Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Lara lombong emas pergunungan Diwata

View previous topic View next topic Go down

Lara lombong emas pergunungan Diwata

Post by Park Deen on Wed Aug 22, 2012 4:08 am

Lara lombong emas pergunungan Diwata (Kosmo)





PETEMPATAN buruk seperti ini semakin bertambah dari semasa ke semasa di sekitar kawasan perlombongan.




KERAJAAN Filipina mahu menutup ribuan lombong kecil yang terdapat di
negara itu atas alasan ia memusnahkan alam sekitar, tetapi Reynaldo
Elejorde menegaskan bandar pergunungan emas yang huru-hara itu akan
terus hidup.

Tukang kayu yang berusia 53 tahun dan keluarganya telah membanting
tulang menggali ke dalam perut Pergunungan Diwata di Selatan Pulau
Mindanao bersama-sama sekumpulan penduduk lain sejak tahun 1980-an.
Usaha itu membolehkan mereka terus hidup di atas garis kemiskinan.

"Kami tetap berkeras untuk tinggal di sini kerana ia adalah kehidupan
kami," kata Elejorde yang memakai baju T kotor dan seluar pendek dengan
lampu suluh terikat di kepalanya.

Bulan lalu, Presiden Benigno Aquino mengumumkan kerajaannya akan
melakukan pembaharuan dan mengawal selia industri perlombongan yang
semakin merudum itu. Kerajaan juga mahu meningkatkan standard
persekitaran dan memberi hasil lebih besar.

Sebahagian daripada pembaharuan yang dirancang itu akan memastikan
penyeliaan kerajaan yang lebih ketat di tempat seperti Pergunungan
Diwata. Kawasan tersebut agak unik kerana undang-undang lama Filipina
membenarkan pelombong individu untuk menjalankan operasi mereka sendiri.

Penemuan emas oleh puak nomad di kawasan yang dahulunya zon
pembalakan telah menjadikan lokasi tersebut dikenali ramai. Lantaran
itu, ia dibanjiri para buruh, petani, pesara tentera dan bekas gerila
dari seluruh negara yang mahu mendapatkan habuan kekayaan masing-masing.

Petempatan padat

Hari ini, kawasan tersebut dipenuhi rumah yang padat dan diperbuat
daripada kayu sekerap. Bumbungnya menggunakan kepingan timah dan ia
dibina berhampiran kawasan pergunungan. Kebanyakan penduduk turut
membina rumah di atas pintu terowong yang digali pemiliknya.

Mengikut banci penduduk, terdapat kira-kira 42,000 orang yang hidup
di sekitar kawasan gunung itu. Tetapi penduduk tempatan mengatakan
jumlah tersebut semakin bertambah dan keadaan di dalam terowong menjadi
semakin sibuk apabila harga emas melonjak naik.

Tapak itu terletak hanya 70 kilometer di utara bandar perdagangan
utama Davao, namun untuk sampai ke sana mereka perlu melalui jalan yang
berlumpur. Disebabkan itu, ia mendapat reputasi jolokan nama Tapak Tanpa
Undang-Undang Wild West.



SUASANA di dalam salah satu daripada laluan terowong ke tempat penggalian mineral bumi di Pergunungan Diwata.




Menurut Ketua Biro Perlombongan dan Geosains Kerajaan, Leo Jasareno,
peruntukan perlombongan kerajaan kecil-kecilan pada asalnya bertujuan
untuk memberi orang miskin, terutamanya penduduk di luar bandar, peluang
untuk mendapatkan sedikit wang.

Bagaimanapun, ia telah dieksploitasi secara meluas dan kebanyakan
lombong skala kecil hari ini termasuk di Pergunungan Diwata telah
melanggar syarat-syarat perlombongan.

"Mereka dengan sewenang-wenangnya menggunakan bahan letupan dan bahan
kimia beracun seperti merkuri yang boleh menjejaskan alam sekitar,"
kata Jasareno.

Jasareno menganggarkan bahawa terdapat kira-kira 300,000 lombong
skala kecil di seluruh Filipina sekali gus kesannya menjadi masalah alam
sekitar yang besar.

Risiko keselamatan

Dengan peraturan keselamatan yang rendah, kematian di tempat kerja
juga berlaku dengan kerap. Di Pergunungan Diwata, lima orang dilaporkan
terbunuh dalam tanah runtuh yang berlaku Disember tahun lalu.

"Perintah eksekutif (pembaharuan perlombongan Aquino) akan menangani
semua masalah dalam perlombongan kecil-kecilan. Begitu juga dengan
masalah alam sekitar dan keselamatan. Ia boleh diatasi," jelas Jasareno.

Beberapa pembaharuan lain akan lebih tegas terhadap operasi
kecil-kecilan di tapak lombong masyarakat. Melaluinya mereka boleh
diselia dengan teliti manakala lombong lain yang disifatkan sebagai
berbahaya atau merosakkan alam sekitar akan ditutup.

Di sebalik rancangan pembaharuan itu, seorang pemimpin masyarakat,
Franco Tito berkata, pelombong telah melihat usaha-usaha yang sama
daripada kerajaan sebelumnya yang datang dan pergi, namun tidak memberi
sebarang kesan mahupun perubahan.

"Ia hanya salinan daripada perintah presiden terdahulu, ordinan
tempatan, tindakan republik dan undang-undang khas. Semua itu kononnya
untuk memberitahu kami agar menghentikan aktiviti perlombongan," tegas
Tito.

Tambah Tito, mereka mengesyaki kerajaan nasional Filipina mempunyai
rencana untuk menyerahkan sumber gunung kepada syarikat perlombongan
yang besar.

Jika benar, para pelombong kecil-kecilan itu tidak akan membenarkan
ia berlaku dan akan terus menentang sebarang usaha untuk memindahkan
mereka ke petempatan lain. - AFP
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum