Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Final Piala Malaysia 2012 : Terengganu Vs Negeri Sembilan

View previous topic View next topic Go down

Final Piala Malaysia 2012 : Terengganu Vs Negeri Sembilan

Post by daud skema on Sun Oct 23, 2011 7:49 am

Terengganu dan Negeri Sembilan mengesahkan slot perlawanan akhir Piala Malaysia adalah milik mereka. Siapa pula akan menjuarai piala paling hangat ini? kedua2 pasukan memang hebat. Terengganu dengan deretan pemain kebangsaan, dan Negeri Sembilan juga mempunyai nama besar yang menjadi pemainnya dalam liga Malaysia ini.

Rangkaian terengganu menerusi 3A Abdul Hadi - Abdul Manaf - Ashari Shamsuddin pastinya gandingan terbaik dan terhebat Liga Malaysia setakat ini.

Negeri sembila juga mempunyai nama2 seperti Hairuddin Omar, S Kunalan, pasangan kembar, Shukor Adan dan ramai lagi barisan bintang.

sama2 kita nantikan siapa yang bergelar juara nanti....... lol!
avatar
daud skema
Ahli Junior
Ahli Junior

Negeri :
Posts : 14
Points : 29
Reputation : 0
Join date : 17/10/2011

View user profile

Back to top Go down

Re: Final Piala Malaysia 2012 : Terengganu Vs Negeri Sembilan

Post by Park Deen on Thu Oct 27, 2011 5:08 am

faktor "luck" untuk Hairudin Omar ketika menjadi pinjaman N9 dan Kelantan pada tahun2 lalu telah terbukti...Namun sebagai status pemain bukan pinjaman masih belum terbukti.....walau apapun perlawanan pasti sengit..
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Final Piala Malaysia 2012 : Terengganu Vs Negeri Sembilan

Post by Park Deen on Fri Oct 28, 2011 4:30 am

Joseph, Reesyafiq tekad kucup trofi

myMetro
Arena

KEJAYAAN membantu skuad Terengganu mara ke final Piala Malaysia
bertemu Negeri Sembilan di Stadium Shah Alam, malam esok, masih belum
cukup buat dua pemain kelahiran Sarawak, Joseph Kalang Tie dan Reesyafiq
Alwi yang mengakui kepuasan sebenar untuk mereka adalah mendakap piala
keagungan bola sepak negara itu.


Joseph sudah bertekad membantu pasukannya muncul juara piala
berprestij itu walaupun sedar bukan mudah untuk menjinakkan finalis
musim lalu itu.

“Kejayaan mara ke final Piala Malaysia selepas
menjulang Piala FA musim ini menguatkan lagi azam saya memburu trofi
kedua bagi mendapatkan kepuasan maksimum bukan saja kepada diri saya
tetapi juga peminat. “Selain itu, saya turut berharap rakan sepasukan
memperagakan aksi terbaik untuk mematahkan setiap gerakan lawan dan
seterusnya membawa pulang Piala Malaysia ke Kuala Terengganu sesudah
menanti selama sedekad,” katanya.

Menurut pemain berusia 24 tahun dari Miri itu, pengalaman yang
dikutip ketika bersama skuad kebangsaan pada perlawanan persahabatan
menentang Chelsea dan terbaru Australia akan digunakan sebaik mungkin
untuk mengemudi bahagian tengah bersama rakan senegeri, Reesyafiq selain
Ahmad Nordin Alias dan Ismail Faruqi Ashari.

“Negeri Sembilan
begitu kebal terutama di pertahanan tetapi dengan rangkaian peledak
kami, Abdul Manaf (Mamat) dan Abdul Hadi (Yahaya) serta Mohd Ashaari
(Samsuddin), saya yakin kami mampu menang,” katanya.

Bagi
Reesyafiq pula, pengalaman menjadi pemain pinjaman Terengganu pada 2006
sebelum dikecewakan Perlis pada suku akhir menambah lagi tekadnya untuk
memburu kejuaraan pertama dalam sejarah kariernya.

Pemain yang digelar ‘tak ada jantung’ oleh rakan sepasukan kerana
sentiasa berlari berkata, sepanjang pembabitannya dalam arena bola
sepak, inilah kali pertama dia berpeluang beraksi pada pentas akhir
Piala Malaysia biarpun pernah berkelana dengan beberapa pasukan termasuk
KL Plus dan Kuala Lumpur.

“Saya akan memberikan persembahan 200 peratus kerana ini perlawanan penting dan penutup tirai,” katanya.
Pemain berusia 29 tahun berasal dari Kuching itu turut melaungkan
keyakinan dia serta rakan sepasukan bakal mengganas di Stadium Shah Alam
untuk merobek kubu lawan.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Final Piala Malaysia 2012 : Terengganu Vs Negeri Sembilan

Post by Park Deen on Fri Oct 28, 2011 4:33 am

Impian jadi nyata (Metro Online)

KETIKA Terengganu merangkul kejuaraan Piala Malaysia buat kali
pertama pada 2001, pemain paling muda dalam skuad ketika ini, Mohd Zubir
Mohd Azmi, berada di bangku sekolah rendah di Tahun Empat, tetapi dalam
dirinya sudah tersemat impian untuk mewakili negeri kelahirannya satu
hari nanti.


Selepas sepuluh tahun berlalu, impiannya anak muda berasal
dari Kampung Telaga Papan, Setiu, yang mula berjinak dengan sukan bola
sepak sejak di Tahun Dua akhirnya menjadi kenyataan apabila terpilih
mewakili skuad negeri kelahirannya awal musim ini.


Malah dia turut terpilih dalam kesebelasan utama Terengganu malah
turut menjadi tonggak skuad Olimpik negara di bawah kendalian jurulatih
Ong Kim Swee selain pernah dipanggil jurulatih kebangsaan, Datuk K
Rajagobal membarisi pasukan kebangsaan.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Final Piala Malaysia 2012 : Terengganu Vs Negeri Sembilan

Post by Park Deen on Fri Oct 28, 2011 4:35 am

Walaupun Negeri Sembilan turun sebagai underdog...tapi pengalaman 3 tahun bermain di final sejak 2009 akan digunakan sepenuhnya bagi membawa pulang Piala Berprestij yang dirampas Kelantan pada 2010 yang lalu.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Final Piala Malaysia 2012 : Terengganu Vs Negeri Sembilan

Post by Park Deen on Tue Nov 01, 2011 1:45 am

Terbukti Hai- O masih berbisa dan faktor "Luck" masih jadi penentu saat akhir...Syabar Hai O...
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Final Piala Malaysia 2012 : Terengganu Vs Negeri Sembilan

Post by Park Deen on Tue Nov 01, 2011 1:46 am

3 kunci Jang
Oleh Wan Fakhrul Bakar
wanfakhrul@bharian.com.my
2011/10/31




MENTERI Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, pegawai
dan pemain Negeri Sembilan meraikan kejayaan menjuarai Piala Malaysia
2011 di Seremban, semalam.

Skuad Hobin bijak serap tekanan untuk pastikan trofi milik NS

TIGA
individu - jurulatih Azraai Khor Abdullah, kapten Shukor Adan dan
penyerang Hairuddin Omar menjadi kunci kejayaan skuad Hobin Jang Hobin
menjulang Piala Malaysia selepas menewaskanTerengganu 2-1, kelmarin.

Azraai yang berpengalaman memacu kegemilangan Kedah muncul juara trebel
2007 dan 2008, bijak mengatur strategi kebangkitan selepas ketinggalan
kepada jaringan awal Terengganu

Shukor tetap dengan kerajinan dan suara lantang ketika menggerak jentera
tengah sambil sesekali mengintai peluang jaringan hingga menyuntik
motivasi enggan menyerah di kalangan rakan sepasukan.

Hairuddin
pula yang sentiasa dibayangi kekangan kapten Terengganu, Marzuki Yusof,
bijak mencari ruang terbuka untuk melibas cantik gol kemenangan NS.

NS berhak juara

TIRAI
saingan Liga Malaysia 2011 berlabuh malam kelmarin dengan Negeri
Sembilan membuktikan status jagoan ’kalah mati’ apabila muncul juara
Piala Malaysia edisi ke-85 selepas menundukkan Terengganu 2-1 di Stadium
Shah Alam.

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri tampil dalam lima
daripada 12 pentas final Piala Malaysia era milenium iaitu pada 2000,
2006, 2009, 2010 dan 2011 dengan memenangi dua daripadanya (2009 dan
2011). Satu lagi kejuaraan diraih pada 1948.

Tiga individu di
sebalik kejayaan Negeri Sembilan turut melakar sejarah peribadi iaitu
jurulatihnya, Azraai Khor Abdullah yang meraih kejuaraan ketiga pada
final keempat; kaptennya, Shukor Adan yang menjulang trofi keempat pada
final ketujuh; serta penyerangnya, Hairuddin Omar yang menang semua
empat final serta meledak gol pada tiga aksi final terakhirnya.

“Alhamdulillah, pemain dapat beraksi mengikut percaturan dan strategi
yang dirancang. Kejuaraan ini juga secara peribadi membuktikan saya
mampu membawa pasukan menjuarai Piala Malaysia tanpa pemain import,”
kata Azraai yang membimbing Kedah menjuarai treble 2007 dan 2008.

Hairuddin, 32, pula berkata, sikap tidak berputus asa dan tak
sanggup membayangkan perasaan andai tewas di final itu, membuatkan dia
terus berusaha memburu gol kemenangan.

“Dari awal permainan,
kami memiliki banyak peluang tetapi Terengganu lebih dulu mendapat gol.
Kami tetap yakin dan tak jemu mencuba hingga minit terakhir,” kata
pemain kelahiran Setiu, Terengganu itu.

Dengan Hairuddin
masih belum membuat keputusan untuk menyambung kontrak musim depan,
Azraai pantas berkata: “Makin tua kelapa, makin banyak santannya.
Hairuddin masih antara penyerang terbaik. Kami sudah kemuka tawaran,
terpulang kepadanya. Kami profesional, tapi harap dia akan kekal.”

Saingan musim 2012 dengan kehadiran semula pemain import bakal bermula
dengan aksi Piala Sumbangsih, Kelantan bertemu Negeri Sembilan di Kota
Bharu pada 7 Januari, diikuti aksi sulung Liga Super pada 10 Januari.

Pengajaran berguna Peteh

PEMAIN
Terengganu yang terlepas peluang bergelar juara berganda musim ini
selepas menjuarai Piala FA dan pencapaian baik naib juara Liga Super,
harus mengambil pengajaran daripada kekalahan pada pentas final Piala
Malaysia 2011 di Stadium Shah Alam, kelmarin.

“Memang jentera serangan kami kurang menjadi pada babak pertama dan kami lambat panas.

“Tetapi kami akan belajar daripada kesilapan ini,” kata penyerang Terengganu, Abdul Manaf Mamat.

Jurulatihnya, Irfan Bakti Abu Salim pula menyifatkan gol penyamaan
Negeri Sembilan yang dijaringkan S Kunanlan daripada gerakan yang tidak
berbahaya, terus menjejaskan tumpuan anak buahnya.

“Gol
penyamaan membunuh segala-galanya. Kami tak patut hilang tumpuan kerana
boleh mengheret perlawanan ke masa tambahan. Tapi akibat leka dan alpa,
kami melepaskan gol kedua.”

Pada aksi kelmarin, Ashari
Samsudin meletakkan Terengganu di depan pada minit ke-58 tetapi kecuaian
penjaga gol, Sharbinee Allawee Ramli menangkap kemas sepakan Kunanlan
membenarkan Negeri Sembilan menyamakan kedudukan pada minit ke-80.

Negeri Sembilan memperoleh gol kemenangan menerusi sepakan libas Hairuddin Omar, lima minit sebelum tamat.

SENARAI JUARA LIGA MALAYSIA 2011


Piala Malaysia: Negeri Sembilan
Piala FA: Terengganu
Liga Super: Kelantan
Liga Perdana: PKNS
Liga FAM: NS Betaria
Piala Sumbangsih: Kelantan
Piala Presiden: Kelantan
!
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Final Piala Malaysia 2012 : Terengganu Vs Negeri Sembilan

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum