Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Enggan komen, serah kepada peguam

View previous topic View next topic Go down

Enggan komen, serah kepada peguam

Post by Park Deen on Sun Aug 05, 2012 9:06 am

Enggan komen, serah kepada peguam (Kosmo)





NUR HANIZA MOHD. AZHAR
mendakwa dia cedera disebabkan Hafiz. Dia nekad mahu menuntut ganti
rugi berjumlah RM200,000 daripada penyanyi lagu Awan Nano itu.



KES saman-menyaman melibatkan artis bukan berita luar biasa dalam
industri hiburan tempatan. Saman juga tidak mengenal jumlah bintang atau
pencapaian artis. Terbaharu, satu surat saman kepada pelantun lagu Awan
Nano, Hafiz mengejutkan ramai.

Hafiz disaman bekas pengurus pentas sebuah rancangan hiburan Astro,
Nur Haniza Mohd. Azhar, 25, kerana jejaka dari Kuching, Sarawak itu
didakwa menyebabkan kecederaan kepadanya.

Dalam fail tuntutannya, Nur Haniza selaku plaintif menamakan Hafiz
atau nama sebenarnya Mohd. Hafiz Mohd. Suip sebagai defendan bagi
menuntut ganti rugi lebih RM200,000.

Saman itu dihantar ke pejabat pendaftar Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur menerusi Tetuan Boestamam Ahmad & Co, Selasa lalu.

Sebagai juara program realiti hiburan Akademi Fantasia musim ketujuh
dan pemenang anugerah Vokal Lelaki Terbaik untuk dua tahun
berturut-turut pada Anugerah Juara Lagu, pada usia 22 tahun, Hafiz
dilihat sebagai bintang yang sedang berada di puncak.

Digemparkan dengan kes saman gara-gara satu perselisihan faham yang
berlaku setahun lalu sedikit sebanyak meninggalkan garis hitam pada
namanya.

"Memang benar itu cerita lama, cerita tahun lepas, tapi buat masa
ini, saya dinasihatkan supaya tidak mengulas panjang tentang isu saman
berkenaan.

"Saya dapat tahu berita saman itu pun selepas diberitahu pihak
pengurusan dan kenyataan dalam surat khabar. Saya sebenarnya baru balik
dari Indonesia. Jadi, saya tidak boleh komen apa-apa. Selebihnya, saya
serahkan kepada peguam," jelas Hafiz ketika ditemui Sensasi Bintang,
usai majlis berbuka puasa dan pelancaran program Aidilfitri Astro di
Kuala Lumpur, Rabu lalu.

Hafiz juga enggan mengulas lanjut berhubung status peguam yang mewakilinya.

Kedengaran sangat klise, tetapi itulah lumrah jawapan artis saat
berdepan kes mahkamah. Segalanya akan diuruskan oleh pihak peguam dan
perkembangan terkini hanya terbuka luas apabila masing-masing hadir ke
mahkamah lengkap berkaca mata hitam.

Ditebak juga, jika kebenaran berada di pihaknya, untuk apa Hafiz perlu berasa gentar mempertahankan diri?

"Memanglah berani kerana benar, tapi saya takut tersalah memberi
kenyataan. Jadi, lebih baik saya dahulukan dengan 'no komen' kerana yang
sedang menanggungnya saya. Saya yang kena nanti," getus Hafiz yang
masih mampu tersenyum lebar.

Berhubung saman yang difailkan, sebelum ini Nur Haniza mendakwa dia
sudah menyerahkan notis tuntutan bertarikh 25 Jun lepas supaya Hafiz
memohon maaf dan membayar ganti rugi tetapi Hafiz menafikan ada
mencederakannya.

Dalam pernyataan tuntutannya, Nur Haniza mendakwa Hafiz telah menepuk
bahunya dari belakang dan mendesak untuk berjumpa dengannya.

Ketika itu Nur Haniza sedang bertugas sebagai pengurus pentas untuk
rancangan Salih Yaacob Show di Studio Filem Negara pada pukul 3.15
petang, 17 Mei tahun lepas.

Nur Haniza mendakwa, dia menolak pelawaan Hafiz secara baik kerana
sedang sibuk. Ketika sedang menuruni tangga studio untuk meneruskan
tugasnya, Hafiz bertindak agresif dengan menolaknya sehingga jatuh
tersungkur di hadapan rakan sekerjanya.

Tindakan Hafiz itu menyebabkan Nur Haniza mengalami kecederaan pada bahagian kaki, Hafiz malangnya tidak berbuat apa-apa.

Akibat kejadian itu, Nur Haniza masih berasa sakit pada kaki kanannya
dan hilang mata pencarian kerana disenarai hitam daripada bekerja untuk
rancangan terbitan Astro. Dia juga terpaksa menanggung malu selepas
kejadian itu yang turut disiarkan media.

Oleh itu, Nur Haniza menuntut ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti
rugi teruk, ganti rugi kehilangan aminiti, kos dan relif lain yang
difikirkan sesuai oleh mahkamah.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum