009 dan setahun kemudian
menuai hasil membawa pulang Piala Malaysia buat kali pertama ke Kota
Bharu.

Selepas jodohnya bersama The Red Warriors hanya
bertahan sehingga 2011, beliau kini hadir bersama skuad ‘serba baru’ ATM
yang mampu menghadirkan ancaman buat Kelantan dalam kempen kali ini.

Hampir semua pemain utama Kelantan ketika di bawah kendaliannya
kini masih beraksi dan beliau sudah pasti tahu mengenai rahsia kekuatan
dan kelemahan pasukan juara Liga Super itu apabila membuat perhitungan
di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

“Bagi saya ini
bukan satu kelebihan, mereka juga tahu cara saya, apa yang saya ajar
sama dengan apa yang saya gunakan dengan ATM, kedua-dua pasukan ada
kelebihan. Bagi saya pasukan mana yang mendapat rentak lebih awal,
mereka mempunyai peluang untuk menang perlawanan esok (malam ini),”
katanya.

Biarpun sudah mencatat dua kemenangan
berturut-turut mengatasi Kedah 2-0 dan Terengganu 2-1, Sathianathan
masih belum mahu mendabik dada kerana baginya, laluan untuk melepasi
Kumpulan Maut ini masih terbuka.

“Pasukan saya akan bertemu gergasi bola sepak Malaysia Kelantan
yang saya bentuk pada 2010. Mereka ini mempunyai keserasian yang baik
sedangkan pasukan saya masih ‘muda’. Kami menghormati mereka tapi kami
tidak takut.

“Kemenangan ke atas Kelantan belum menjamin untuk kami layak ke suku akhir tapi ia akan memudahkan kerja kami,” katanya.


Artikel ini disiarkan pada : 28/08/2012
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum