Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Hilang tanpa berita

View previous topic View next topic Go down

Hilang tanpa berita

Post by Park Deen on Thu Aug 09, 2012 3:38 am

Hilang tanpa berita (Kosmo)



Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my


AKSI Ghaddar (tengah) ketika Kelantan menentang QPR pada perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam, 20 Julai lalu.




KETIADAAN kelibat penyerang import Kelantan, Mohammad Ghaddar ketika
sesi latihan bagi menghadapi saingan Piala Malaysia mula mencetuskan
kegusaran dalam kalangan peminat setia The Red Warriors.

Penyerang kelahiran Lebanon itu dikatakan gagal melaporkan diri pada 5
Ogos lalu bagi menjalani latihan sebagai persiapan menghadapi saingan
Piala Malaysia yang bakal bermula 22 Ogos ini.

Difahamkan, ketiadaan penjaring terbanyak The Red Warriors dalam
saingan Liga Super itu sedikit sebanyak relah merencatkan perancangan
jurulatih, Bojan Hodak bagi membentuk pasukan yang ampuh.

Pengurus Kelantan, Azman Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan bahawa
Ghaddar masih belum melaporkan diri seperti dijanjikan selepas aksi
persahabatan menentang Queens Park Rangers (QPR) pada 20 Julai lalu.

Katanya, Ghaddar sepatutnya melaporkan diri pada tarikh tersebut dan
segala usaha telah dilakukan termasuk menghubunginya tetapi gagal.

“Kami turut menghubungi Ghaddar melalui ejennya, namun menemui jalan buntu. Buat masa ini, kami mengambil pendekatan tunggu.

“Secara jujur, kami masih menantikan maklum balas daripada Ghaddar
sama ada menerusi telefon atau e-mel. Mana tahu mungkin beliau ada
masalah yang perlu diselesaikan di Lubnan ketika ini,” ujar Azman kepada
Kosmo! semalam.

Azman yang juga Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA)
memberitahu, Ghaddar bakal berdepan hukuman daripada persatuan
sekiranya gagal mengemukakan alasan kukuh mengenai perkara itu.

Katanya, tindakan pemain tersebut boleh dikira sebagai ponteng daripada menjalani latihan.

“Sama seperti pemain lain, dia juga tidak terkecuali berdepan
hukuman seperti pemotongan gaji daripada pihak KAFA sekiranya didapati
bersalah. Itu sudah termaktub dalam perjanjian kontrak antara kami
dengannya.

“Selain Ghaddar, seorang lagi awang import, Nwaneri Obinna masih
belum melaporkan diri. Bagaimanapun, dia dilaporkan akan berbuat
demikian dalam masa terdekat.

“Obinna diberi cuti panjang sedikit bagi membolehkan dia
menyelesaikan urusan di Switzerland. Saya percaya dia tidak menghadapi
masalah untuk kembali bersama Kelantan selepas ini,” ujarnya.

Ketiadaan dua tonggak import itu menyaksikan Mijo Dadic dari Croatia
dan bekas penggempur Perak, Keita Mandjou menjalani latihan bersama
rakan-rakan sepasukan lain sejak 1 Ogos lalu.

Pada kempen Piala Malaysia musim ini, Kelantan diundi dalam Kumpulan B
bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Terengganu dan Kedah.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum