Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Farrell membaik pulih kehidupan

View previous topic View next topic Go down

Farrell membaik pulih kehidupan

Post by Park Deen on Sat Aug 04, 2012 9:14 am

Farrell membaik pulih kehidupan (Kosmo)









"SAYA mahu hidup lama dan melihat kedua-dua anak saya membesar dengan
sempurna!" tegas pelakon Colin Farrell mengenai matlamat hidupnya
terkini.

Ketika ditemu ramah oleh media antarabangsa baru-baru ini, pelakon
kelahiran Dublin, Ireland itu menilai kehidupannya sebagai seorang bapa
kepada dua orang cahaya mata James Padraig, 9, dan Henry Tadeusz, 2,
adalah sebab untuk perubahan dramatiknya itu.

Sebelum ini Farrell, 36, pernah dimasukkan ke pusat rehabilitasi
akibat penyalahgunaan dadah iaitu ubat penahan sakit selepas terlibat
dengan kecederaan tulang belakang sekitar tahun 2005.

Menutup kisah silam yang disifatkannya liar, dia kini menikmati detik indah dan gaya hidup sihat bersama dua orang anaknya.



INSAF. Colin Farrell mengakui kesilapan yang dilakukannya sebelum ini sudah banyak menyusahkan dirinya sendiri.



"James membenarkan saya menjaga sesuatu yang sangat penting dalam
dunia ini pada ketika saya tidak mampu menjaga diri saya sendiri. James
penyelamat saya," jelasnya.

Faktanya, anak sulung Farrell itu menghidap sindrom Angelman yang
merupakan sejenis penyakit genetik. James dilahirkan hasil perkongsian
hidup Farrell bersama model Amerika Syarikat, Kim Bordenav yang berpisah
pada tahun 2003.

Henry pula dilahirkan ketika Farrell menjalinkan hubungan bersama
pelakon Alicja Bachleda-Curus sekitar tahun 2009 dan pasangan itu juga
berpisah selepas Henry berusia setahun.

"Saya tidak meletakkan kudrat yang serupa seperti kehidupan lampau
untuk kehidupan sekarang sebaliknya corak penjagaan kesihatan saya kini
telah berubah.

"Kalau dulu saya menghabiskan banyak tenaga untuk 'memusnahkan' tubuh
badan saya dan jika masih melakukan perkara sama saya akan jatuh sakit.
Asasnya saya makan makanan seimbang, minum banyak teh hijau dan
mengambil vitamin," dedahnya mengenai rejim penjagaan kesihatan dirinya.

Sementara itu, untuk memperoleh bentuk badan sempurna demi menjayakan
filem terbaharunya, Total Recall, dia berjoging sejauh tiga kilometer
sehari selama enam kali seminggu sebelum tiga bulan penggambaran.

"Saya kini menjadi seseorang yang beberapa tahun sebelum ini tidak
pernah berlari walau satu kilometer pun," katanya yang kini lebih tenang
dan banyak menghabiskan masa bersama anak-anaknya itu.

Filem bikinan semula



HEBAT. Colin dalam beberapa babak
filem Total Recall yang pernah dilakonkan aktor veteran, Arnold
Schwarzenegger menerusi filem dengan judul yang sama.




Sebelum tumpas dalam kehidupan akibat bahana dadah, Farrell pernah
menampilkan aksi bertenaga menerusi filem pecah panggung, Minority
Report (2002). Dia mengakui haluan berliku yang dipilih banyak merugikan
dirinya sendiri.

"Saya telah memusnahkan jambatan-jambatan dalam industri filem yang
sebenarnya banyak menyediakan peluang untuk periuk nasi saya sebelum
ini, memang ada penyesalan tapi saya pasrah dengan rentetan hidup saya
akibat kesilapan lampau," getusnya.

Begitu pun, dia masih bersyukur kerana diberikan tawaran membintangi
sebuah filem yang dibikin semula berdasarkan naskhah yang ditayangkan
pada tahun 1990 dengan judul yang sama, lakonan aktor pujaannya, Arnold
Schwarzenegger.

Bercerita dengan lebih lanjut berhubung filem itu, pelakon yang masih
dihujani banyak tawaran berlakon itu menyatakan Total Recall berbeza
daripada filem asal dari segi penyampaian dan pengolahannya.

"Saya rasa tidak perlu untuk saya memakai saiz kasut yang sama
seperti Arnie (Arnold Schwarzenegger) untuk mengambil alih wataknya.
Filem itu berbeza mengikut gaya dan cara saya," tegasnya.

Filem itu memulakan tayangan seluruh Malaysia pada 2 Ogos lalu dan
diarahkan oleh Len Wiseman yang merupakan pengarah siri filem
Underworld.

Ciuman

Farrell mendedahkan adegan bercium dengan Kate Beckinsale merupakan
bahagian yang paling canggung sepanjang membintangi filem Total Recall
memandangkan suami Beckinsale yang juga pengarah filem itu sentiasa
berada di hadapannya.

"Momen itu sangat kelakar! Babak yang paling canggung dan menggelikan
hati ketika saya bercium dengan Beckinsale sambil diperhatikan suaminya
di monitor. Salah satu perkara paling tidak menyelesakan yang pernah
saya lakukan sepanjang 15 tahun bergelar pelakon," tuturnya.

Selain adegan janggal dan kurang selesa itu, Farrell mengakui
penggambaran babak aksi bersama Beckinsale turut menyeronokkan
sehinggakan pada akhir penggambaran dia sudah boleh membaca gerak-geri
pelakon wanita itu begitu jua sebaliknya.

"Babak berlawan dengan Beckinsale sangat menyeronokkan. Kami
memperoleh bentuk pergerakan yang luar biasa dan dikoreografikan
sehingga ke hujung penggambaran.

"Jadi, saya tahu pergerakannya dan dia tahu pergerakan saya.
Alang-alang sepanjang berlatih, saya dapat bercuti sekali ke Toronto
sebulan sebelum mula penggambaran.

"Secara keseluruhannya filem ini menguji fizikal saya dan saya
menantikan tawaran sedemikian untuk filem akan datang," ungkapnya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum