Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Rihanna masih mencintai Brown

View previous topic View next topic Go down

Rihanna masih mencintai Brown

Post by Park Deen on Wed Aug 22, 2012 4:04 am

Rihanna masih mencintai Brown (Kosmo)





GAMBAR yang dirakamkan pada 4 Ogos lalu menunjukkan Rihanna (kiri) diwawancara Winfrey di rumah penyanyi itu di Barbados.




LOS ANGELES - Penyanyi terkenal, Rihanna mengaku dia masih mencintai
penyanyi Chris Brown walaupun selepas tiga tahun dia dipukul oleh bekas
kekasihnya.

Penyanyi lagu Umbrella itu juga menganggap Brown mungkin kekasih untuk sepanjang hidupnya.

Dia meluahkan perasaan itu kepada pengacara program bual bicara
popular, Oprah Winfrey ketika diwawancara televisyen yang disiarkan pada
Ahad lalu.

Rihanna memberitahu, dia dan Brown kembali mempercayai antara satu sama lain dan hubungan mereka kini sangat rapat.

Brown, 23, didapati bersalah pada tahun 2009 kerana memukul Rihanna dalam satu serangan ganas menjelang majlis Anugerah Grammy.

Dia meminta maaf secara terbuka kerana melakukan perbuatan itu.

Brown dihukum menjalani tempoh pemerhatian selama lima tahun,
melakukan kerja-kerja khidmat masyarakat, menghadiri kaunseling tentang
keganasan domestik dan diarahkan untuk tidak mendekati Rihanna.

Perintah larangan itu telah ditarik balik pada tahun lalu.

Mereka turut kembali bergandingan menerusi lagu Birthday Cake dan Turn Up the Music pada tahun ini sekali gus mencetuskan spekulasi kedua-duanya telah kembali menjadi kekasih.

"Kami mengekalkan hubungan yang sangat rapat sejak arahan larangan digugurkan.

"Kami membina semula kepercayaan. Kami saling mencintai dan
kemungkinan tidak akan cuba mengubahnya," kata Rihanna kepada Winfrey.

Bintang berusia 24 tahun itu berkata, sukar un-tuk dia menyembunyikan perasaannya apabila bertemu Brown.

"Ia janggal kerana saya masih mencintainya. Saya harus membuat muka
yang selamba. Saya menganggap ia merupakan cinta buat seumur hidup
saya," katanya. - Reuters
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum