Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Dulu pekan kecil, kini tumpuan global

View previous topic View next topic Go down

Dulu pekan kecil, kini tumpuan global

Post by Park Deen on Thu Aug 23, 2012 3:57 am

Dulu pekan kecil, kini tumpuan global (Kosmo)





SEBAHAGIAN penemuan fosil rangka manusia dan tembikar oleh penyelidik USM di Lembah Lenggong yang dipamerkan Muzium Arkeologi.




SALAH satu tajuk berita yang disiarkan sebuah akhbar tempatan awal
Julai lalu menyebabkan Muhammad Solihin Abdul Majid terpaku. Anak muda
berusia 21 tahun itu lantas menguntum senyum, melirik penuh teruja
menggambarkan isi hati dan perasaannya.

Fikirannya tiba-tiba melayang. Tanpa sedar, dia mengimbau kelibat
sekumpulan lelaki dan wanita dewasa yang keluar masuk ke sebuah kawasan
berdekatan ladang kelapa sawit. Ladang itu terletak tidak jauh dari
rumahnya di Kampung Kota Tampan, Lenggong lebih sedekad lalu.

Kumpulan tersebut ialah orang universiti yang berkampung di kawasan itu semata-mata mencari tinggalan sejarah.

Bagaimanapun dalam meniti usia, Muhammad Solihin mula memahami dan
menyedari kehadiran mereka bukan sekadar membuat kajian biasa-biasa,
sebaliknya meneroka khazanah sejarah jutaan tahun.

Muhammad Solihin mengakui, dia tidak menyangka penerokaan dan kajian
yang dilakukan secara berterusan oleh para penyelidik dari Universiti
Sains Malaysia (USM) itu telah mengangkat Lenggong di persada dunia.

Katanya, kebanggaan terhadap status Tapak Warisan Dunia yang
dianugerahkan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan
Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) semasa bersidang di Rusia pada 30 Jun
lalu dikongsi sama oleh 30,000 penduduk Lenggong. Begitu juga dengan
ribuan lain yang berasal atau mempunyai pertalian keluarga mereka dengan
daerah kecil ini.

“Sebak rasanya apabila saya membaca tajuk berita yang tersiar itu.
Lembah Lenggong diisytihar sebagai salah satu tapak warisan dunia oleh
UNESCO,” katanya yang menetap dan bekerja di Lenggong.

Sebelum ini Muhammad Solihin hanya menumpang bangga dengan beberapa
penemuan-penemuan besar kumpulan penyelidik USM terbabit seperti rangka
Perak Man yang berusia 10,000 hingga 11,000 tahun di Gunung Gua Runtuh
dan fosil rangka Wanita Perak pada tahun 2004 di Teluk Gua Kelawar.

Perasaan yang sama turut dirasai Norazam Idzha Mohamed Rashidi.
Pelajar tingkatan enam atas Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ahmad,
Lenggong itu tidak dapat menyembunyikan keterujaannya tatkala ditebak
rasa hatinya mengenai pengiktirafan badan dunia tersebut.

“Saya masih ingat bagaimana sukarnya untuk menjelaskan kedudukan
Lenggong kepada kenalan. Biasanya saya hanya nyatakan ia sebuah pekan
kecil di antara Kuala Kangsar dan Gerik.

“Namun, kini ramai yang sudah mengetahui kedudukan Lenggong. Dahulu tidak ramai yang tahu mengenai kawasan ini,” katanya.

Dilahir dan dibesarkan di Lenggong, Norazam Idzha, 19, mengakui dia
tidak sabar untuk melihat perubahan yang bakal berlaku di kawasan itu.

Sifat ingin tahu mengenai pengiktirafan Lenggong sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia memuncak.



MALIK REDZUAN, penduduk tempatan
menunjukkan serpihan batu suevit yang ditemui di tapak kajian meteorit
di Bukit Bunuh, Lenggong.




“Baru saya tahu bukan sembarangan tempat boleh diangkat sebagai tapak Warisan Dunia,” katanya bangga.

Apa yang pasti, pengiktirafan Lembah Lenggong sebagai Tapak Warisan
Dunia bertitik tolak daripada penemuan bukti di Bukit Bunuh. Ia
merupakan tapak Paleolitik tertua dunia yang berada di luar Afrika dan
mempunyai pentarikhan kronometrik.

Migrasi kuno

Ia disahkan sebagai salah sebuah tapak Paleolitik terpenting di dunia
kerana mendedahkan sebuah kompleks Paleolitik seluas empat kilometer
persegi dengan pentarikhan lebih 1.83 juta tahun, 40,000 dan 30,000
tahun dahulu.

Biarpun teori Out of Africa mengaitkan setiap manusia mempunyai
hubung kait turun-temurun dengan sekumpulan homo sapiens yang merantau
keluar dari Afrika, namun migrasi kuno itu mempunyai jejak signifikan di
sebuah tempat di negara ini.

Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global USM, Prof. Dr.
Mokhtar Saidin, terdapat bukti menunjukkan bahawa penempatan manusia
prasejarah di Lembah Lenggong telah wujud sejak 1.83 juta tahun lalu.

“Manusia terawal di dunia dibuktikan wujud di Afrika dua juta tahun dahulu, tetapi di Lenggong ia tertua di luar Afrika.

“Penemuan ini menyaingi bukti dunia yang mengatakan manusia terawal
wujud di luar Afrika hanya bertapak di Dmanisi Georgia sekitar 1.8 juta
tahun dahulu,” katanya kepada Kosmo!.

Bukti-bukti yang ditemui dalam penyelidikan di Bukit Bunuh yang
dilakukan sejak tahun 2001 menunjukkan tapak ini dihuni secara
berterusan.

“Bukit Bunuh menjadi pilihan kawasan penempatan awal kerana ia
menyediakan sumber alam yang diperlukan untuk menyediakan peralatan
batu.

“Ia menyediakan persekitaran kuno yang mempunyai sumber air dari
tasik kuno, flora dan fauna yang mereka perlukan,” kata Mokhtar.

Penggunaan kapak genggam yang diumumkan pada tahun 2009 menunjukkan
kawasan ini merupakan satu-satunya tapak Paleolitik dunia yang berfungsi
sebagai bengkel membuat alat batu.

“Penyelidikan di Bukit Bunuh juga menemukan bukti tentang sebab
kemusnahan budaya awal Paleolitik ini akibat jatuhan meteorit pada 1.83
juta tahun dahulu yang telah dikenal pasti melalui bukti geomorfologi,
kehadiran batuan suevit dan geologi kawasan,” katanya.



ASID deoksiribonukleik (DNA) kaum Semang beretnik Negrito juga ditemui di Lenggong. – Gambar hiasan




Tambahnya, ekskavasi yang dipelopori oleh penyelidik USM, Prof. Datuk
Zuraina Majid di Kota Tampan, Lenggong juga menemui bukti-bukti
kewujudan manusia awal menerusi analisis mitokondrial asid
deoksiribonukleik (DNA) kaum Semang beretnik Negrito.

Penemuan tersebut menunjukkan kaum berkenaan berasal daripada
sekumpulan manusia yang meninggalkan Afrika kira-kira 80,000 tahun
dahulu.

Selain itu, penyelidikan yang dijalankan mendapati, penempatan zaman
prasejarah iaitu Zaman Paleolitik, Zaman Neolitik dan Zaman Logam wujud
di Lembah Lenggong.

Penemuan di Bukit Jawa misalnya, hasil pemetaaan paleoalam tapak Kota
Tampan mendedahkan penempatan masyarakat Paleolitik yang biasanya di gigi tasik, mempunyai enapan kelilir Sungai Perak yang digunakan untuk membuat alas batu, sekitar 100,000 ke 200,000 tahun dahulu.

Di tapak Gua Gunung Runtuh pula telah ditemui rangka lelaki Perak Man
yang merupakan satu-satunya rangka manusia terlengkap prasejarah,
dilahirkan dengan kecacatan genetik Brachymesophalangia Jenis A2.

Perak Man yang hidup kira-kira 10,000 ke 11,000 tahun dahulu dan
dipercayai mati kerana sakit tua pada usia 40 ke 45 tahun. Berdasarkan
kehausan gigi gerahamnya, dia dipercayai manusia tertua berikutan jangka hayat individu pada masa itu antara 20 hingga 30 tahun sahaja.

Rangka manusia

Ciri keunikan Zaman Neolitik di Lembah Lenggong pula boleh ditemui di
Gua Harimau apabila 11 pengkebumian rangka manusia berusia kira 2,000
ke 4,000 tahun dahulu dijumpai dengan barangan kiriman seperti bekas
tembikar, alatan batu, perhiasan badan dan sisa makanan.

Malah, penemuan tunggal penempatan Zaman Logam di Gua Harimau itu
juga menunjukkan logam yang digunakan lebih tua usianya berbanding
alatan sama yang ditemui di Sarawak (Gua Niah dan Gua Sireh), Selangor
(Jenderam Hilir dan Kampung Sungai Lang) dan Sabah (Gua Agop Atas dan
Gua Pusu Lumut).

Sebagai salah seorang individu yang bertanggungjawab menulis cadangan
untuk dipertimbangkan Lembah Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia
kepada UNESCO, Mokhtar mengakui beliau yakin segala-galanya berjalan
lancar.

Jelasnya, pengiktirafan tersebut amat penting bagi memastikan
artifak-artifak yang ada termasuk batu-batu suevit perlu dipelihara
sebagai warisan negara.

“Kita juga mahu ia terus diselidiki bagi mendapat gambaran sebenar
mereka yang menghuni di kawasan ini sejak lebih 1.83 juta tahun lalu
yang sebenarnya berupaya mengubah beberapa teori tentang masyarakat
Paleolitik seperti teori normadik dan pergerakan manusia awal,” jelas
Mokhtar.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum