Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Saya bagi tempoh seminggu cari bukti - Jue Aziz

View previous topic View next topic Go down

Saya bagi tempoh seminggu cari bukti - Jue Aziz

Post by Park Deen on Thu Aug 23, 2012 3:50 am

Saya bagi tempoh seminggu cari bukti - Jue Aziz (Kosmo)



Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my


JUE AZIZ begitu terkilan kerana
didakwa menjalin hubungan cinta dengan Aidil Zafuan yang merupakan suami
kepada pelakon Rita Rudaini.




NAMA pelakon cantik Zuliana Abd. Aziz, 29, atau lebih popular dengan
panggilan Jue Aziz hampir tidak pernah dibicarakan lagi sejak
kebelakangan ini. Jue seperti sudah terhakis dengan sebarang
kontroversi, terutamanya yang berkaitan soal cinta.

Bagaimanapun, nama pelakon berkenaan tiba-tiba kembali hangat
diperkatakan ramai apabila sebuah akhbar baru-baru ini mendedahkan
tentang hubungan istimewanya dengan pemain bola sepak Angkatan Tentera
Malaysia (ATM), Aidil Zafuan Abd. Radzak yang juga suami kepada pelakon
Rita Rudaini Mokhtar.

Hubungan antara Jue dan Aidil dikatakan akrab dan seperti pasangan
dilamun cinta, sedangkan pada masa yang sama kes membabitkan Aidil dan
Rita masih lagi dibicarakan di Mahkamah Syariah.

Ketika dihubungi Kosmo! semalam, Jue mengakui dirinya terlalu kecewa
dengan kontroversi yang melanda dan menafikan dia mempunyai hubungan
istimewa dengan pemain bola sepak tersebut.

Kosmo!: Apakah reaksi Jue apabila didakwa mempunyai hubungan istimewa dengan Aidil?

JUE: Sudah tentu saya berasa sedih dan kecewa kerana ketika sambutan

1 Syawal umat Islam merayakan Aidilfitri dan dihidangkan dengan
pelbagai juadah, saya pula telah dihidangkan dengan sebuah kisah
kontroversi yang boleh mengaibkan diri saya.

Apa yang boleh anda katakan apabila dikaitkan mempunyai hubungan dengan suami orang?

Pertama sekali, saya ingin menegaskan yang saya memang tidak
mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan Aidil seperti yang
didedahkan. Saya sendiri agak hairan apabila nama saya telah dikaitkan
sehingga boleh menimbulkan impak yang buruk. Bagaimanapun, saya akui
memang mengenali Aidil dan sejujurnya ia sekadar kenalan biasa. Tidak
lebih daripada itu. Kalau ada yang mengatakan kami dilamun cinta atau
pernah keluar berdua-duaan, sudah tentu ia tidak benar sama sekali.
Sejak kebelakangan ini juga jadual saya agak padat dengan aktiviti
lakonan dan sering menjalani penggambaran di luar Kuala Lumpur. Jadi,
tidak mungkin saya ada masa untuk keluar dengan Aidil, apatah lagi
dengan statusnya yang masih lagi suami orang.



AIDIL ZAFUAN




Adakah anda tahu individu atau pihak yang telah mengaitkan nama anda dalam kontroversi ini?

Sebenarnya saya tahu identiti individu yang bertanggungjawab mereka
cerita ini memandangkan nama Ayu Raudhah turut dikaitkan sama. Lagipun
saya yakin, pembaca yang membaca cerita berkenaan juga sudah dapat agak
siapa individu tersebut. Cuma saya agak hairan apabila nama saya telah
dikaitkan pula, sedangkan saya langsung tiada masalah dengan individu
itu. Kalau betul dia ada bukti seperti yang diperkatakan, sila bersemuka
dengan saya.

Setelah kontroversi berkenaan tersebar, adakah ia memberi impak kepada anda?

Apa yang saya dapat tahu bukan nama saya seorang sahaja yang telah
terjejas, malah ia juga memberi impak yang buruk terhadap Ayu. Walaupun
hubungan kami tidaklah terlalu rapat, tetapi saya kasihan dengan Ayu
apabila dia pula dituduh menjadi orang tengah.

Bagaimana pula dengan tindakan anda selanjutnya untuk berhadapan dengan kontroversi ini?

Saya beri tempoh seminggu kepada individu tersebut untuk
mengemukakan bukti kalau betul saya ada hubungan dengan Aidil. Sekiranya
tidak ada bukti yang dikemukakan, saya mahu dia membuat permohonan maaf
secara terbuka malah saya berani tampil dan bersemuka dengannya kerana
tahu diri saya memang tidak bersalah. Saya ada

hak untuk membersihkan nama kerana kontroversi ini pastinya boleh menjejaskan periuk nasi saya sebagai seorang pelakon.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum