Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Enam pemain muda jadi taruhan

View previous topic View next topic Go down

Enam pemain muda jadi taruhan

Post by Park Deen on Thu Aug 16, 2012 3:57 am

Enam pemain muda jadi taruhan (Kosmo)



Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
amir.azam@kosmo.com.my


BUTLER (tengah) optimis skuad
Terengganu mampu memberikan cabaran kepada tiga pasukan yang menjadi
lawan mereka dalam saingan peringkat Kumpulan B Piala Malaysia musim
ini.




WALAUPUN diundi berada ‘kumpulan maut’, pengendali Terengganu, Peter
James Butler tetap optimis mengenai peluang skuad Peteh dalam kancah
Piala Malay- sia yang bakal membuka tirainya 22 Ogos ini.

Butler memberitahu, apa sahaja boleh berlaku dalam saingan Piala
Malaysia biarpun finalis Piala Malaysia 2011 itu diletakkan dalam
Kumpulan B bersama juara Liga Super, Kelantan, juara Liga Perdana,
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kedah.

“Kekurangan perlawanan persahabatan menjelang Piala Malay- sia telah kami mengimbangi dengan latihan intensif.

“Kecergasan bukan satu isu tetapi latihan perlawanan merupakan intipati penting dalam memantapkan pasukan,” katanya.

Pada kempen Piala Malaysia kali ini, Terengganu tampil dengan barisan
pemain sedia ada tanpa khidmat pemain pinjaman daripada pasukan lain.

Butler memberitahu, beliau lebih gemar memberi pendedahan kepada
pemain-pemain muda daripada skuad Piala Presiden Terengganu berbanding
mengambil pemain pinjaman.

“Apa yang penting bagi saya adalah ingin memberi peluang kepada
pemain-pemain muda Terengganu berbanding mengambil pemain dari
kelab-kelab lain. Mereka (pemain pinjaman) hanya akan mewarnai pasukan
selama beberapa bulan sahaja.

“Justeru, pemain-pemain muda merupakan pelapis pasukan bagi masa
hadapan. Mereka amat penting pada pasukan apatah lagi apabila perlawanan
akan berlangsung setiap tiga hari,” ujarnya.

Terdapat enam pemain muda diserapkan dalam skuad Peteh iaitu Mohd.
Kahirul Rosmadi (pertahanan kanan), Mohd. Humaidi Adzmi (pertahanan
kiri), Mohd. Takhiyud- din Roslan (tengah), Mohd. Fahmi Izuddin Mohd.
Zaki (tengah), Wan Muhammad Firdaus Wan Demi (penyerang), dan Muhammad
Fakhrurazi Musa (penyerang).

Dalam pada itu, Butler turut mengesahkan bahawa kapten, Marzuki Yusof
tidak cergas sepenuhnya menjelang perlawanan pembukaan Piala Malaysia
kelak.

“Saya tidak bercadang menurunkan dia dalam kancah Piala Malaysia
kerana ia tidak adil bagi diri Marzuki yang belum cergas sepenuhnya.

“Selain itu, saya masih memerlu- kan beberapa hari mempersiapkan
senarai kesebelasan utama menjelang perlawanan pembukaan berdepan
Kelantan nanti,” katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum