Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Ayu cuti demi suami

View previous topic View next topic Go down

Ayu cuti demi suami

Post by Park Deen on Thu Aug 09, 2012 3:46 am

Ayu cuti demi suami (Kosmo)









SEJAK bernikah dengan pemain bola sepak terkenal Zaquan Adha Abd.
Radzak, 25, pada Januari tahun lalu, sudah menjadi tradisi buat aktres
popular Ayu Raudhah Che Wan, 28, bercuti selama sebulan setiap kali tiba
bulan Ramadan.

Bagaimanapun, pada tahun ini ia sedikit berbeza apabila aktres
berasal dari Kedah itu bercuti selama dua bulan, sebulan sebelum Ramadan
dan sebulan lagi sepanjang Ramadan.

Kata Ayu yang baru dilantik sebagai duta produk Sumber Ayu bersama
suaminya, dia memperuntukkan cuti selama dua bulan untuk menghabiskan
masa bersama suaminya memandangkan sepanjang tahun dia sibuk di lokasi
penggambaran dan suaminya pula sibuk di padang bola.

"Saya memang bercuti sepanjang Ramadan sejak berkahwin kerana
selalunya saya sibuk dengan kerja dan tidak ada masa untuk teman suami
yang juga sangat sibuk.

"Jadi, bulan Ramadan ini sahaja masa untuk saya duduk di rumah, masak
dan tunggu suami balik rumah. Zaquan jenis yang tidak suka makan di
luar dan lebih suka saya masak, jadi saya jadi suri rumah sepenuhnya
selama sebulan sehingga Aidilfitri," ceritanya yang ditemui pada sesi
fotografi produk Sumber Ayu bersama suaminya baru-baru ini.

Tutur Ayu, tidak sukar untuk menjaga suaminya terutama soal makan kerana Zaquan bukan jenis lelaki yang cerewet.

"Zaquan makan apa sahaja tetapi mesti ada ayam. Kalau tidak, maknanya
tiada lauk baginya, jadi setiap hari saya mesti masak lauk berasaskan
ayam," katanya sambil menjeling manja terhadap Zaquan.

Jika Ayu bercuti sebulan, lain pula halnya dengan Zaquan yang
menjalani latihan bola sepak seperti biasa. Kata Zaquan yang kini
mengganggotai pasukan bola sepak Angkatan Tentera Malaysia bersama
kembarnya Aidil Zafuan, sepanjang bulan Ramadan kali ini dia menjalani
latihan pada sebelah malam sahaja.

"Sepanjang Ramadan memang saya berehat daripada sebarang perlawanan,
tetapi latihan tetap diteruskan pada sebelah malam sebagai persediaan
Piala Malaysia yang akan bermula pada raya ketiga," jelasnya.

Umrah bersama suami

Ayu dan Zaquan yang baru sahaja pulang daripada menunaikan umrah
secara bersama buat kali kedua pada 4 Ogos lalu cukup seronok apabila
dapat berpuasa di Mekah.

Kata Ayu, meskipun ini merupakan umrah kali ketiganya dan yang kedua
bersama suami, perasaannya hiba dan terharu setiap kali menjejakkan kaki
di tanah suci kota Mekah.

"Alhamdulillah, saya pergi menunaikan umrah selama 13 hari bersama
suami, kakak Zaquan dan suaminya, semuanya berjalan lancar dan saya
mendoakan semua yang terbaik untuk kami sekeluarga.

"Suasana berpuasa di sana memang berbeza, apabila pulang ke Malaysia
terasa rindu untuk ke sana semula. Insya-Allah jika diizinkan Allah,
saya ingin ke Mekah setiap kali tibanya bulan Ramadan," ujar Ayu.

Tambah Ayu yang pernah mengalami keguguran pada Oktober lalu ketika
kehamilan mencecah enam minggu, dia juga tidak ketinggalan berdoa untuk
dikurniakan cahaya mata.



AYU dan Zaquan pertama kali digandingkan dalam iklan komersial produk kecantikan wanita, Sari Ayu.



"Saya tidak boleh cakap apa yang saya doakan, memang ada tentang
cahaya mata, siapa yang tidak mahu anak, saya cukup suka dengan
kanak-kanak tetapi sebagai manusia saya hanya mampu berdoa selebihnya
terpulang kepada rezeki Allah," luah Ayu sedikit sayu.

Zaquan turut memberitahu, mereka tidak pernah merancang soal penambahan ahli keluarga kerana percaya kepada ketentuan Allah.

Pernah teruja seperti suami yang lain saat diberitakan tentang
kehamilan isteri, namun dia pasrah apabila kegembiraan itu tidak
berpanjangan.

"Mungkin belum ada rezeki lagi, sekarang ini saya bermanja dengan anak buah yang ramai," luahnya sambil tersenyum.

Debaran raya Ayu

Aidilfitri kali ini sedikit berbeza buat Ayu buat pertama kalinya
akan meraikan satu Syawal di rumah keluarga mertuanya di Seremban,
Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, Ayu terpaksa mengikut giliran sama seperti pasangan suami isteri yang lain.

"Tahun lepas sudah beraya di Kedah pada raya pertama, jadi tahun ini tiba giliran beraya di rumah keluarga mertua pula.

"Berdebar-debar juga sebab ini kali pertama tetapi dalam masa yang
sama seronok dapat melihat perbezaan raya antara keluarga saya dan
keluarga mertua. Biasanya kami akan bergotong-royong menyediakan
juadah," ujarnya.

Walaupun meraikan Aidilfitri di rumah keluarga mertua, persiapan
tetap dilakukan seperti biasa, malah Ayu awal-awal lagi sebelum Ramadan
sudah menempah lima pasang baju sedondon bersama suaminya.

Meskipun sibuk, kata Ayu suaminya sempat membantunya membuat kuih
raya terutamanya tart nanas dan biskut yang menjadi kegemaran Ayu.

"Memang saya ada tolong dia buat kuih raya tahun lepas dan buktinya
kuih itu masih tersimpan di dalam balang untuk dimakan sehingga ke tahun
ini. Mungkin kuih tahun ini juga akan dibawa sehingga ke tahun depan
sebab yang makan hanya kami berdua sahaja," kata Zaquan sambil disambut
hilai tawa Ayu.

Kebiasaannya orang akan bercuti panjang ketika Aidilfitri tetapi
Zaquan sudah menjalani latihan bola sepak pada hari raya kedua.

Ini kerana pada hari raya ketiga, Zaquan akan menyertai barisan
pemain Angkatan Tentera Malaysia dalam perlawanan menentang Kedah
bersempena kejohanan Piala Malaysia.

"Jadi, saya akan terbang ke Kedah pada hari raya ketiga bersama
Zaquan, sambil dia bekerja, saya akan beraya sekali dengan keluarga saya
di Alor Setar.

"Biasanya keluarga Ayu akan mengadakan rumah terbuka pada hari raya
ketiga, rumah saya sendiri belum tentu lagi bergantung kepada jadual
kerana selepas cuti raya saya akan kembali sibuk di set penggambaran,"
luah Ayu yang akan muncul dengan dua buah drama raya iaitu Fajar Syawal
dan Raya Yang Paling Raya yang akan bersiaran di RTM.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum