Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

'Kami sibuk selepas Aidilfitri'

View previous topic View next topic Go down

'Kami sibuk selepas Aidilfitri'

Post by Park Deen on Sat Aug 18, 2012 9:56 am

'Kami sibuk selepas Aidilfitri' (Kosmo)



Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


SKUAD Harimau Muda bakal mengharungi jadual padat selepas Aidilfitri tahun ini.




NAMPAK gayanya, skuad Harimau Muda mungkin tidak boleh ‘bercuti sakan’ selepas perayaan Aidilfitri yang dijangka disambut esok.

Sambil mengucapkan Selamat Hari Raya kepada kesemua pemainnya,
jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee begitupun mahu anak-anak buahnya
bersedia dengan cabaran yang bakal dihadapi mereka selepas ini.

“Saya mahu pemain berehat dan menyambut Aidilfitri bersama keluarga masing-masing dengan tenang dan gembira.

“Cuma jangan lupa tanggungjawab mereka bersama skuad Harimau Muda masih belum berakhir.

“Ini kerana jadual kami benar-benar padat selepas Aidilfitri nanti,” kata Kim Swee kepada Kosmo! semalam.

Kim Swee memberitahu, selain ‘terbang’ ke Brunei berdepan kelab DPMM
tiga hari selepas sambutan Aidilfitri bagi menyambung semula misi dalam
saingan Liga Singapura (Liga S), mereka juga bakal menyertai kejohanan
jemputan Piala SCTV di Indonesia selama dua hari bermula 9 September
depan.

Menurut Kim Swee, jadual Harimau Muda juga tidak berakhir di situ
sahaja apabila mereka bakal menyertai satu lagi kejohanan undangan iaitu
Newspaper Cup di Vietnam pada Oktober depan.

“Seperti yang saya katakan tadi, jadual kami sememangnya amat ketat selepas Aidilfitri.

“Jadi saya harap pemain saya dapat raya puas-puas, selepas raya kami fokus semula dengan perjuangan kami,” katanya.

Pada masa sama, Kim Swee juga menegaskan misi masih belum selesai
untuk sekurang-kurangnya menamatkan saingan di tangga kelima Liga S
musim ini.

“Selain itu, perancangan jangka panjang bagi mempertahankan emas
temasya Sukan SEA di Myanmar tahun depan juga berjalan seperti biasa,”
katanya.

Untuk rekod, Harimau Muda ketika ini di tangga keenam Liga S dengan
26 mata, 10 mata di belakang peneraju liga, Albiirex Niigata yang
begitupun beraksi lebih dua perlawanan.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum