Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Rozaimi fokus Selangor

View previous topic View next topic Go down

Rozaimi fokus Selangor

Post by Park Deen on Sat Aug 04, 2012 9:28 am

Rozaimi fokus Selangor (KOSMO)



Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


ROZAIMI (kanan) beraksi ketika
Harimau Malaya menentang Manchester City pada aksi persahabatan di
Stadium Nasional Bukit Jalil baru-baru ini.




PENYERANG muda negara, Rozaimi Abdul Rahman tidak mahu 'pening kepala' memikirkan lamaran daripada BEC Tero Sasana.

Sebaliknya, pemain Sabah berusia 20 tahun itu hanya mahu memberi
tumpuan bersama Selangor bagi mengharungi kempen Piala Malaysia yang
bermula 22 Ogos ini.

Menurut Rozaimi, dia hanya mengetahui hasrat kelab Liga Perdana
Thailand itu yang mahu mendapatkan khidmatnya secara tetap menerusi
media.

"Saya tidak tahu apa-apa (mengenai tawaran Tero Sasana), saya tahu pun daripada pihak media.

"Sebagai pemain profesional, saya hanya akan membantu Selangor
mengharungi saingan Piala Malaysia terlebih dahulu," kata Rozaimi kepada
Kosmo! semalam.

Semalam, Tero Sasana dilapor mahu mendapatkan khidmat Rozaimi secara
tetap tanpa menjalani sebarang ujian pemilihan ekoran rundingan untuk
menyambar pemain Indonesia, Titus Bonai menemui jalan buntu.

Begitupun, ia tidak semudah dijangka memandangkan Rozaimi terlebih
dahulu telah 'diikat' Selangor sebagai pemain pinjaman bagi mengharungi
Piala Malaysia musim ini.

Pengarah Urusan Golden Sport Management, Zulfikar Amizan Ahamed yang
membantu urusan perpindahan tersebut dilapor berkata, beliau telah
mengemukakan surat tawaran kepada Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak
Sabah (Safa), Alijus Sipil kelmarin.

Ketika ditanya jika peluangnya beraksi bersama Tero Sasana bakal
tertutup jika menolak tawaran tersebut, tegas Rozaimi: "Saya percaya
kepada rezeki, jika ia bukan rezeki saya, hendak buat macam mana.

"Seperti mana yang saya katakan sebelum ini, saya akan membantu Selangor terlebih dahulu sebelum bersama Tero Sasana.

"Jika tidak ada rezeki dengan kelab Thailand itu, saya akan kembali semula ke pangkuan Sabah," tegasnya.

Dalam pada itu, ditanya sama ada dia bakal menyarung jersi Selangor
bernombor 33 - signifikan dengan misi Selangor memburu kejuaraan Piala
Malaysia buat kali ke-33, Rozaimi enggan mengulas lanjut.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum