Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Pafa tidak jual sampul duit raya

View previous topic View next topic Go down

Pafa tidak jual sampul duit raya

Post by Park Deen on Tue Aug 14, 2012 4:48 am

Pafa tidak jual sampul duit raya(Kosmo)


PERSATUAN Bola Sepak Perak (Pafa) kecewa dengan tindakan pihak
tertentu menggunakan logo persatuan itu untuk mengaut keuntungan
menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi, lapor KAMARUDDIN ISMAIL.

Setiausaha Pafa, Abdul Aziz Yeop Jamaluddin berkata, pihak berkenaan
sepatutnya tidak menggunakan logo persatuan itu sewenang-wenangnya bagi
tujuan komersial.

"Berdasarkan siasatan awal, Pafa mendapati mereka telah menggunakan
logo persatuan untuk menjual sampul duit raya," jelas Abdul Aziz
mengulas tindakan sebuah kelab penyokong bola sepak yang menjual sampul
duit raya dengan meletakkan logo Pafa.

Difahamkan, kelab penyokong berkenaan menjual sampul duit raya dengan
harga RM10 bagi setiap lima pek yang mana setiap pek me- ngandungi 10
sampul.

Orang ramai yang ingin mendapatkan sampul berkenaan boleh menempahnya
melalui sistem pesanan ringkas (SMS) yang tertera dalam laman sesawang
kelab penyokong berkenaan.

Abdul Aziz berkata, logo Pafa yang digunakan pada sampul berkenaan
menggambarkan seolah-olah Pafa turut terlibat secara usaha sama bagi
mengaut keuntungan.

"Pafa tidak terlibat sama sekali dalam penjualan sampul duit raya itu
kerana perbuatan tersebut menyalahi undang-undang pertubuhan,"
tegasnya.

Beliau mengakui yang Pafa menerima banyak rungutan daripada orang
ramai yang menyatakan bahawa persatuan itu mengambil kesempatan untuk
mengaut keuntungan.

Justeru, Abdul Aziz berharap penjelasan tersebut akan membersihkan kembali nama Pafa.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum