Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Berikan Rozaimi sedikit masa lagi - Irfan Bakti

View previous topic View next topic Go down

Berikan Rozaimi sedikit masa lagi - Irfan Bakti

Post by Park Deen on Tue Aug 28, 2012 4:03 am

Berikan Rozaimi sedikit masa lagi - Irfan Bakti (kosmo)



Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


ROZAIMI (kanan) masih belum serasi bermain bersama Selangor pada saingan Piala Malaysia musim ini.



PRESTASI hambar peledak muda kebangsaan, Rozaimi Abdul Rahman dalam
saingan Piala Malaysia musim ini sedikit sebanyak mengundang resah dalam
kalangan peminat fanatik juara 32 kali, Selangor.

Menggalas tanggungjawab sebagai pencetak gol utama skuad Gergasi
Merah gara-gara ketiadaan kapten, Amri Yahyah yang digantung tiga
perlawanan, sentuhan penyudah Rozaimi, 20, sebagai pemain pinjaman
Selangor sepanjang edisi Piala Malaysia kali ini dilihat tidak setajam
mana.

Situasi itu sangat berbeza jika dibandingkan dengan kehebatan Rozaimi
yang berjaya meledak 11 gol semasa membantu Harimau Muda mengharungi
saingan Piala AFC Bawah 22 Tahun di Myanmar, Jun lalu.

Pada masa sama, dia juga masih gagal meletakkan nama selaku penjaring
skuad Merah Kuning setakat ini apabila seolah-olah 'tenggelam' dengan
persembahan bertenaga penyerang import, Bosko Balaban dan seorang lagi
penyerang pinjaman daripada USM FC, S. Veenod.

Disebabkan itu, sudah ada 'kata-kata sumbang' di luar padang yang
mula mempertikaikan kemampuan penyerang muda Sabah itu berdasarkan
persembahannya setakat ini.

Begitupun, pengendali Selangor, Irfan Bakti Abu Salim masih percaya
dengan kredibiliti Rozaimi yang dilihat masih relevan bagi membantu
Selangor merealisasikan 'misi 33' tahun ini.

"Berikan Rozaimi masa, dia masih dalam proses menyesuaikan diri
dengan pasukan. Saya percaya, Rozaimi akan kembali menemui sentuhannya
dalam beberapa perlawanan lagi," kata Irfan Bakti.

Selepas dua perlawanan setakat ini, Gergasi Merah yang sekadar
mengutip satu mata kini ketinggalan di belakang Sarawak dan Pahang yang
berkongsi empat mata dalam saingan Kumpulan D.

Untuk rekod, Selangor sebelum ini dikejutkan Sarawak dengan kekalahan
1-2 dalam aksi pembuka tirai kumpulan sebelum sekadar seri 2-2 dengan
skuad Tok Gajah di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu.

Dalam masa sama, Irfan Bakti kekal berteka-teki sama ada mahu
menurunkan Rozaimi ataupun tidak semasa berdepan T-Team di Stadium
Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam ini ekoran
persembahan bertenaga yang dipamerkan Veenod semasa menentang Pahang,
Sabtu lalu.

"Prestasi Veenod dilihat cukup cemerlang (semasa menentang Pahang),
jadi kita tengok dahulu macam mana (sama ada menurunkan Rozaimi ataupun
Veenod) menentang T-Team nanti.

"Yang paling utama, saya harap kami dapat memenangi kedua-dua
perlawanan menentang T-Team tidak kira di tempat lawan (malam ini)
ataupun di gelanggang sendiri (Sabtu ini) bagi mengelak terlalu jauh
ketinggalan di belakang Pahang dan Sarawak," katanya optimis.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum