Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Masjid di AS dibakar, mungkin kerana khianat

View previous topic View next topic Go down

Masjid di AS dibakar, mungkin kerana khianat

Post by Park Deen on Wed Aug 08, 2012 9:12 am

Masjid di AS dibakar, mungkin kerana khianat (Kosmo)





AP
SEORANG anggota bomba memadamkan api di bangunan masjid di Joplin yang terbakar kelmarin.




JOPLIN, Missouri - Sebuah masjid di barat daya negeri Missouri,
Amerika Syarikat terbakar kelmarin dalam kebakaran kedua di pusat Islam
tersebut dalam tempoh kurang sebulan.

Pihak berkuasa menyelongkar timbunan runtuhan masjid tersebut
seharian kelmarin untuk mencari bukti kemungkinan kebakaran disebabkan
oleh perbuatan khianat.

Pejabat Syerif Daerah Jasper memberitahu, tiada kecederaan dilaporkan
tetapi bangunan masjid Persatuan Islam Joplin ranap dalam kebakaran
yang mula dilaporkan sekitar pukul 3.30 pagi.

Beberapa penyiasat Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Biro Alkohol,
Tembakau Dan Senjata Api serta Jabatan Syerif Daerah Joplin berada di
lokasi kejadian seharian kelmarin.

Mereka memindahkan timbunan runtuhan dengan sebuah jentolak dan beberapa peralatan lain.

Turut berada di lokasi berkenaan adalah sekumpulan penduduk Islam
yang berkumpul untuk melakukan solat Maghrib dan berbuka puasa di laman
masjid itu.

Ia merupakan kali kedua pihak berkuasa dipanggil ke masjid itu sepanjang musim panas tahun ini.

Masjid berkenaan terletak di dalam sebuah bangunan bekas gereja di pinggir bandar ini.

Satu kebakaran dilaporkan sekitar waktu yang sama pada berlaku pada 4
Julai lalu dan didapati berpunca daripada perbuatan khianat tetapi
tiada dakwaan dibuat setakat ini.

FBI turut menyiarkan rakaman sistem kamera litar tertutup suspek dan
menawarkan ganjaran AS$15,000 (RM47,797) untuk maklumat yang membawa
kepada penangkapan suspek tersebut. - AP
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum