Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

'Azizan bertanggungjawab'

View previous topic View next topic Go down

'Azizan bertanggungjawab'

Post by Park Deen on Tue Aug 14, 2012 4:36 am

'Azizan bertanggungjawab' (Kosmo)



Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
norlida.idros@kosmo.com.my


SKUAD Kedah akan beraksi pada saingan Liga Perdana musim depan selepas gagal
menyerlah dalam kempen Liga Super musim ini.




"MENTERI Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (gambar kecil) harus
bertanggungjawab mengembalikan semula keyakinan penyokong kepada pasukan
bola sepak Kedah."

Demikian tegas bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk
Seri Mahdzir Khalid ketika diminta mengulas mengenai prestasi merudum
skuad Kenari sehingga terpaksa 'terjun' daripada Liga Super ke Liga
Perdana musim depan.

Mahdzir berkata, Azizan selaku Presiden KFA perlu memperbaiki keadaan dengan segera demi peminat pasukan bola sepak Kedah.

"Kelemahan yang berlaku adalah di bahagian pengurusan... sebab pemain
macam dulu juga dan saya rasa mesti ada yang tidak kena dalam
pengurusan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis berbuka puasa
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) bersama media Kedah dan Perlis di
Alor Setar kelmarin.

Kedah yang pernah dinobatkan selaku juara trebel berganda, diturunkan
'pangkat' ke saingan Liga Perdana musim depan selepas menduduki tangga
ke-12 Liga Super musim ini.

Pada aksi playoff menentang Pahang bagi memburu slot Liga Super, Kedah tewas 2-3 menerusi penentuan sepakan penalti.

Ekoran prestasi buruk itu, ketua juru- latih, Wan Jamak Wan Hassan
terpaksa meninggalkan Kedah setelah KFA membuat keputusan memilih Mario
Tot dari Croatia sebagai jurulatih baharu skuad Kenari.

Menurut Mahdzir, Azizan perlu mengembalikan keyakinan penyokong setia
Kedah kepada KFA kerana bola sepak ada- lah minat utama rakyat negeri
itu.

"Kalau Azizan tak mampu jaga KFA, dia boleh bagi pada orang lain dan dia boleh ubah perlembagaan KFA.

"Yang penting sekarang bola, bukan KFA dan kita perlu mengembalikan sinar bola sepak Kedah," tambahnya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum