Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Pemain & Jurulatih Pasukan Liga Malaysia Kelantan 2012

View previous topic View next topic Go down

Pemain & Jurulatih Pasukan Liga Malaysia Kelantan 2012

Post by daud skema on Thu Oct 27, 2011 4:02 am

Jurulatih

Peter James Butler (Ketua Jurulatih)
Zahasmi Ismail (Penolong Jurulatih
Sidek Shamsuddin (Penolong Jurulatih)


Pemain

Khairul Fahmi Che Mat
Norshahrul Idlan Talaha
Mohd
Shahrizan Ismail
S Subramaniam
Mohd Farisham Ismail
Mohd Rizal Fahmi
Ab Rosid
Daudsu Jamaluddin
Zairul Fitree Ishak
Mohamad Ab Aziz
Ismail
Muhd Badhri Radzi
Shakir Shaari
S Chanturu
Nurul Azwan Roya
Mohd Ramzul Zahini Adenan
Mohd Nizab Ayub
Mohd Izuan Solahuddin
Khairul Izuan Rosli
Mohd Aris Zaidi
Mohd Zamri Ramli
Nik Shahrul Azim Abd Halim
avatar
daud skema
Ahli Junior
Ahli Junior

Negeri :
Posts : 14
Points : 29
Reputation : 0
Join date : 17/10/2011

View user profile

Back to top Go down

Re: Pemain & Jurulatih Pasukan Liga Malaysia Kelantan 2012

Post by Park Deen on Mon Dec 19, 2011 2:49 pm

Menang semua piala
Oleh Mohd Fitrie Muhamad
mfitrie@bharian.com.my
2011/12/19


Red Warriors tampil dengan cita-cita besar musim 2012
SELEPAS mendahului pasukan lain dalam proses persiapan, jaguh Pantai
Timur, Kelantan kini berada di landasan terbaik untuk cuba mengharungi
saingan musim baru Liga Super dengan mengelak sebarang kekalahan.

Walaupun sedar jumlah perlawanan yang terpaksa diharungi musim depan
bertambah kepada 60 perlawanan termasuk membabitkan saingan Piala AFC,
ia bukan alasan untuk gagal, sebaliknya Red Warriors tampil dengan
cita-cita besar untuk merangkul semua trofi dipertandingkan.

“Setiap perlawanan adalah penting dan kami memandang serius setiap
cabaran yang akan bermula tidak lama lagi. Berdasarkan prestasi
sekarang, saya yakin dengan kemampuan pemain termasuk dua import yang
kita daftarkan.

“Saya mahu lihat Kelantan mampu mengharungi saingan liga tanpa
kekalahan dan kalau seri sekali pun, tidak mengapa asalkan kita tidak
mengalami kekalahan,” kata Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa.

Nada keyakinan Annuar itu jelas menunjukkan kesungguhan barisan
bimbingan Peter Butler untuk kembali menggegar pentas Liga Malaysia
terutama selepas Piala Malaysia terlepas daripada genggaman.

Sebelum memulakan aksi pembuka tirai perlawanan sumbangsih Piala
Sultan Ahmad Shah menentang juara Piala Malaysia 2011 Negeri Sembilan,
juara bertahan Liga Super 2011 itu akan mengadakan dua lagi perlawanan
persahabatan sebagai pendedahan berkualiti tinggi kepada pemain.

“Kita akan menentang juara Liga Indonesia, Persebaya FC dan merancang menentang juara Piala FA, Terengganu,” katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pemain & Jurulatih Pasukan Liga Malaysia Kelantan 2012

Post by Park Deen on Mon Dec 19, 2011 3:01 pm

60 perlawanan menanti Red Warriors



ANNUAR Musa (kiri) bertukar
dokumen dengan Pengerusi Happy, Cheng Weng Hong pada majlis
menandatangani program kerjasama bagi musim 2012 di Shah Alam, baru-baru
ini.




SHAH ALAM - Kelantan bakal mengharungi musim baru
yang cukup padat dengan hampir 60 perlawanan terpaksa diharungi skuad
Red Warriors musim depan.

Bagaimanapun, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri
Annuar Musa berkata, pihaknya tidak gusar dengan jadual padat yang akan
diharungi kerana persediaan rapi telah dilakukan skuad Kelantan bagi
menghadapi cabaran musim baru, termasuk penyertaan pertama dalam Piala
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

"Dengan kehadiran barisan pemain import, kita juga akan menggunakan
sistem penggiliran pemain dalam skuad Kelantan. Para pemain kena
bersaing untuk mendapatkan tempat mereka dalam kesebelasan utama,"
katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Menandatangani Program Kerjasama KAFA-Happy dan penaja bersama Red Warriors 2012 baru-baru ini.

Menurut Annuar, persiapan awal juga diberi kepada para pemain yang
mana langkah tersebut dilakukan agar para pemain benar-benar fokus
terhadap jadual padat yang bakal mereka tempuhi nanti.

Jelasnya, Kelantan juga akan menggunakan formasi baru pada musim depan dan tidak lagi bergantung kepada 4-5-1.

"Kalau dulu kita terlalu bergantung kepada Norshahrul Idlan Talaha,
tetapi kini dengan kehadiran tonggak import seperti pemain kebangsaan
Lebanon, Muhammed Ghaddar Mahmoud untuk digandingkan dengan Norshahrul
di posisi depan," ujarnya.

Selain itu, beliau memberitahu, Kelantan juga bukan sekadar membawa
masuk pemain import untuk tempoh jangka pendek, tetapi sebaliknya mereka
bakal dimanfaatkan untuk program jangka panjang.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pemain & Jurulatih Pasukan Liga Malaysia Kelantan 2012

Post by Park Deen on Fri Dec 23, 2011 10:06 am

Butler mahu Kijang serius lawan Persebaya

Oleh Mohd Nor Asri Yaacob

PERLAWANAN menentang kelab terbaik Liga Premier Indonesia, Persebaya
FC bagi merebut Piala Unity di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu,
malam ini akan dijadikan medan barisan pemain Kelantan membuktikan
kemampuan berkualiti.

Ketua jurulatih, Peter Butler berkata, dengan kehadiran dua pemain
import dan pemain tempatan berpengalaman, beliau mahu pasukannya
berjuang habis-habisan sebelum bertemu semula di Surabaya, 28 Disember
ini.

“Perlawanan ini tentunya menjadi perhatian ramai peminat
tempatan yang ingin melihat perkembangan terkini Kelantan dan kehebatan
kelab Indonesia itu.

“Saya belum memutuskan kesebelasan terbaik tetapi saya mahu pemain
yang beraksi nanti mampu memastikan kemenangan kami,” ” katanya pada
sidang media bersama ketua jurulatih Persebaya, Divaldo Alves di Kota
Bharu, semalam.

Sementara itu, Divaldo bakal menurunkan tiga
importnya, Otavio Dutra dan Alexandre Da Silva Mariano dari Brazil serta
pemain Australia, Andrew Barisic.

Bagaimanapun, jurulatih
berusia 33 tahun itu tidak memandang mudah keupayaan Kelantan yang
dianggap pasukan terbaik Liga Super Malaysia.

Katanya, peluang beraksi dengan Kelantan di Kota Bharu akan
dipergunakan sebaik mungkin bagi memburu kemenangan sebagai bekalan di
Surabaya nanti.

“Saya mengharapkan tentangan sengit tuan
rumah. Saya fikir jika banyak jaringan dapat dilakukan kedua-dua
pasukan, perlawanan pasti lebih menarik,” katanya.

Sementara itu, pelanggan Indopek menerusi pakej berbayar Astro boleh
menyaksikannya secara langsung hari ini di saluran Bintang 141 jam 8.40
malam dan perlawanan kedua 28 Disember jam 8.55 malam.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pemain & Jurulatih Pasukan Liga Malaysia Kelantan 2012

Post by Park Deen on Wed Jan 11, 2012 10:35 am

Red Warriors calar ego Lions XII
Oleh Rizar Mohd Noor
rizar@hmetro.com.my

JARINGAN penalti Muhammad Ghaddar memastikan Kelantan berjaya
menjinakkan Singapura Lions XII 2-1 dalam saingan Liga Super di Stadium
Jalan Besar, Singapura, malam tadi.

Pembimbing skuad Red Warriors, Peter Butler melakukan rombakan pada
perlawanan itu apabila tidak menyenarai pemain importnya, Antwi Agraye
manakala Mohd Nor Farhan Muhamad berada di bangku simpanan.

Kelantan yang terpaksa mengambil tempoh agak lama untuk menyesuaikan
diri dengan padang rumput tiruan mula mengatur serangan pada minit ke-12
hasil rembatan deras Indra Putra Mahayuddin tetapi ditepis penjaga gol
tuan rumah, Izwan Mahbud.

Peluang terbaik Lion XII mencipta jaringan hadir pada minit ke-18
selepas Safuwan Ibrahim bijak melambungkan bola dari luar kotak penalti
hampir memerangkap penjaga gol, Mohd Khairul Fahmi Che Mat yang sudah
tergamam di gawang sendiri.

Skuad bimbingan V Sundramoorthy
yang mendapat sokongan padu lebih 7,000 penyokong yang membanjiri
stadium menghadiahkan jaringan pertama pada minit ke-31 selepas pemain
pertahanan, Baihakki Khaizan menanduk masuk menewaskan Khairul Fahmi
hasil sepakan percuma Shahdan Sulaiman.

Ketika aksi menuju
penghujung babak pertama, Norshahrul Idlan Talaha memastikan gol
penyamaan apabila merembat kencang hasil bola sepakan lintang Daudsu
Jamaluddin.


Tindakan Butler mengeluarkan Nurul Azwan Roya yang agak kurang
menyerlah dengan memasukkan Nor Farhan membuahkan hasil apabila bekas
pemain T-Team itu bijak melorongkan bola kepada Ghaddar sehingga memaksa
Izwan menjatuhkan pemain import dari Lubnan itu dalam kotak penalti
pada minit ke-78.

Ghaddar yang masih tercari-cari jaringan
pertama bersama Kelantan mudah merembat leret untuk menewaskan Izwan
bagi memastikan Kelantan membawa pulang tiga mata.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pemain & Jurulatih Pasukan Liga Malaysia Kelantan 2012

Post by Park Deen on Sun Jan 15, 2012 11:47 am

'Jangan perlekeh lawan'

Oleh YATIMIN ABDULLAH

PEMAIN Kelantan diingatkan supaya tidak memandang rendah kemampuan pasukan lawan pada perlawanan akan datang.

Sikap tersebut hampir mengundang padah apabila skuad The Red Warriors
itu sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan PKNS dalam aksi Liga
Super di Stadium Sultan Muhammed IV kelmarin.

Hal itu disuarakan oleh pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim yang mahu sikap tersebut dikikis segera.

“Kita tidak boleh memandang rendah kemampuan pasukan lawan yang akan
ditentang selepas ini. Saya mahu pemain menjadikan keputusan ini sebagai
pengajaran berguna buat kita menghadapi perlawanan akan datang.

“Harus diingat, mana-mana pasukan yang akan bertemu dengan Kelantan,
pasti akan bermain mati-matian dan cuba untuk menewaskan kita dalam
perlawanan tersebut. Jika mereka berjaya menewaskan kita ia merupakan
satu tonik buat pasukan berkenaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad
di Kota Bharu semalam.

Pada perlawanan tersebut, ketua jurulatih Kelantan, Peter James
Butler membuat percaturan berani apabila mencuba gandingan baru
menurunkan Norshahrul Idlan Talaha dengan pemain import dari Ghana,
Danny Antwi namun gagal membuahkan hasil.

Bagaimanapun rentak permainan tuan rumah berubah, apabila Peter
Butler memasukkan dua tonggak berpengalaman Indra Putra Mahyuddin dan
Nor Farhan Mohamad bagi menggantikan Nurul Azwan Roya dan S. Chanturu
sebaik sahaja bersambung babak kedua.

Menyedari kemenangan perlu diraih, Butler membuat pertukaran pada
minit ke-70 dengan mengeluarkan Antwi dan menggantikannya dengan Mohamad
Ghaddar. Kemasukan Ghaddar memberi impak kepada jentera serangan
Kelantan.

Dua minit selepas itu, Kelantan mendapat gol pertama menerusi kapten
pasukan Mohd. Badri Razhi selepas bijak memanfaatkan peluang terhidang
di hadapan pintu gol pelawat, bagaimanapun gol tersebut hanya bertahan
selama lapan minit apabila Muhammad Fauzan menjaringkan gol penyamaan
menerusi sepakan penalti.

Dalam pada itu, Azman memberitahu segala percaturan yang dilakukan
serba tidak menjadi dan mengakui persembahan pasukannya sedikit hambar
pada perlawanan tersebut.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pemain & Jurulatih Pasukan Liga Malaysia Kelantan 2012

Post by Park Deen on Sun Jan 22, 2012 11:35 am

Kelantan bangkit tutup mulut pengkritik

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my

KELANTAN akhirnya berjaya menghapuskan badi Stadium Darulaman, Alor
Setar sejak lebih empat tahun lalu apabila mencatat kemena- ngan pertama
selepas menewaskan Kedah 3-0 dalam saingan Liga Super malam kelmarin.

Selain itu, kejayaan yang dicatatkan itu cukup signifikan apabila
berjaya menutup mulut para pengkritik yang sebelum ini begitu lantang
melontarkan kritikan ekoran aksi yang tidak begitu konsisten dipamerkan
gergasi Pantai Timur itu.

Bagaimanapun, di sebalik kejayaan yang direkodkan itu, pengurus
pasukan, Azman Ibrahim tetap menyifatkan aksi pemain-pemainnya berada di
bawah tahap sebenar biarpun berjaya meledak tiga gol.

Menurutnya, kemenangan malam kelmarin turut dibantu faktor nasib dan
kelekaan benteng Kedah sehingga Kelantan berjaya menjaringkan gol pada
lewat permainan.

"Jika rembatan Faizal (Abu Bakar) yang terkena palang itu menerjah
gawang, saya rasa keputu- san pasti berubah. Gol itu pasti memberi
semangat kepada Kedah ketika pemain-pemain kita sudah mula hilang fokus.
Ketika itu pula kita hanya mendahului dengan satu gol.

"Kemenangan 3-0 semalam (malam kelmarin) tidak mencerminkan kekuatan
kita yang sebenar. Masih banyak ruang yang perlu diperbaiki, terutamanya
untuk tempoh rehat dua minggu ini, tiada apa yang perlu dimegahkan
dengan kemenangan semalam (kelmarin)," katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, aksi yang dipamerkan kedua-dua pasukan tidak begitu
bermaya dan Kelantan perlu mengkaji beberapa kelemahan, terutamanya dari
segi kecergasan.

Katanya, The Red Warriors perlu lebih bersedia kerana mereka
akan dijadualkan bertemu beberapa pasukan gergasi bola sepak tempatan
seperti Negeri Sembilan dan Selangor selepas ini.

Ditanya mengenai prestasi dua pemain importnya, Muhammad Ghaddar dan
Denny Antwi, Azman berkata: "Kita keluarkan Ghaddar pada perlawanan
tersebut kerana dia terlalu mudah kehilangan bola.

"Dia bermain terlalu 'fancy' dan sering mempamerkan teknik individu
menyebabkan pemain lain kecewa. Sudah banyak kali diberitahu tetapi
perkara tersebut masih berlaku.

"Bagi Antwi, kemasukannya memberi impak, terutamanya terlibat dalam jaringan kedua, selain menjaringkan gol ketiga.

"Dia adalah pemain import dan kehadirannya tidak boleh menjadi seka- dar pelengkap dalam pasukan, perlu bekerja lebih keras."

Dalam pada itu, Azman memberi amaran kepada semua pemain import
supaya berubah dan perlu bekerja keras untuk mempamerkan aksi yang
terbaik bagi mengelakkan daripada disingkir.

Pada perlawanan tersebut, gol-gol Kelantan dijaringkan oleh Muhammad
Ghaddar pada minit ke-39 melalui sepakan penalti selepas Nor- shahrul
Idlan Talaha dijatuhkan oleh Fauzi Nan dalam kotak penalti.

Pada minit ke-79 giliran Norshahrul yang menerima umpanan Denny Antwi melepaskan rembatan yang terus menerjah gawang Kedah.

Tirai gol Kelantan ditutup oleh Denny Antwi pada minit-minit akhir
perlawanan selepas berjaya merebut bola daripada kaki penjaga gol Kedah,
Helmi Eliza sebelum menyepak masuk bola ke gawang.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pemain & Jurulatih Pasukan Liga Malaysia Kelantan 2012

Post by Park Deen on Fri Jan 27, 2012 10:41 am

Hanya salah faham: Kafa

Oleh Mohd Nor Asri Yaacob
sukan@hmetro.com.my

ISU kegagalan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat
melaporkan diri bagi menjalani latihan bersama skuad Olimpik disifat
lebih kepada salah faham dan dianggap selesai selepas Persatuan Bola
Sepak Kelantan (Kafa) tampil menjelaskan situasi sebenar.


Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya sudah
memberikan pelepasan kepada Khairul Fahmi atau lebih dikenali dengan
panggilan Apek bagi menyertai latihan skuad Olimpik tetapi harus kembali
bersama pasukan Kelantan dalam tempoh 48 jam sebelum perlawanan
menentang Kuala Lumpur, malam esok.

“Apek sepatutnya perlu
melaporkan diri pada 25 Januari (kelmarin) di Wisma FAM tetapi menyangka
perlu melaporkan diri selepas perlawanan Kelantan menentang Kuala
Lumpur di Kota Bharu, pada Sabtu ini.

“Saya sudah meminta pihak pengurusan Kelantan dan Apek sendiri
menghubungi ketua jurulatih skuad Olimpik, Ong Kim Swee bagi
menyelesaikan perkara ini dengan baik demi kepentingan bersama semua
pihak,” katanya.

Harian Metro semalam melaporkan kegagalan
penjaga gol berusia 23 tahun itu melaporkan diri untuk menjalani sesi
latihan bagi menghadapi perlawanan Kumpulan C Kelayakan Olimpik
menentang Bahrain pada 5 Februari depan. Kim Swee dilaporkan memberi
pelepasan kepada enam pemain luar termasuk penjaga gawang Kelantan itu
pulang sehari sebelum perlawanan membabitkan pasukan masing-masing esok.

Sementara
itu Setiausaha Agung Kafa, Azman Ibrahim berkata, masalah komunikasi
yang terputus berikutan cuti panjang sempena sambutan Tahun Baru Cina
menjadi punca berlakunya salah faham membabitkan kegagalan Khairul Fahmi
melaporkan diri menjalani latihan bersama skuad Olimpik itu.

“Di Kelantan, cuti hujung minggu kita jatuh pada Jumaat dan Sabtu
manakala di Kuala Lumpur, cuti panjang bermula dari Sabtu hingga Selasa.
Kita pula menerima berita mengenai Apek perlu melaporkan diri bersama
skuad Olimpik pada pagi Rabu.

“Kita cuba mendapatkan tiket
penerbangan bagi membolehkan dia menyertai latihan pada hari itu juga
tetapi malangnya semua penerbangan sudah penuh. Jadi hari ini (semalam)
kita sudah mendapatkan tiket penerbangan bagi membolehkannya ke Kuala
Lumpur,” katanya.

Sementara itu, ketika dihubungi Apek mengesahkan akan melaporkan
diri menjalani latihan bersama skuad Olimpik di Wisma FAM selepas
majikannya berjaya mendapatkan tiket penerbangan tengah hari semalam.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pemain & Jurulatih Pasukan Liga Malaysia Kelantan 2012

Post by Park Deen on Fri Jan 27, 2012 10:45 am

Butler enggan komen lanjut isu Khairul Fahmi

JURULATIH Kelantan, Peter Butler enggan mengulas lanjut kedudukan
penjaga golnya dan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat yang
tiada bersama skuad Olimpik negara menjalani latihan, menjelang pusingan
kelayakan menentang Bahrain pada 5 Februari depan.


Menurutnya, hanya Presiden Kafa Tan Sri Annuar Musa yang layak mengeluarkan kenyataan.

Dilaporkan
ketiadaan Khairul Fahmi untuk menjalani latihan bersama skuad Olimpik
mulai kelmarin turut menjadi tanda tanya kepada jurulatih Ong Kim Swee.

Butler berkata beliau tidak menghalang Khairul Fahmi yang lebih mesra
dengan panggilan Apek untuk menyertai latihan bersama skuad Olimpik
kerana itu adalah tanggungjawabnya kepada negara. “Namun saya tak mahu
komen kerana itu bukan keputusan saya. Kalau dia mesti pergi dan
mewakili pasukan negara, saya faham,” katanya kepada Bernama, semalam.

Namun pada masa sama, Butler tetap mengharapkan kehadiran Apek dalam skuad Red Warriors.

“Saya juga perlukan Fahmi kerana dia sudah lama bermain bersama Mat Yo
(penyerang Norshahrul Idlan Talaha). Kita mesti fikir kebajikan mereka
tapi saya tak mahu komen untuk pasukan kebangsaan, anda tanya Tan Sri
(Annuar Musa),” katanya
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pemain & Jurulatih Pasukan Liga Malaysia Kelantan 2012

Post by Park Deen on Fri Jan 27, 2012 10:47 am

Ghaddar buru lebih banyak gol
Oleh Mohd Nor Asri Yaacob

PENYERANG import Kelantan, Mohammed Ghaddar tidak mahu dilabelkan
sebagai penjaring sepakan penalti saja sebaliknya mahu membuktikan
kesungguhannya membantu The Red Warriors memburu lebih banyak gol
apabila turun berdepan Kuala Lumpur dalam saingan Liga Super di Stadium
Sultan Muhammad IV, esok.

Penyerang berusia 28 dari Lubnan itu, mengakui mentalitinya berada di
tahap terbaik dan tidak mempunyai tekanan untuk membantu Kelantan musim
ini, malah yakin dapat menjaringkan gol bagi menyaingi kehebatan ‘ayam
tambatan’ rakan sepasukan, Norsharul Idlan Talaha.

Katanya,
dia enggan dilabelkan sebagai penyerang yang hanya mampu menjaringkan
sepakan penalti malah kehadirannya adalah untuk membantu Kelantan
mempertahankan kejuaraan.

“Saya janji akan menjaringkan gol bukan saja menerusi sepakan
penalti. Selepas mengharungi empat perlawanan, saya kini lebih yakin
untuk beraksi dalam perlawanan berikutnya.

“Saya datang ke
sini untuk membantu Kelantan dan saya perlu menunjukkan kesungguhan
selain berusaha keras dan saya harap kerjasama rakan sepasukan akan
dapat membantu saya menjaringkan gol lebih banyak,” katanya.


Mohammed Ghaddar setakat ini memiliki dua gol peribadi dan kedua-duanya
hasil sepakan penalti ketika menentang kelab Singapura, LionsXII, 10
Januari lalu dan Kedah, 20 Januari lalu.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pemain & Jurulatih Pasukan Liga Malaysia Kelantan 2012

Post by Park Deen on Sun Jan 29, 2012 9:50 am

Kelantan berkuasa
Oleh Rizar Mohd Noor, Bashah Zainol Abidin, Mohd Roji Kawi, Baharom Bakar, Nazri Abu Bakar dan Mohd Nor Asri Yaacob

2012/01/29



PEMAIN import T-Team, Zacharia Simukonda melepasi
halangan pertahanan Selangor dalam perlawanan Liga Super di Stadium
Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.

Terengganu pula aibkan Singa di kandang sendiri

PENYANDANG
juara, Kelantan meneruskan penguasaan Liga Super dan mengekalkan rekod
tanpa kalah musim ini selepas menewaskan Kuala Lumpur 3-0 di Stadium
Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.

Bermula garang
di babak pertama, deretan peluang tuan rumah bagaimanapun gagal
disempurnakan barisan depan yang diterajui Norshahrul Idlan Talaha
tetapi sebaik babak kedua bermula, penyerang kebangsaan itu memecah
kebuntuan dengan menanduk masuk hantaran Indra Putra Mahyuddin (m-46).

Sorakan lebih 20,000 penyokong Red Warriors sekali lagi bergema pada
minit ke-72 apabila kapten Mohd Badri Radzi melebarkan jaringan tuan
rumah selepas memanfaatkan sepakan percuma untuk gol kedua Kelantan
sebelum pemain importnya, Denny Antwi melengkapkan kemenangan pada minit
ke-77.

Di Stadium Jalan Besar, Singapura, jaringan tunggal pemain import,
Francis Forkey Doe pada babak kedua perlawanan sudah memadai buat
Terengganu melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas Lions XII.


Tuan rumah memiliki peluang untuk membuka jaringan pada minit ke-76
namun pemain gantian Agu Casmir sekadar menyepak bola melepasi palang
gol ketika penjaga gol, Mohd Sharbinee Allawee sudah tertewas.

Sebaliknya kekalutan pada minit ke-79, Forkey Doe yang terjatuh akibat
diapit dua pertahanan Lions XII pantas bangun untuk mencuri bola dan
merembat leret menewaskan Izwan Mahbud untuk memastikan Terengganu
pulang dengan tiga mata berharga.

Di Stadium Sultan Ismail
Nasiruddin Shah, gol minit ke-78 Azidan Sarudin memastikan Selangor
pulang dengan tiga mata penuh selepas menang tipis 2-1 ke atas T-Team.



Pemain import Selangor, Ramez Jamal Dayoub membuka jaringan pada
minit ke-35 selepas menyempurnakan sepakan penalti, tetapi disamakan
tuan rumah juga menerusi sepakan penalti kapten, Zairo Anuar Zailani
(m-49) sebelum Azidan menanduk masuk pemusnah pada minit ke-77.


Di Stadium Darulaman, tuan rumah Kedah tewas 3-1 kepada Johor FC,
bermula dengan penalti Azi Shahril Azmi (m-44) untuk Johor FC mendahului
1-0 pada separuh masa pertama dan dua gol lagi menerusi Riduwan Maon
(m-65) serta Kaironisam Sahabudin (m-70). Gol tunggal tuan rumah
dijaringkan Khyril Muhymeen Zambri (m-81).

Di Stadium Hang
Jebat, Melaka, gol sendiri Muhamad Khairan Ezuan Razali membantu Perak
menewaskan FELDA United 2-1, dengan gol pertama menerusi Micheal Kubala
(m-11) sebelum Farderin Kadir (m-35) menyamakan kedudukan dan Khairan
tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-40.

Di Stadium Negeri, Kuching, Sarawak sekali lagi kempunan mengutip mata penuh
selepas seri 2-2 menentang Negeri Sembilan malam tadi.

Dua kali ketinggalan, Sarawak bangkit menyamakan kedudukan menerusi
penyerang importnya yang tampil buat kali pertama, Kalle Sone (m-50) dan
Zamri Morshidi (m-83) manakala Negeri Sembilan membuka jaringan
menerusi Ahmad Shakir Ali (m-45) dan Shukor Adan (81)
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pemain & Jurulatih Pasukan Liga Malaysia Kelantan 2012

Post by Park Deen on Mon Feb 13, 2012 3:51 am

Kelantan kembali menerajui takhta liga

Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my


NORSHAHRUL (kanan) cuba dihalang pertahanan Terengganu, Muslim Ahmad pada aksi di Kota Bharu malam kelmarin.




PASUKAN The Red Warriors tampil membuktikan statusnya sebagai
gergasi bola sepak Pantai Timur apabila menumbangkan seteru utamanya
Terengganu 2-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammed IV Kota
Bharu, kelmarin.

Kemenangan tersebut memberikan kelegaan buat pengendalinya, Peter
Butler selepas hanya mampu memungut satu ketika berkunjung ke Kota
Kinabalu, Rabu lalu.

Tanpa berselindung, pengendali yang kaya dengan pengalaman itu
berkata kemenangan tersebut adalah hasil kerja keras dan disiplin tinggi
yang ditunjukkan oleh barisan pemainnya sepanjang perlawanan tersebut.

"Selepas seri dengan Sabah minggu lalu, kita ada buat perancangan
untuk menghadapi perlawanan ini dan hasilnya kita dapat memungut tiga
mata di tempat sendiri.

"Saya gembira dengan keputusan ini. Terengganu bukanlah satu pasukan
yang mudah untuk ditewaskan, mereka ada ramai pemain yang hebat dan
berkualiti," katanya.

Pada perlawanan tersebut, Kelantan yang beraksi di hadapan 17,000
penyokong sendiri mempamerkan aksi bertenaga apabila melancarkan
serangan awal ke kubu pelawat sehingga memaksa Mohd. Sharbinee Alawee
bekerja keras untuk menyelamatkan pintu golnya daripada di bolosi.

Gol pertama tuan rumah hadir pada minit ke-37 menerusi jaringan peledak sensasinya Norshahrul Idlan Tahala atau The Linesman selepas bijak menyempurnakan hantaran rakannya.

Kapten Kelantan Mohd. Badri Radhi turut meletakkan nama selaku penjaring The Red Warriors
apabila berjaya mencetak gol kedua tuan rumah pada minit ke-54, sebelum
Abdul Manaf Mamat menghadiahkan gol saguhati untuk pelawat pada
minit-minit terakhir perlawanan.

Dalam pada itu, Peter Butler mengakui jaringan awal yang diperoleh
Kelantan pada minit ke-37 merupakan titik kebangkitan pasukannya pada
perlawanan tersebut.

"Saya akui jaringan tersebut cukup penting buat kita dan ia merupakan
satu motivasi untuk semua pemain bekerja dengan lebih keras dalam
perlawanan tersebut," ujarnya.

Bekas pemain West Ham United itu turut menghamburkan pujian kepada
dua tonggaknya Nurul Azuan Roya dan S. Chanturu yang telah menunjukkan
mutu permainan yang menarik.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pemain & Jurulatih Pasukan Liga Malaysia Kelantan 2012

Post by Park Deen on Sun Feb 19, 2012 4:36 am

Kelantan mara, NS tersingkir




PENYERANG Kelantan, Norshahrul
Idlan Talaha terjatuh akibat diasak pemain pertahanan Sarawak dalam
perlawanan Piala FA di Stadium Sultan Mohammad IV , Kota Bharu
semalam.




KUALA LUMPUR - Pemain gantian, Farhan Muhammed
muncul penyelamat Kelantan, apabila jaringannya pada masa kecederaan
membawa juara Liga Super itu ke pusingan kedua Piala FA selepas bangkit
menumpaskan Sarawak 2-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu,
semalam.

Penyandang juara, Terengganu dan juara lima kali, Selangor juga mara
menerusi kemenangan selesa 4-0 ke atas lawan masing-masing, manakala
T-Team turut layak dengan menundukkan Johor 2-0.

Dalam saingan di Kota Bharu, Kelantan nyaris diheret ke masa tambahan
apabila terikat 1-1 selepas 90 minit perlawanan, malah dikejutkan
dengan gol pembukaan pelawat pada minit ke-20 menerusi Azizan Baba,
sebelum Indra Putra Mahyudin menyamakan kedudukan di minit ke-33.

Begitupun Farhan yang dibawa masuk pada babak kedua, meledakkan gol
kemenangan seminit selepas saingan memasuki masa kecederaan, sekali gus
membawa Kelantan menempah pertemuan dengan Kuala Lumpur, yang
menumpaskan Majlis Perbandaran Muar 3-0 di Stadium Hang Jebat.

Di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, Selangor nyata bukan
tandingan Shahzan Muda apabila dua jaringan Safiq Rahim (minit ke-66,
74), penyerang import, Basko Balaban (25) dan gol ke-100 ketua pasukan,
Amri Yahya pada minit ke-82 membantu mereka menang besar 4-0.

Selangor akan menentang Johor FC, yang mengejutkan Negeri Sembilan dengan menumpaskan skuad Hobin Jang Hobin 2-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman,
Paroi. Kedua-dua jaringan pelawat menerusi Arthuro Bernhat pada minit
ke-24 dan 79, manakala gol tuan rumah dijaringkan Jean Emmanuel Effa
Owana minit ke-29.

Terengganu pula mengesahkan pertemuan dengan Perak selepas membelasah
PDRM 4-0 hasil dua jaringan Abdul Manaf Mamat pada minit ke-37 dan 65,
diikuti Abdul Hadi Yahya (9) dan Francis Doe pada minit ke-79.

Lions XII (Singapura) dan Preach Khan Reach dari Kemboja meneruskan saingan ke pusingan kedua.

Lions XII menjinakkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) 3-0 di Stadium UiTM,
Shah Alam untuk bertemu Betaria FC yang menumpaskan Melaka 4-0,
manakala Preach Khan Reach menang tipis 2-1 ke atas Pulau Pinang di Stadium Nasional, Bukit Jalil untuk menempah pertemuan dengan Kuala Lumpur SPA yang menewaskan MBJB FC 3-0.

Di Stadium Utama, Kangar, Perlis selesa menumpaskan SDM Kepala Batas 3-0.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pemain & Jurulatih Pasukan Liga Malaysia Kelantan 2012

Post by Park Deen on Tue Mar 06, 2012 4:19 am

Hodak mahu main seperti Barcelona

Oleh Mohd Nor Asri Yaacob
am@hmetro.com.my

KETUA jurulatih Kelantan, Bojan Hodak bertekad meningkatkan kualiti
persembahan The Red Warriors untuk mengharungi saingan musim ini selepas
menewaskan Negeri Sembilan dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan
Muhammad IV, Kota Bharu, kelmarin.

Biarpun baru mengendalikan pasukan, Hodak yang juga Ketua Pegawai
Eksekutif (CEO) Al-Hamra Red Warriors (Army) mengaku anak buahnya belum
mencapai tahap diinginkan dan jurulatih dari Crotia itu mencari jalan
untuk meningkatkan keupayaan pemain sekali gus bersedia untuk perlawanan
Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menentang Navibank Saigon dari
Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, esok.

Katanya,selain meningkatkan prestasi pemain, beliau juga bertekad mengubah
persembahan pasukan Kelantan yang terkenal dengan hantaran jauh dengan
permainan hantaran pendek seperti dilakukan kelab terkemuka dunia.

“Kemenangan ke atas Negeri Sembilan satu permulaan baik bagi saya,
malah pemain berjaya melaksanakan arahan dan kita memang layak menang.
Namun saya lihat masih ada kelemahan yang perlu dibaiki.

“Kita ada ramai pemain bagus tapi memerlukan corak permainan bagus, sama
seperti Barcelona dan kita akan menuju ke arah itu tidak lama lagi,”
katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih Negeri Sembilan, Mohd
Azraai Khor mengaku kelekaan pemain pada awal permainan memberi ruang
kepada kapten pasukan Kelantan, Mohd Badri Radzi melakukan jaringan
seawal minit kedua.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pemain & Jurulatih Pasukan Liga Malaysia Kelantan 2012

Post by Park Deen on Wed Mar 07, 2012 1:38 pm

Kelantan sedia gempur Saigon


Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my


KAPTEN Kelantan, Badri Radzi (kanan)
bersalaman dengan kapten Navibank Saigon pada sidang media Piala AFC di
Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam.




MASIH segar dengan kejayaan menumbangkan Negeri Sembilan pada Ahad
lalu, Kelantan akan memulakan aksi sulung kempen Piala AFC menentang
Navibank Saigon di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pemain & Jurulatih Pasukan Liga Malaysia Kelantan 2012

Post by Park Deen on Wed Mar 07, 2012 1:53 pm

Hodak optimis
Oleh Azlan Muhammad Zain
azlanmz@hmetro.com.my

KEHILANGAN beberapa tonggak utama nyata tidak mengundang resah kepada
pengendali baru Kelantan, Bojan Hodak dalam misi mencari kemenangan
pada aksi pembukaan Kumpulan H, Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC)
menentang kelab Vietnam, Navibank Saigon, jam 8.45 malam ini.


Tiga tonggak kesebelasan utama Kelantan iaitu Norshahrul Idlan
Talaha, Abdul Aziz Ismail dan S Subramaniam sudah pasti terlepas
pertemuan di Stadium Nasional, Bukit Jalil itu kerana kecederaan selain
pemain pertahanan kanan, Mohd Daudsu Jamaluddin belum pasti diturunkan
selepas mengalami kemalangan jalan raya, kelmarin.

Kekuatan juara bertahan Liga Super itu bagaimanapun dijangka tidak terjejas dan
Hodak memiliki ramai pemain berkualiti terutamanya dengan kehadiran dua
lagi penyerang import, Mohamad Ghaddar dan Danny Antwi bagi menggalas
cabaran pasukan. “Dalam saingan liga, kami berada di tangga teratas,
setiap perlawanan menghadirkan tekanan dengan lawan mempamerkan aksi 200
peratus. Ini aksi pertama Kelantan di pentas Piala AFC, tiada harapan
tinggi dan keajaiban diletakkan, saya harap pemain dapat turun
mengharungi perlawanan dengan lebih tenang dan permainan berkualiti
dapat dipamerkan.

“Pertemuan ini menampilkan dua pasukan yang lebih baik dan berkualiti
dalam Kumpulan H. Saya rasa kami (Kelantan dan Navibank Saigon) akan
layak ke peringkat seterusnya berbanding dua lagi kelab dalam kumpulan
ini iaitu Arema (Indonesia) dan Ayeyawady United (Myanmar),” kata Hodak
yang tidak meletakkan sebarang sasaran dalam kejohanan ini namun mengaku
kemampuan melepasi saingan peringkat kumpulan sudah memadai.

Mengenai cabaran yang bakal diberikan Navibank Saigon, pengendali yang baru
dilantik itu berkata, lawan pada musim ini tidak sebagus seperti tahun
sebelumnya walaupun mempunyai barisan pemain berkualiti.

“Secara individu, pemain lawan memang mempunyai kemahiran bagus, namun
sebaliknya secara berpasukan,” kata pengendali kelahiran Croatia itu
yang percaya Kelantan bakal mendapat sokongan padu penyokongnya walaupun
terpaksa beraksi di Stadium Nasional selepas gelanggang sendiri di Kota
Bahru belum mendapat kelulusan AFC.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pemain & Jurulatih Pasukan Liga Malaysia Kelantan 2012

Post by Park Deen on Sat Mar 31, 2012 9:45 am

Kelantan fokus semula Liga Super


Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my
SELEPAS berjaya menempatkan diri dalam kelompok empat pasukan terbaik
dalam saingan Piala FA, Kelantan kini kembali fokus untuk
mempertahankan kedudukan mereka di persada Liga Super apabila
dijadualkan turun menentang Felda United di Kota Bharu malam ini.

Aksi di Stadium Sultan Muhammad IV dengan disaksikan ribuan penyokong setia, The Red Warriors
pastinya mahu memanfaatkan peluang tersebut ketika kedudukan mereka
kini semakin dihimpit oleh pasukan Lions XII dan Terengganu.

Pengurus pasukan, Azman Ibrahim berkata, cabaran pasukan Felda United
tidak harus dipandang mudah oleh para pemainnya biarpun pasukan
tersebut sedang bergelut untuk keluar daripada zon penyingkiran.

Menurutnya, pasukan yang terkenal dengan jolokan The Settlers itu memiliki ramai pemain berbakat yang mampu mengejutkan pasukan lain, termasuk Kelantan sekiranya tidak diberikan perhatian.

"Mereka (Felda United) mempunyai pemain yang cukup sempurna tetapi
mungkin ada beberapa faktor lain menyebabkan kedudukan mereka kini tidak
begitu baik dalam liga. Bagi saya, mereka bukan pasukan yang mudah
untuk ditewaskan.

"Pemain-pemain seperti Faderin Kadir, Norizam Salaman, Azrul Ahmad
dan beberapa lagi pemain mampu memusnahkan impian kita. Mereka harus
diberikan perhatian dan sudah tentu kita mahu keputusannya memihak
kepada kita," katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, persiapan Kelantan masih belum sempurna kerana beberapa
pemain tonggak masih belum dapat diturunkan ekoran kecederaan tetapi
dengan ba- risan pemain yang ada, kekosongan tersebut mampu diisi oleh
pemain lain.

Katanya, apa yang menggembirakan kem Kelantan ialah kembalinya
penggempur sensasi mereka, Norshahrul Idlan Talaha yang kini sudah
disahkan pulih daripada kecederaan dan sudah bersedia untuk beraksi.

"Segalanya bergantung kepada jurula- tih, sekiranya perlu kita akan
menyenaraikan Norshahrul kerana jadual kita untuk bulan April cukup
padat.

"Kita perlu berhati-hati dalam mengatur penggiliran pemain kerana
jadual perlawanan cukup padat, terutamanya dengan kesemua aksi adalah
penting, termasuk separuh akhir Piala FA dan perla- wanan Piala AFC
menentang Arema Malang dari Indonesia," ujarnya.

Jelasnya, kesilapan dalam mengadakan sistem penggiliran tersebut
mungkin mendedahkan pemain terhadap risiko kecederaan serta sindrom
kepenatan yang pastinya memberi kesan kepada prestasi pasukan.

Dalam pada itu, Azman turut mengulas mengenai persembahan pemain
importnya, Nwoha Onyekachi yang mempunyai tempoh kurang sebulan untuk
terus mempamerkan aksi terbaik dalam usaha memikat pihak pengurusan
untuk mengekal- kannya dalam pasukan.

"Tarikh tutup pendaftaran pada 16 April dan dia (Nwoha) mempunyai
cukup masa untuk membuktikan kemampuannya untuk terus kekal dalam
pasukan dan kita mengharapkan dia mampu memberikan impak kepada
pasukan," jelasnya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pemain & Jurulatih Pasukan Liga Malaysia Kelantan 2012

Post by Park Deen on Mon Apr 02, 2012 2:26 pm

Kelantan kukuhkan cengkaman


Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my


NWOHA (kiri) meledak dua gol ketika membantu Kelantan membelasah Felda United di Kota Bharu, malam kelmarin.




KELANTAN terus mengukuhkan cengkaman di puncak Liga Super apabila
membelasah pasukan di tangga kedua tercorot Felda United 5-1 dalam aksi
liga di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam kelmarin.

Kemenangan terbesar yang dicatatkan oleh skuad bimbingan Bojan Hodak
itu membuktikan pasukan tersebut mempunyai ramuan lengkap dalam usaha
mempertahankan gelaran yang diraih musim lalu.

Tanpa berselindung, jurulatih berusia 41 tahun itu menyifatkan
kemenangan besar itu adalah hasil disiplin tinggi yang dijelmakan oleh
barisan pemainnya sepanjang 90 minit perlawanan tersebut.

Katanya, meskipun pada awalnya dia risau barisan pemainnya akan
mengalami kepenatan pada perlawanan tersebut selepas mengharungi ujian
getir sebelum ini, namun jangkaannya itu meleset apabila pemain bangkit
mempamerkan sentuhan juara.

“Secara keseluruhan saya amat berpuas hati dengan kemenangan ini dan
kita berjaya menjaringkan lima gol. Kita tidak sepatutnya memberikan
jaringan kepada pasukan lawan.

“Walaupun bolos satu gol, namun saya tetap gembira dengan persembahan barisan pemain terutama pada babak kedua.

“Jadi saya harap pemain dapat meneruskan persembahan mantap ini
kerana kita mahu bergelar juara," ujarnya ketika ditemui pemberita
sejurus tamat perlawanan.

Pada perlawanan tersebut, Kelantan yang beraksi di gelanggang keramat
mereka tidak perlu menunggu lama apabila berjaya membuka tirai jaringan
seawal minit ketiga menerusi Nwoha Onyekachi.

Gol tersebut hanya bertahan seminit apabila Azrul Ahmad yang tidak
dikawal berjaya melepaskan rembatan deras dari luar kotak penalti untuk
mengikat kedudukan menjadi 1-1.

Nwoha terus membuktikan ketajaman penyudahnya apabila meledakkan gol
kedua Kelantan dan peribadinya di minit akhir separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Kelantan terus mengamuk dengan menjaringkan
tiga lagi gol menerusi Nor Farhan Mohammad (minit ke-66), Indra Putra
Mahyuddin (minit ke-67) dan Mohd. Badri Radzi (minit ke-80).

Mengulas mengenai persembahan Nwoha, pengendali kelahiran Croatia itu
menghamburkan pujian kepada pemain tersebut yang telah mempamerkan
peningkatan dalam setiap perlawanan.

“Seperti yang saya katakan dulu, dia (Nwoha) semakin mempamerkan peningkatan dalam setiap perlawanan yang diharungi.

“Mengenai masa depannya, saya akan jumpa dengan Tan Sri Annuar dan
pengurusan dalam beberapa hari lagi, barulah kita akan buat keputusan,”
tegasnya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pemain & Jurulatih Pasukan Liga Malaysia Kelantan 2012

Post by Park Deen on Fri Apr 06, 2012 10:09 am

Afandi pangku tugas Presiden KAFA


Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my





TIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Datuk Afandi
Hamzah (gambar) dilantik sebagai pemangku Presiden KAFA berkuat kuasa
serta-merta selepas Tan Sri Annuar Musa digantung selama dua tahun enam
bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak pada peringkat nasional dan
negeri.

Setiausaha Agung KAFA, Azman Ibrahim berkata, satu mesyuarat telah
diadakan petang semalam dan Ahli Majlis KAFA sebulat suara memilih
Afandi yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk
mene- rajui persatuan tersebut.

Menurutnya, pemilihan tersebut dibuat berdasarkan struktur dan
hierarki yang mana Afandi merupakan orang No. 2 dalam KAFA selepas
Annuar.

Selain itu kata beliau, Afandi di- lihat sebagai individu yang mampu meneruskan kesinambungan kecemerlangan bola sepak Kelantan.

“Secara dasarnya, Datuk Afandi akan memangku jawatan berkenaan
sehingga proses pemilihan (Ahli Majlis KAFA yang baharu) diadakan pada
2013.

“Beliau (Afandi) akan memangku tugas sebagai Presiden KAFA dan
sebarang keputusan mengenai isu tertentu akan dibuat oleh Majlis
Mesyuarat KAFA,” kata Azman kepada Kosmo! semalam.

Tambahnya, hukuman yang dijatuhkan ke atas Annuar menyebabkan KAFA
dan seluruh peminat bola sepak Kelantan kehi- langan seorang individu
yang amat besar sumbangannya dalam usaha memajukan bola sepak di
Kelantan.

Katanya, Annuar yang juga Timbalan Presiden FAM merupakan individu
yang begitu berkaliber dan memberikan sepenuh jiwa raga dalam memastikan
bola sepak Kelantan berada pada tahap yang ada kini.

“Apa yang berlaku ini amat mendukacitakan tetapi kita menerima segala
takdir. Saya benar- benar berharap agar pasukan Kelantan mampu
mengekalkan prestasi.

“Perkara yang berlaku ini seha- rusnya dijadikan semangat untuk kita
terus maju dan kepada para penyokong The Red Warriors, kami mengharapkan
sokongan penuh daripada anda semua,” ujarnya.

Media tempatan semalam mela- porkan, Annuar digantung selama dua
tahun enam bulan oleh Jawa- tankuasa Tatatertib FAM atas tindakannya
mengkritik prestasi pasukan bola sepak kebangsaan menerusi media.

Dalam pada itu, Annuar mene- rusi laman sosial Facebook milik- nya
dipetik sebagai berkata: “Mereka boleh ambil semua pangkat saya tetapi
mereka tidak boleh ambil maruah saya.

“Mereka boleh gantung atau haramkan saya daripada bola sepak mereka
tetapi saya haramkan diri saya daripada berhenti aktif memajukan bola
sepak Malaysia.

“Tindakan FAM memberikan semangat baharu kepada saya. Selebihnya saya serahkan kepada masyarakat dan peminat untuk menilai.”
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pemain & Jurulatih Pasukan Liga Malaysia Kelantan 2012

Post by Park Deen on Fri Apr 13, 2012 9:46 am

Suka duka kancah bola sepak Kelantan


Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my


SIKAP penyokong yang suka membaling mercun sukar dibendung di Kelantan.




BOLA sepak Kelantan memiliki susur galur sejarah yang cukup panjang
dan unik, perjalanan dan jatuh bangun pasukan ini sentiasa menarik untuk
ditelusuri.

Pernah dianggap 'kilang' yang melahirkan ramai nama-nama besar dan
berstatus legenda seperti Dali Omar, Mahadi Yusof, Nik Salleh Nik Man,
Hashim Mustapha, Wan Ezila Daud dan Nik Fauzi Nik Hassan, Kelantan kini
mampu berbangga dengan pencapaian yang telah dikecapi.

Menjadi pasukan negeri pertama terperosok di kancah liga kelas
ketiga, Liga FAM, Kelantan kemudian bangkit menjadi kuasa besar baharu
bola sepak Malaysia selepas menjulang Piala Malaysia dan Liga Super.

Era kebangkitan Kelantan bermula pada musim 2008 apabila tampuk
kepimpinan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) diambil alih oleh Tan
Sri Annuar Musa yang telah banyak melakukan perubahan.

Transformasi secara menyeluruh termasuk daripada segi pengurusan dan
barisan pemain yang disenaraikan meletakkan Kelantan antara pencabar
yang perlu digeruni dalam saingan Liga Malaysia.

Sokongan yang diterima daripada para peminat cukup menakjubkan
apabila berbondong-bondong penyokong mereka mula membanjiri Stadium
Sultan Muhammed Ke-IV malah, aksi Kelantan di gelanggang lawan juga
mendapat sambutan yang menggalakkan.

Namun, dalam usaha meletakkan mereka sebagai gergasi bola sepak
tempatan, Kelantan juga tidak pernah terlepas daripada tercalit dengan
pelbagai isu dan kontroversi yang menyelubungi pasukan tersebut.

Perlawanan pertama Liga Super 2009 menyaksikan Kelantan bertemu KL
Plus di Kota Bharu dan pasukan pelawat diberikan kemenangan percuma
apabila KAFA dipersalahkan kerana didakwa tidak menyediakan padang yang
sempurna sehingga perlawanan tersebut dibatalkan kerana hujan lebat dan
padang digenangi air.

Kejadian tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan
peminat dan desakan demi desakan yang dilakukan menyebabkan FAM menukar
keputusan tersebut untuk mengadakan semula perlawanan berkenaan.

Sejarah yang tidak mungkin lenyap dalam memori para peminat bola
sepak Malaysia pastinya insiden yang berlaku pada 7 April 2009 apabila
sebuah trak polis dibakar dan kereta penonton dipecahkan selepas
penyokong Kelantan mengamuk di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV dalam
saingan separuh akhir Piala FA pertama menentang Negeri Sembilan.

Padahnya, FAM mendenda KAFA sebanyak RM90,000 dan Stadium Sultan
Muhammad Ke-IV digantung daripada mengadakan sebarang perlawanan Liga
Malaysia sehingga akhir musim.

Keputusan tersebut nyata mewujudkan konfrantasi antara peminat
Kelantan dan FAM apabila mereka menganggap keputusan tersebut sebagai
keterlaluan dan tidak masuk akal.

Atas desakan peminat, akhirnya FAM mula menggunakan budi bicara dan
Stadium Sultan Muhammed Ke-IV hanya digantung enam perlawanan dan
sepanjang digantung, Kelantan terpaksa beraksi di Stadium Nasional,
Bukit Jalil yang nyata memberi impak kepada prestasi pasukan pada waktu
itu.

Jika isu denda akibat kelakuan penonton, KAFA mungkin antara
persatuan yang paling banyak di denda dan puluhan ribu ringgit telah
dihabiskan oleh KAFA untuk membayar denda kepada FAM gara-gara
ketaksuban para penyokong sehinggga situasi membaling mercun dan objek
ke dalam padang menjadi satu tabiat yang cukup sukar untuk dibendung.

Terbaharu, kemarahan penyokong Kelantan kembali meledak apabila
Timbalan Presiden FAM, Annuar yang juga Presiden KAFA dikenakan
tindakan gara-gara kenyataan dikeluarkan mengenai pasukan Harimau Malaya
dianggap sebagai kritikan yang mengaibkan FAM.

FAM sebagai sebuah badan induk yang menguruskan bola sepak negara
menerusi beberapa individu kemudiannya bangkit 'membantai' kenyataan
yang dikeluarkan oleh Annuar itu yang tidak seharusnya disebarkan kepada
media.

Bagi FAM, sebarang kritikan haruslah melalui saluran yang betul dan
pasukan Harimau Malaya di bawah kelolaan FAM tidak harus direndah
tarafkan oleh sesiapa sahaja termasuklah Annuar yang merupakan orang
ketiga di dalam FAM.

Akhbar sebelum ini menyiarkan laporan Annuar sebagai berkata:

"Terus terang saya katakan secara peribadi prestasi tidak menentu dan
kadang kala kita dengar alasan-alasan yang tidak semua orang boleh
terima. Tiap kali kita kata nak cuba. Bola sepak adalah benda yang
berjalan sepanjang masa. Kita tidak boleh kata kita buat ini untuk empat
tahun akan datang. Siapa boleh jamin kita akan lebih baik empat tahun
lagi".

Mungkin dengan kenyataan itulah, membuatkan ramai yang tersinggung
malah, tidak kurang pula yang menggunakan kedudukan masing-masing untuk
menyerang Annuar.

Kritikan tersebut dilihat sebagai satu dosa yang tidak boleh
diampunkan kerana ada yang berpendapat kenyataan itu menyebabkan maruah
Malaysia sebagai pemenang Piala AFF Suzuki dan pingat emas Sukan SEA
baru-baru ini tercalar teruk.

Sejarah sebelum ini juga membuktikan mereka yang lantang mengkritik
FAM dalam usaha membangunkan bola sepak negara akhirnya 'diterajang'.

Lihat sahaja apa yang berlaku kepada allahyarham Datuk Ahmad Basri
Akil, pengurus pasukan Johor era 90-an, Datuk Suleiman Mohd. Nor dan
Datuk Taha Arifin dari Sarawak serta Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja
Omar (Perak).

Kesemua mereka ini telah membuktikan mereka berjaya melakukan
reformasi dalam persatuan bola sepak masing-masing tetapi, apabila
mereka lantang mengkritik untuk menjadikan FAM itu sebuah persatuan yang
lebih baik, mereka akhirnya terpaksa menerima padah.

FAM seharusnya dilihat sebagai sebuah institusi yang mempunyai 'jiwa'
yang besar, menerima kritikan dengan lapang dada terutama apabila ia
melibatkan usaha untuk melakukan penambahbaikan.

Sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab membangunkan sukan bola
sepak di negara ini, tidak ada pihak mampu untuk mempertikaikan jasa dan
pengorbanan FAM mengekalkan bola sepak sebagai sukan paling popular.

Oleh yang demikian, FAM tidak perlu menjadi sebuah badan yang kebal
sehinggakan tidak mampu untuk 'diusik' mana-mana pihak walaupun kritikan
tersebut dilihat sebagai relevan.

Apa pun, Annuar sudah berdepan Jawatankuasa Tatatertib dan seperti
dijangka, dia digantung selama 30 bulan tanpa boleh terlibat dalam semua
aktiviti bola sepak kelolaan FAM.

Sekiranya Annuar percaya apa yang dilakukan itu betul demi maruah
bola sepak negara, dia tidak perlu gentar demi sebuah kebenaran.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pemain & Jurulatih Pasukan Liga Malaysia Kelantan 2012

Post by Park Deen on Tue Apr 17, 2012 9:48 am

Mahu menang semua


Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my


SHAKIR (depan) mungkin direhatkan pada aksi menentang T-Team malam ini.




KELANTAN bertekad untuk membuka tirai pusingan kedua Liga Super
dengan langkah kanan apabila mereka dijadualkan bertemu T-Team di Kuala
Terengganu.

Selepas gagal mengambil kesempatan mengutip mata penuh ketika aksi di
gelanggang sendiri Sabtu lalu, malam ini merupakan peluang terbaik
untuk Kelantan mengukuhkan kedudukan di puncak liga biarpun kekurangan
dua perlawanan berbanding Lions XII.

Aksi yang kurang bertenaga selepas terpaksa berpuas hati dengan
keputusan seri 1-1 dengan T-Team pantas disedari oleh ketua
jurulatihnya, Bojan Hodak yang dijangka bakal melakukan beberapa
rombakan.

Menurutnya, beberapa pertukaran akan dilakukan selepas pemain tengah, Shakir Shaari kembali berada dalam kesebelasan utama.

Pada perlawanan sebelum ini, Shakir direhatkan atas alasan keletihan.

"Saya telah memberitahu semua pemain tentang kesilapan yang mereka
lakukan dalam perlawanan sebelum ini dan saya harap mereka faham serta
tidak mengulanginya lagi.

"Bukan senang untuk menang tetapi saya percaya kami mampu melakukannya.

"Shakir akan kembali dan saya mungkin akan merehatkan Rizal Fahmi
kerana dia sudah bermain dalam banyak perlawanan. Ghaddar juga sudah
pasti akan bersama kita untuk mengetuai jentera serangan," katanya
ketika dihubungi di Kota Bharu semalam.

Tambah Hodak, seorang lagi penyerang, Norfarhan Muhammad mengalami
kecederaan dan beliau akan memantau keadaan pemain itu sebelum membuat
keputusan sama ada diturunkan atau sebaliknya pada perlawanan malam ini.

Katanya, pasukan T-Team memiliki kekuatan tersendiri, terutamanya
apabila mereka bermain menggunakan corak hantaran pendek selain
pemain-pemain tengah mereka yang mempunyai kualiti untuk merencanakan
gerakan.

"Mereka sentiasa bekerja keras dan saya fikir kita perlu bersedia
untuk menyekat mereka. Corak permainan juga pantas dan mereka sentiasa
mahu menewaskan kami.

"Mereka pasti memiliki kelebihan selain aksi di tempat sendiri.
Mereka juga mempunyai rehat yang cukup kerana ini merupakan perlawanan
kedua mereka dalam tempoh tujuh hari berbanding kita yang terpaksa
berdepan dengan empat perlawanan," ujarnya.

Bagaimanapun, Hodak sentiasa optimis Kelantan sentiasa mampu
mengatasi mana-mana pasukan termasuklah ketika beraksi di gelanggang
lawan.

"Mata penuh di Kuala Terengganu malam esok (malam ini) akan
memberikan kita lebih keyakinan untuk terus berdepan beberapa lagi siri
perlawanan penting, terutamanya pada saingan separuh akhir Piala FA dan
Piala AFC.

"Saya percaya kita mampu tetapi dengan syarat kita harus beraksi lebih baik berbanding perlawanan sebelum ini.

"Kita juga berharap para penyokong akan hadir beramai- ramai untuk memberikan sokongan kepada pasukan," jelas Hodak.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pemain & Jurulatih Pasukan Liga Malaysia Kelantan 2012

Post by Park Deen on Thu Apr 19, 2012 12:52 pm

Kelantan terus himpit Lions XII

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my


GHADDAR (kiri) dicabar pemain pertahanan T-Team, Bojan Petric pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam kelmarin.

KELANTAN menyingkap tirai pusingan kedua Liga Super dengan penuh bergaya apabila membenam T-Team 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam kelmarin.

Kemenangan di gelanggang lawan itu membolehkan Kelantan yang masih kekal berada di tangga kedua liga terus memberi tekanan kepada pendahulu, Lions XII.

Kelantan yang telah beraksi 14 perlawanan mengumpul 31 mata, manakala Lions XII merekodkan 36 mata daripada 17 perlawanan.

"Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan aksi para pemain malam tadi (kelmarin).

"Ia kemenangan yang menggembirakan tetapi saya yakin pemain saya mampu memberi lebih daripada apa yang dipamerkan," jelas jurulatih Kelantan, Bojan Hodak semalam.

Kelantan terlebih dahulu dikejutkan dengan gol pembukaan tuan rumah pada minit ke-52 apabila Khairul Izwan Khalid menanduk masuk bola hantaran Rosdi Talib.

Bagaimanapun, ledakan S. Chanturu dari luar kotak penalti pada minit ke-67 dan sepakan penalti Muhammad Ghaddar empat minit sebelum perlawanan tamat sudah cukup memastikan Kelantan pulang dengan noktah kenangan.

"Pada separuh masa kedua, T-Team mula bermain secara agresif dengan tempo yang lebih pantas sehingga mereka berjaya menghasilkan gol pembukaan.

"Gol tersebut berpunca daripada sepakan percuma dan barisan pertahanan kita agak leka dan gagal mengawal pergerakan pemain lawan sehingga mereka berjaya mencuri peluang tersebut," kata Bojan.

Mengulas mengenai kemunculan semula Ghaddar yang kembali mengetuai jentera serangan Kelantan, Bojan berkata: "Ini merupakan aksi pertama dia selepas direhatkan lebih dua bulan.

"Biarpun ia gol menerusi sepakan penalti tetapi sekurang-kurangnya ia memberi semangat serta lebih keyakinan untuk terus meledak gol pada perlawanan akan datang," jelasnya.

Bojan turut mengesahkan bahawa penjaga gol utama Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat akan kembali disenaraikan dalam kesebelasan utama selepas hampir dua bulan diketepikan ekoran kecederaan bahu.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pemain & Jurulatih Pasukan Liga Malaysia Kelantan 2012

Post by Park Deen on Tue Apr 24, 2012 10:21 am

Kelantan tak rela diratah lawan


Daripada YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my


HODAK (tengah) ditemani Indra Putra (kiri) meninjau keadaan Stadium Thong Nhat di Ho Chi Minh City, Vietnam semalam.




HO CHI MINH CITY, Vietnam – Wakil Malaysia dalam saingan Piala
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Kelantan tidak akan memberi laluan
mudah kepada wakil Vietnam, Navibank Saigon pada aksi kelima Kumpulan H
di Stadium Thong Nhat di sini malam ini.

Biarpun turun tanpa kelibat ketua pasukan Mohd. Badri Radzi atau Piya
yang terpaksa diketepikan selepas mengalami kecederaan bertemu Kedah
pada aksi separuh akhir pertama Piala FA Sabtu lalu, ia tidak
menjejaskan tumpuan The Red Warriors menjelang pertemuan tersebut.

Sebaliknya pengendali Kelantan, Bojan Hodak mengakui yang beliau
sudah menemui ramuan terbaik untuk dihidangkan pada perlawanan
tersebut.

“Tempat Piya akan diisi oleh Indra Putra (Mahyuddin). Saya yakin
Indra mampu menggalas tugas tersebut berdasarkan pengalaman dan
kelebihan yang dimiliki oleh pemain berkenaan.

“Pasukan lawan (Navibank) mempunyai jentera tengah yang kuat. Jadi,
saya akan kuatkan jentera tengah kita bagi memastikan Kelantan menguasai
bahagian ini,” katanya pada sidang media semalam.

Mengulas mengenai peluang pasukannya pada perlawanan tersebut, Hodak
optimis The Red Warriors mampu meraih tiga mata seterusnya mencerahkan
peluang layak ke pusi- ngan seterusnya.

“Walaupun sedikit kepenatan selepas mengharungi perlawanan yang hebat
minggu lalu, saya harap ia tidak menjejaskan tumpuan semua pemain.

“Kemenangan cukup penting buat kita sebelum menanti kunjungan
Ayeyawady United pada perlawanan terakhir di Kota Bharu nanti,” ujarnya.

Sementara itu, rakan sejawat Hodak, Pham Cong Loc berkata, beliau akan mempertaruhkan barisan terbaik pada pertemuan ini.

“Kami mempunyai misi yang sama seperti Kelantan iaitu untuk meraih
kemenangan. Jadi, saya harap pemain tidak memberikan laluan mudah buat
Kelantan pada perlawanan ini.

“Hanya kemenangan sahaja yang akan menjamin tempat kami ke pusingan seterusnya,” tegasnya.

Selepas mengharungi empat perlawanan Kelantan, Navibank Saigon serta
Ayeyawady United berkongsi tujuh mata, namun dibezakan dengan jumlah
jaringan.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pemain & Jurulatih Pasukan Liga Malaysia Kelantan 2012

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum