Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Anak-anak panggil Aliff daddy - Anne Ngasri

View previous topic View next topic Go down

Anak-anak panggil Aliff daddy - Anne Ngasri

Post by Park Deen on Mon Aug 06, 2012 4:04 am

Anak-anak panggil Aliff daddy - Anne Ngasri (KOSMO)



Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


ANNE NGASRI mengakui anak-anaknya sangat rapat dengan Aliff.




PERCINTAAN yang melibatkan lelaki yang lebih muda daripada pasangan
bukanlah satu perkara yang cukup asing, terutamanya yang membabitkan
segelintir golongan artis di negara ini.

Itu yang dialami oleh pelakon Nasriah Ngasri atau lebih dikenali
sebagai Anne Ngasri yang mengakui kini sedang menjalin hubungan cinta
dengan penyanyi dari Singapura iaitu Aliff Aziz.

Menurut bekas isteri kepada Abdul Wafi Hassan itu, statusnya sebagai
seorang janda dan usianya yang lebih tua berbanding Aliff, bukanlah satu
halangan besar untuk mereka bercinta.

Dia mengaku keserasian merupakan faktor utama mereka kekal.

Anne kini berusia 28 tahun, manakala Aliff baru mencecah usia 21 tahun.

Ketika ditemui sewaktu penggambaran filem Pengapit di Kampung
Sungai Penchala, Kuala Lumpur baru-baru ini, Anne memberitahu hubungan
mereka turut direstui keluarga kedua-dua belah pihak.

Kosmo!: Setakat ini sudah sejauh mana hubungan antara Anne dan Aliff?

ANNE: Apa yang boleh saya katakan memang kami berdua sedang bercinta sejak awal tahun ini setelah berlakon bersama dalam drama Antara Kita.
Walaupun kami sudah tujuh bulan bercinta, namun perancangan untuk
mendirikan rumah tangga belum ada lagi. Kami masih selesa dengan keadaan
sekarang. Biarlah kami tumpu kepada kerjaya masing-masing terlebih
dahulu.

Bagaimana pula hubungan Aliff dengan anak-anak anda?

Hubungan ketiga-tiga anak saya iaitu Abdul Warits Abdul Wafi, 6,
Abdul Wafri, 4, dan Nazhakah Afroza, 1, dengan Aliff juga agak rapat.
Malah, Warits dan Wafri memanggil Aliff dengan panggilan daddy.

Tidak berasa kekok bercinta dengan lelaki yang lebih muda?



USIA percintaan Anne dan Aliff sudah mencecah tujuh bulan.




Biarpun usia saya sudah 28 tahun dan Aliff baharu sahaja berusia 21
tahun, saya tidak pernah berasa kekok, kerana sebagai anak sulung dia
merupakan seorang lelaki yang matang berbanding usia sebenar. Itu
merupakan salah satu faktor yang menyebabkan saya terpikat dengannya
sehingga kami menjalinkan hubungan cinta. Selain itu, dia dapat menerima
ketiga-tiga anak saya dalam hidupnya.

Setelah berlakon bersama dalam drama bersiri Antara Kita, ada drama lain yang menggandingkan kalian berdua?

Selepas drama tersebut, kami berdua telah digandingkan menerusi drama Cinta Velog dan Sepai. Terkini, kami baru selesai menjalani penggambaran drama Spy terbitan syarikat Darling iaitu NS Star Sdn. Bhd.

Pada tahun ini anda sekeluarga akan menyambut Lebaran di mana?

Kalau sebelum ini kami sekeluarga akan pulang beraya ke kampung di
Larkin, Johor, kali ini kami akan turut menyambutnya di Singapura
bersama keluarga Aliff. Ini merupakan kali pertama keluarga kami
menziarah keluarga Aliff di hari raya. Mengenai persiapan pula, saya
lebih mengutamakan anak-anak, manakala untuk diri sendiri saya sekadar
membuat persiapan yang ringkas.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum