Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Shahrizal Jaszle bertunang lepas raya

View previous topic View next topic Go down

Shahrizal Jaszle bertunang lepas raya

Post by Park Deen on Wed Aug 22, 2012 3:51 am

Shahrizal Jaszle bertunang lepas raya (Kosmo)



Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN
amri.hassan@kosmo.com.my


SHAHRIZAL JAZLE bakal bergelar tunang orang selepas sambutan Aidilfitri kali ini.




SERING dihambat isu sensasi, pelakon Shahrizal Jaszle, 24,
mendedahkan dia bakal mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya
Redzwani Puteri, 24, selepas sambutan hari raya Aidilfitri.

Biarpun belum menetapkan tarikh sebenar majlis pertunangan yang bakal
dihebahkan kepada media dan peminat, kata Shahrizal dia mahu
melangsungkan majlis itu secepat mungkin.

“Saya sudah bersedia untuk mengikat tali pertunangan dengan Puteri
memandangkan kedua-dua belah keluarga telah merestui hubungan kami.

“Insya-Allah jika tiada aral melintang sebelum hujung tahun ini, sekarang saya tengah bekerja keras demi persiapan majlis itu.

“Pada mulanya kami merancang untuk berkahwin pada tahun ini tapi
keluarganya mahu saya mengikut adat dan peringkat sebelum ke gerbang
perkahwinan memandangkan dia merupakan anak bongsu dalam keluarganya,”
cerita Shahrizal yang ditemui ketika majlis berbuka puasa TV9 dan Hot FM
di Saloma Bistro, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Majlis merisik telah selamat diadakan pada pertengahan Julai lalu
yang hanya dihadiri keluarga terdekat. Tambah Shahrizal, dia juga kini
bersedia untuk memikul beban hidup berumah tangga.

“Sudah sampai seru untuk saya berkahwin. Yang sebenarnya saya tidak
pernah merancang pun, malah hubungan yang terjalin antara kami
sebenarnya telah lama kerana dia kawan baik saya. Setahun mengenalinya
dan kami tidak pernah bercinta.



MENGAMBIL pendekatan bijaksana, Shahrizal memastikan dirinya terhindar daripada terbabit dengan sebarang kontroversi.




“Dia tahu semua kisah mengenai saya sama ada yang baik mahupun buruk.
Dia tahu saya bukan seorang kaki perempuan dan saya tidak sorok apa-apa
daripadanya,” ujarnya mengenai prinsip kejujuran.

Redzwani Puteri merupakan penuntut tahun akhir ijazah kedoktoran di
Management and Science University (MSU) Shah Alam. Gadis itu pernah
dikaitkan sebagai punca perpisahan Shahrizal dan pelakon sensasi Miera
Liyana.

Ikut nasihat keluarga

Mengakui dirinya kini semakin kurang publisiti ekoran tiada kisah
kontroversi berbanding sebelum ini, kata Shahrizal, dia kini cenderung
mengikut nasihat keluarga.

“Saya sibuk menguruskan kerjaya dan penggambaran, tiada masa untuk
layan kisah-kisah sensasi. Lagipun, keluarga mahukan saya lebih menjaga
publisiti terutama kisah-kisah yang kurang bagus dan mencari kehidupan
yang tenteram,” tuturnya yang akan tampil menerusi telefilem Raya Tanpa
Wayar pada hari raya pertama pukul 12.30 tengah hari di TV9.

Tambah Shahrizal, dia juga sibuk mencari ilham untuk terlibat dalam
bidang belakang tabir terutama pengarahan filem dan drama selepas ini.

Selain mahu mengarahkan sebuah filem sendiri, Shahrizal bakal muncul
dalam filem Rentaz arahan Mamat Khalid termasuk sebuah drama berbahasa
Hindi berjudul Harapan.

Tidak terlalu berlebih-lebih sewaktu membuat persiapan raya
memandangkan dia sedang menjaga neneknya yang telah uzur, kata
Shahrizal, kesederhanaan menjadi keutamaannya dan keluarga.

Bagaimanapun, sambutan Aidilfitri tetap diadakan secara bersederhana di rumah keluarganya di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum