Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

ATM tidak mahu terlalu yakin

View previous topic View next topic Go down

ATM tidak mahu terlalu yakin

Post by Park Deen on Wed Aug 22, 2012 3:58 am

ATM tidak mahu terlalu yakin (Kosmo)



Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


BARISAN pemain ATM lebih rela dilabel sebagai pasukan bukan pilihan pada kempen Piala Malaysia.




JUARA Liga Premier 2012, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak mahu
dilabel sebagai pasukan pilihan pada saingan bola sepak Piala Malaysia
yang akan membuka tirainya hari ini.

Pengendalinya, B. Sathianathan mengakui bahawa saingan Piala Malaysia
adalah lebih sengit memandangkan hanya pasukan terbaik sahaja yang
layak bertanding.

Menurut Sathianathan, beliau tidak menyangka ATM diundi bersama juara
Liga Super, Kelantan, Terengganu dan Kedah dalam Kumpulan B yang
dianggap sebagai pasukan cukup berpengalaman dan berwibawa.

Bekas jurulatih Kelantan itu menga- kui bahawa ATM bakal menempuhi
laluan sukar dalam misi untuk merebut slot ke pusingan suku akhir.

“Selepas menyaksikan undian Piala Malaysia, saya mengakui laluan kami memang sukar kerana berada dalam ‘kumpulan maut’.

“Semua mengetahui bahawa juara Liga Super, Kelantan dan finalis Piala
Malaysia musim lalu, Terengganu merupakan pasukan cukup unggul dalam
kumpulan tersebut.

“Begitu juga dengan Kedah yang memiliki pemain berpotensi dan
berpengalaman dan mereka salah satu pasukan yang hebat di Liga Malaysia.

“Jika dibandingkan dengan ATM, tiga pasukan tersebut memiliki 24
pemain yang cukup berkaliber baik dalam skuad utama mahu pun barisan
simpanan.

“Berdepan dengan Kelantan dan Terengganu merupakan pertemuan penting
bagi ATM. Jika berjaya mencuri satu mata sudah memadai buat kami,”
katanya ketika dihubungi Kosmo! baru- baru ini.

Walaupun diundi dalam kumpulan maut, bekas jurulatih skuad kebangsaan
itu menjelaskan bahawa mereka tidak akan menyerah mudah dan akan
berusaha untuk memberikan cabaran.

Sathianathan juga mengakui bahawa laluan untuk mara ke peringkat
final lebih mudah sekiranya mereka mampu melepasi saingan peringkat
kumpulan ini.

“Saya mahu barisan pemain ATM menggunakan peluang (menentang
Terengganu, Kelantan dan Kedah) sebagai persiapan terbaik untuk
mengharungi Liga Super pada musim depan.

“Sudah tentu kami mengidamkan Piala Malaysia tetapi saya mahu
mengambil pendekatan realistik dan hanya mahu menumpukan kepada satu
perlawanan terlebih dahulu,” ujarnya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum