Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Skuad Perlis dapat tunggakan gaji

View previous topic View next topic Go down

Skuad Perlis dapat tunggakan gaji

Post by Park Deen on Sat Aug 18, 2012 9:53 am

Skuad Perlis dapat tunggakan gaji (Kosmo)



Oleh AHMAD SYAHIR KASSIM
syahir.kassim@kosmo.com.my
PEMAIN dan pegawai skuad bola sepak Perlis boleh menarik nafas lega
apabila separuh tunggakan gaji bulan lepas yang gagal dilunaskan
Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) diselesaikan dengan bantuan kerajaan
negeri yang menghulurkan RM150,000.

Berita gembira menjelang sambutan Aidilfitri yang dijangka disambut
Ahad ini, dimaklumkan oleh Setiausaha Kehormat PFA, Dr. Ammar Hassan
yang menyifatkan kerjasama itu mampu mengembalikan semula kejayaan skuad
Singa Utara dalam Liga Malaysia (Liga M).

Katanya, sebanyak RM100,000 telah disalurkan pada 16 Ogos lalu untuk
diagihkan kepada para pemain manakala selebihnya akan diberikan selepas
Aidilfitri ini.



Ujarnya, kerjasama itu adalah hasil keprihatinan Menteri Besar, Datuk
Seri Md. Isa Sabu bagi meringankan beban barisan pemain untuk menyambut
Aidilfitri tahun ini.

“Menteri Besar tidak lepas tangan biarpun kerajaan negeri sebelum ini
banyak mendiamkan diri dalam hal berkaitan bola sepak, namun menerusi
bantuan itu, ia menjadi satu perkembangan baik kepada pembangunan sukan
itu di Perlis,” katanya.

Terdahulu, pegawai dan para pemain Perlis terpaksa berdepan kesukaran berikutan masih belum menerima gaji pada bulan Julai.

Ammar berkata, PFA sebelum ini menghantar surat kepada Md. Isa bagi
membantu membayar separuh gaji pada bulan itu yang tertunggak berikutan
masalah kewangan yang dihadapi persatuan.



Katanya, diharapkan kerjasama Md. Isa dan Presiden PFA, Datuk Seri Shahidan Kassim dapat diteruskan pada masa depan.



“PFA amat mengharapkan kerjasama dari semua pihak termasuk kerajaan negeri,” ujarnya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum