Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

ATM merendah diri

View previous topic View next topic Go down

ATM merendah diri

Post by Park Deen on Fri Aug 24, 2012 11:24 am

ATM merendah diri (Kosmo)



Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


TONGGAK pertahanan ATM, Azmi Muslim
(belakang) mengasak pemain Kedah, Mohd. Fiqry Md. Isa pada saingan Piala
Malaysia di Stadium Darul Aman malam kelmarin.




JUARA Liga Perdana, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini tampil selaku pendahulu Kumpulan B kempen Piala Malaysia.

Kejayaan itu hadir selepas ATM membenam Kedah 2-0 pada aksi di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam kelmarin.

Beraksi di gelanggang lawan ternyata tidak menghalang skuad kendalian
B. Sathianathan itu untuk membawa pulang tiga mata berharga.

Begitupun, Sathianathan tidak mahu anak-anak buahnya terlalu cepat
berpuas hati dengan kemenangan itu, sambil menganggap perjalanan
pasukannya masih jauh.

"Kejayaan mendapatkan tiga mata di Kedah amat melegakan saya. Saya sangat berpuas hati dengan persembahan barisan pemain.

"Mereka menunjukkan komitmen yang begitu tinggi selepas baru sahaja
menyambut Aidilfitri. Apa yang saya lihat, mereka memiliki stamina yang
baik.

"Begitupun, terlalu awal untuk mengatakan ATM mampu melepasi
peringkat kumpulan yang mana kami bukan pasukan pilihan," jelas
Sathianathan kepada Kosmo! semalam.

Menurut Sathianathan lagi, dua lagi pencabar dalam Kumpulan B - Kelantan dan Terengganu masih dianggap sebagai pasukan pilihan.

"Atas kertas sudah membuktikan bahawa Terengganu dan Kelantan merupakan pasukan pilihan dalam Kumpulan B.

"Terengganu jelas menunjukkan kehebatan mereka selepas berjaya menewaskan Kelantan 2-0 di gelanggang sendiri semalam (kelmarin).

"Meskipun Kelantan tewas tetapi saya yakin mereka akan kembali
bangkit dengan mempamerkan prestasi sebenar pada perlawanan akan datang.

"Mereka memiliki skuad yang mantap yang mana tahap keserasian mereka
jelas berbeza berbanding kami yang hanya digilap dalam tempoh setahun,"
katanya.

Ditanya mengenai pertemuan menentang Terengganu di Stadium Majlis
Perbandaran Selayang malam esok, Sathianathan mengakui pasukannya perlu
bekerja keras sekiranya berhasrat untuk mendapatkan tiga mata.

"Setiap pasukan mengidamkan tiga mata tetapi kami perlu bekerja lebih keras untuk meraih kemenangan ke atas Terengganu.

"Saya berharap beraksi di laman sendiri akan memberikan tuah kepada ATM untuk terus mencipta kemenangan kedua," katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum