Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Kaji persiapan B-23

View previous topic View next topic Go down

Kaji persiapan B-23

Post by Park Deen on Thu Aug 23, 2012 4:01 am

Kaji persiapan B-23 (Harian Metro)

Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my

Ong Kim Swee

JURULATIH Ong Kim Swee akan mengemukakan cadangan kepada Persatuan
Bola Sepak Malaysia (FAM) supaya mengkaji semula penyertaan pasukan
Harimau Muda A di Liga Singapura (Liga-S) tahun depan.

Langkah diambil pengendali negara itu bagi merangka persiapan terbaik
skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara untuk menggalas misi mencipta hatrik
kejuaraan Sukan Sea Myanmar 2013.

“Satu-satunya tugas besar
Harimau Muda tahun depan adalah Sukan Sea dan kami perlu membuat
persiapan awal. Saya akan fikir sama ada pasukan ini perlu beraksi dalam
Liga Singapura atau menyertai liga lebih kompetitif selepas ini.

“Sama ada kita membuat persiapan di luar negara, perkara ini akan
dibincangkan dengan FAM terlebih dulu. Kalau mahu bermain di liga
Eropah, kita perlu membuat keputusan cepat kerana mereka tidak akan
menerima penyertaan kita ketika liga sudah bermula pada Januari,”
katanya.

Harimau Muda A membuat penampilan pertama dalam
Liga-S tahun ini hasil kerjasama FAM dan Persatuan Bola Sepak Singapura
(FAS). Perjanjian itu menyaksikan Harimau Muda A beraksi dalam Liga-S
manakala Lions XII menyertai Liga Malaysia bagi tempoh lima tahun.

Selain
itu Kim Swee juga merancang membawa masuk pemain B-23 dari pasukan
luar untuk menyertai Harimau Muda A jika mendapat persetujuan FAM.

Antara pemain yang berada dalam senarai awal adalah Rozaimi Abd
Rahman dari Sabah, Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham (Selangor PKNS)
dan Ashri Chuchu (Sarawak).

“Saya akan berbincang dengan FAM
supaya menawarkan kontrak kepada pemain ini untuk menyertai Harimau Muda
A tahun depan. Jika mendapat persetujuan semua pihak, ini akan
memudahkan perancangan saya,” katanya.


Artikel ini disiarkan pada : 23/08/2012
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum