Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

T-Team sasar tiga mata penuh di Kuantan

View previous topic View next topic Go down

T-Team sasar tiga mata penuh di Kuantan

Post by Park Deen on Wed Aug 22, 2012 3:59 am

T-Team sasar tiga mata penuh di Kuantan (Kosmo)



Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
amir.azam@kosmo.com.my


YUNUS mahukan anak-anak buahnya meraih tiga mata berharga pada aksi menentang Pahang malam ini.




PASUKAN berstatus kelab T-Team menyimpan hasrat untuk mengutip tiga
mata penuh apabila bertandang ke Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang
malam ini.

Pengendalinya, Yunus Alif berharap skuad T-Team tidak memberi ruang
kepada Pahang untuk menguasai perlawa- nan, sebaliknya mahu mencari gol
awal dan mengutip tiga mata berharga pada perlawanan itu nanti.

“Buat masa ini, pasukan Pahang masih dalam mood mencari kemenangan
sele- pas berjaya melakar kejayaan menewas- kan Kedah dalam saingan
playoff tempoh hari.

“Sudah pasti, bermain di tempat lawan (Kuantan) memberi kelebihan
kepada tuan rumah dan perlawanan esok (malam ini) pasti sengit apabila
masing-masing ingin berada dalam kedudukan selesa sebagai bekalan
menghadapi perlawanan seterusnya,” katanya.

Beliau mengakui, pasukan Pahang mempunyai pemain yang berkaliber dan
barisan pemain T-Team perlu mengawal pergerakan lawan, terutamanya di
baha- gian serangan.

Katanya, skuad T-Team tidak boleh me- mandang rendah keupayaan
pemain-pemain Pahang dan perlu memberikan sepenuh tumpuan sepanjang
perlawanan berlangsung kelak.

“Saya menuntut barisan yang bakal di- turunkan bersiap sedia dengan misi mencari tiga mata berharga pada perlawanan itu kelak.

“Saya yakin dengan semangat dan kemampuan ditunjukkan anak-anak
buahnya, sekali gus berharap prestasi mereka dapat dizahirkan pada malam
perlawanan sebenar,” ujarnya.

Sepanjang tempoh dua minggu lalu, Yunus melihat pemain begitu
bersungguh-sungguh dalam sesi latihan bagi merebut tempat dalam
kesebelasan utama.

Katanya, jika semangat yang ditunjuk- kan dapat diteruskan pada
malam esok (malam ini), tidak mustahil T-Team mampu mengutip tiga mata
berharga.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum