Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Mariani, Mat Sentol, Zaiton beri pendapat

View previous topic View next topic Go down

Mariani, Mat Sentol, Zaiton beri pendapat

Post by Park Deen on Thu Aug 23, 2012 3:55 am

Mariani, Mat Sentol, Zaiton beri pendapat (Kosmo)



Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA
kamilah.mustapha@kosmo.com.my


DARI kiri: Zaiton Sameon, Mat Sentul dan Mariani mempunyai versi cerita raya masing-masing.




MENARIK apabila dapat bertemu dengan tiga artis veteran, Mariani, Mat
Sentul dan Zaiton Sameon yang mempunyai personaliti yang berbeza.
Mariani yang cukup peramah dan petah berbicara, berbeza sekali dengan
Mat Sentol dan Zaiton Sameon yang hanya bercakap apabila ditanya.

Bertemu ketika majlis berbuka puasa seniman dan seniwati di Saloma
Bistro, Kuala Lumpur pada Ramadan lalu, mereka berkongsi suka duka dan
keseronokan beraya.

Bagi mereka, hari raya zaman sekarang umpama dibuat-buat dan tidak berlaku secara semula jadi seperti ketika mereka muda dahulu.

Mereka juga sepakat berpendapat bahawa cara sambutan hari raya
sekarang seperti rekaan dan keadaannya tidak begitu meriah kerana cara
orang berbelanja dan berhias setiap hari seperti hari raya.

Menurut seniwati Mariani atau nama sebenarnya, Mariani Ismail,
pengalaman beraya ketika tinggal di Jalan Ampas, Singapura adalah
sesuatu yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila.

“Semua pelakon dan kru tinggal sebumbung dan di satu kawasan yang
sama, jadi kemeriahan itu memang dapat dirasai apabila kami
bertukar-tukar juadah pada pagi hari raya,” ujar kakak kepada biduanita
Saloma ini.

Beliau yang terbabit dengan empat drama sempena Aidilfitri ini iaitu
Kasih Andak, Anak Hero, Malang Yang Berbau dan Pontianak Kampung Batu
Tiga memberitahu, ketika di Jalan Ampas mereka tidak akan ke mana-mana
kecuali beraya di kejiranan itu sahaja.

Mariani dan sambal goreng pengantin

Mariani menambah, kemeriahan raya zaman sekarang hanya terasa apabila
dapat bersama anak-anak dan cucu sahaja, tetapi ketika di Jalan Ampas
erti kemeriahan dan hari kemenangan itu dapat dirasai.

“Memang cukup berbeza kemeriahannya. Setiap hari raya apabila
terkenang cerita lama, hati saya akan sayu kerana ramai rakan-rakan
seangkatan saya sudah tiada di dunia ini,” ujarnya yang juga ibu kepada
Melissa Saila.

Mengenai sambutan hari raya pula, Mariani berkata, setiap tahun dia
akan pulang ke rumah dua orang anaknya, Normah dan Noraini Darus di
Singapura selama tiga hari.

“Mereka ada butik di Singapura, jadi saya tidak perlu membawa baju
raya sebab mereka sudah sediakan semua,” ujarnya yang menggemari makanan
Singapura iaitu juadah sambal goreng pengantin pada setiap pagi raya.

Serik pegang watak hantu

Bercakap tentang dirinya yang masih lagi aktif berlakon pada usia 79
tahun, Mariani bersyukur dengan tawaran yang datang kepadanya.



MAT SENTUL mengakui dia tidak menyenangi lawak jenaka zaman sekarang.




Bagaimanapun, beliau memberitahu telah serik untuk melakonkan watak
hantu kerana terpaksa disolek tebal selama empat jam dan untuk
menanggalkan solekan itu juga adalah satu perkara yang menyeksakannya.

“Ada dapat tawaran watak hantu juga, tetapi saya terpaksa tolak sebab
tak larat sangat ambil masa lama untuk disolek dan menanggalkan
solekan. Cukuplah dapat watak nenek atau ibu sahaja,” ujarnya yang mesra
dengan panggilan mummy.

Beliau turut berikrar akan mengabdikan dirinya selagi hayat dikandung
badan dan selagi ada pihak yang sanggup menawarkannya watak bagi
kelangsungan beliau sebagai anak seni.

“Saya tidak akan tolak tawaran berlakon, selagi ada orang nak, saya
akan terima, tetapi tidak sekali-kali saya akan tawarkan diri sendiri,”
ujar bekas ratu cantik pada 1951 ini.

Mat Sentol tak rasa raya

Saat soalan raya diajukan kepada pelakon lama yang cukup sinonim
dengan filem-filem komedi, Mat Sentol menyifatkan sikap masyarakat masa
kini yang gemar berbelanja mewah tidak mengira waktu membuat kemeriahan raya itu tidak dirasai.

Ujarnya, berbeza pada zaman dahulu, umat Islam ramai yang berbelanja besar hanya setahun sekali iaitu menjelang hari raya.

“Keadaan masyarakat sekarang yang setiap hari berbelanja seperti hari
raya membuatkan erti hari raya telah hilang dan tiada serinya. Kalau
hari-hari sudah belanja besar dan pakai baju cantik-cantik, apabila hari
raya perkara sama juga dibuat, erti hari raya sudah hilang,” ujarnya
ringkas.

Tidak minat berlakon

Berbeza dengan Mariani, pelawak dan pelakon veteran, Mat Sentol atau
nama sebenarnya, Mat Raship Yahya memberitahu beliau yang kini tinggal
di Larkin, Johor pula sudah tidak berminat untuk berlakon lagi.

Ujarnya yang kini lebih banyak mengarah dan menerbitkan iklan makanan
kanak-kanak, beliau sudah selesa dengan kehidupannya kini tanpa
terlibat dengan dunia seni.

“Dulu ada sebuah stesen televisyen panggil berlakon, tetapi pengarah
yang mengarah cerita itu masih muda dan tidak boleh ditegur, saya tidak
bersependapat dengan dia,” ujarnya seolah-olah sudah putus asa dengan
dunia lakonan.

Beliau juga berpendapat dunia lakonan dan lawak zaman sekarang juga
tidak semula jadi seperti yang dilakukan oleh dirinya dan rakan
seangkatan lain.

“Kalau saya tonton drama di televisyen, ia agak menyakitkan hati
terus saya tutup, tidak tonton pun tidak mengapa kalau buat lakonan dan
lawak seumpama itu,,” ujarnya yang tidak menyenangi lawak jenaka zaman
sekarang.



ZAITON SAMEON yang akan muncul dengan album berjudul Terimalah selepas Aidilfitri ini meraikan hari raya di Kelantan.




Namun, Mat Sentol memberitahu, dia akan menerima tawaran berlakon daripada pengarah yang sanggup menerima teguran daripadanya.

Zaiton teringat anak

Penyanyi 80-an yang cukup terkenal, Zaiton Sameon juga sependapat
dengan Mariani dan Mat Sentol, tetapi baginya hari raya lebih bermakna
jika bersama arwah anaknya dan keluarga sendiri.

Beliau yang kini tinggal bersama adik angkatnya yang berasal dari
Kelantan berkata, hari raya akan lebih bermakna baginya jika arwah anak
tunggalnya, Azirwan Abu Bakar, masih ada.

“Saya bersyukur kerana adik angkat, Che Sekah Ismail, sanggup jaga
saya dan menemani saya ke mana-mana. Dialah keluarga saya dunia akhirat
sekarang,” ujarnya yang mengikut Che Sekah beraya ke Kelantan tahun
ini.

Album selepas Aidilfitri

Beralih topik kepada kisah kariernya, pelantun lagu Menaruh Harapan
dan pernah menjuarai Anugerah Juara Lagu (AJL) pada 1987 ini memberitahu
beliau akan melancarkan album baharunya berjudul Terimalah dalam masa
terdekat.

Album berkenaan memuatkan lagu-lagu berentak zapin, pop dan balada
yang dicipta khusus untuk peminatnya. Ia diterbitkan oleh Money
Entertainment.

“Ramai peminat tanya bila nak terbit album, apabila ada pihak yang
sanggup terbitkannya, saya terima, ia untuk mengubati rindu peminat
kepada nyanyian saya,” ujarnya.

Beliau menjangkakan lagu yang akan mendapat perhatian peminatnya, Insan Kecil yang mengisahkan mengenai penderaan kanak-kanak.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum