Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Skuad Seladang dapat bonus raya

View previous topic View next topic Go down

Skuad Seladang dapat bonus raya

Post by Park Deen on Fri Aug 17, 2012 3:45 am

Skuad Seladang dapat bonus raya (Kosmo)



PARA pemain dan pegawai skuad Piala Presiden serta Liga Super Perak
menerima bonus berjumlah RM300,000 daripada Persatuan Bola Sepak Perak
(Pafa) di Ipoh semalam, lapor KAMARUDDIN ISMAIL.

Pafa mengagihkan bonus sebanyak RM200,000 kepada para pemain dan
pegawai pasukan Liga Super atas kejayaan menduduki tangga keempat dalam
saingan liga musim ini manakala agihan bonus sebanyak RM100,000 atas
kejayaan skuad Piala Presiden menjulang piala itu pada, Jun lalu.

Presiden Pafa, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, pemberian bonus
itu adalah sebagai tanda penghargaan persatuan atas kejayaan mereka.

"Mereka telah bertungkus lumus selama beberapa bulan bagi
mengharumkan nama Perak dan wajarlah para pemain serta pegawai menerima
bonus berkenaan," kata Zainol selepas Majlis Penyerahan Bonus Liga Super
dan Piala Presiden 2012 di Ipoh semalam.

Turut hadir, Naib Presiden Pafa, Khairuddin Ahmad; Setiausaha Pafa,
Abdul Aziz Yeop Jamaluddin; Pengurus Pasukan, Khairul Azwan Harun dan
jurulatih Piala Malaysia, Jang Jung.

Skuad Seladang yang dipimpin bekas jurulatih, Norizan Bakar itu
berjaya menduduki tangga keempat apabila mencatat 13 kemenangan daripada
26 perlawanan yang diharunginya.

Selain itu, Perak turut mencatat tiga keputusan seri dan kalah dalam
sepuluh perlawanan lain bagi menduduki tangga keempat dengan mengumpul
42 mata.

Kelantan muncul juara Liga Super setelah mengutip 60 mata diikuti oleh Lions XII dari Singapura dan Selangor.

Bagaimanapun, belum sepat saingan liga melabuhkan tirainya, Norizan
telah mengambil cuti mengejut apabila Perak tumpas 0-6 kepada Kelantan
di Kota Bharu, Julai lalu.

Penolong jurulatih, Chong Yee Fatt terpaksa menerajui pasukan berkenaan dalam tiga perlawanan terakhirnya.

Kini, Perak mengambil jurulatih dari Korea, Jang Jung bagi membawa cabaran dalam aksi Piala Malaysia yang bermula 22 Ogos ini.

Zainol turut mengucapkan terima kasih kepada Norizan atas kejayaannya
membawa Perak menduduki tangga keempat musim lalu manakala keenam tahun
2011.

"Saya yakin pemberian bonus menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri ini akan menggembirakan semua pemain dan pegawai," katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum