Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Karier makin mencabar

View previous topic View next topic Go down

Karier makin mencabar

Post by Park Deen on Fri Aug 03, 2012 9:55 am

Karier makin mencabar (Kosmo)









PETANG Sabtu hujung minggu lalu terisi dengan deraian gelak tawa
kira-kira seratus peminat serta sahabat dan saudara-mara terdekat
pelakon Fizz Fairuz. Lokasinya ialah di Restoran Nasi Lemak Cinta
Sayang, Shah Alam, Selangor.

Mereka umpama masih meraikan kejayaan Fizz, 33, memenangi Anugerah
Pelakon Televisyen Lelaki Popular yang diraihnya awal tahun ini.

Nyata, masih panas suhu kemenangannya itu, sama panas dengan
kontroversi kisah cintanya bersama pelakon Almy Nadia yang enggan diulas
lanjut Fizz.

Kian berselirat dan mungkin terus menimbulkan tandatanya tentang
hubungan mereka berdua, penghujung cerita cinta Fizz dan Almy sudah
pasti bergantung kepada keputusan hati dan perasaan masing-masing.

Turut hadir dalam kalangan hadirin yang hadir itu termasuklah
rakan-rakan artis Fizz, antaranya Diana Rafar, Fazli Zainal dan suami
Datin Paduka Umie Aida iaitu Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan.

Namun saat majlis itu tamat, kelibat Almy tidak juga kelihatan.

Dalam telahan rakan-rakan media, Fizz mahu membuat kejutan, namun
'gimik' itu mungkin disimpan aktor ini buat sementara waktu dan menunggu
sehingga keadaan benar-benar sudah stabil.

Fizz juga menolak dengan baik ketika diminta mengulas mengenai
ketidakhadiran Almy dalam majlis anjurannya itu. Sebaliknya, pemilik
nama sebenar Fairuz Zainal Abidin hanya bercerita perihal majlis
tersebut, karier dan persiapan dirinya menjelang Syawal.

"Selepas kemenangan pada awal tahun ini, saya masih belum sempat
meraikannya bersama peminat yang sentiasa menyokong dan mengundi saya.
Maka, sekarang waktu yang sesuai untuk meraikan di samping menghargai
sokongan mereka," ujarnya.

Ramadan dan raya

Bercerita tentang rutin sehariannya dalam bulan Ramadan pada kali
ini, bagi Fizz ia merupakan tempoh yang paling sesuai untuk mengurangkan
aktiviti seninya.

Lebih tepat lagi Fizz memilih untuk tidak mengambil sebarang tawaran
lakonan sepanjang bulan mulia ini sebagai syarat untuk dirinya beribadat
dan berehat.

"Tahun ini adalah tahun pertama saya tidak bekerja pada bulan Ramadan
sepanjang bergelar anak seni. Ada juga tawaran yang datang cuma saya
terpaksa tolak terlebih dahulu.

"Sebelum ini, pada setiap tahun saya sibuk dengan penggambaran walaupun ketika bulan Ramadan.



FIZZ akan memulakan kembali aktiviti seninya selepas bercuti sempena sambutan Aidilfitri.




"Saya sudah berniat dari awal lagi untuk berehat sebulan pada Ramadan
tahun ini dan rasanya tidak elok kalau saya terima juga tawaran, tapi
melakukan tugas dengan hati tidak ikhlas," tegasnya.

Dalam pada itu Fizz memberitahu, dia lebih selesa membeli juadah
berbuka di bazar Ramadan berdekatan kediamannya, khususnya di Jalan
Kuching, Kuala Lumpur berbanding memasak sendiri.

Beralih topik tentang Aidilfitri tahun ini, tutur Fizz, suasananya
masih sama seperti tahun-tahun sebelumnya memandangkan rutin yang serupa
akan dilakukannya tahun ini.

"Saya akan pulang ke kampung di Raub, Pahang empat hari lebih awal
untuk membuat persiapan raya. Biasanya, kalau hari raya pertama yang ada
cuma saya dan dua adik saya di rumah kerana adik-beradik lain akan
pulang ke rumah mertua masing-masing sebelum balik beraya di Raub pada
hari raya kedua atau ketiga.

"Mungkin tahun ini saya akan membuat rumah terbuka pada hari raya
kedua di kampung, tak lebih tak kurang seperti tahun-tahun sudah,"
ujarnya yang baru selesai menjalani penggambaran filem Mat Tudung.

Senior

Belajar dari senior! Itu prinsip kerjaya Fizz sejak mula berkecimpung
dalam bidang seni. Hal yang sama masih diterapkan untuk memacu
kariernya hingga hari ini sementelah kemenangannya awal tahun ini.

"Saya akui selepas kemenangan tersebut, saya diberikan watak yang
lebih mencabar berbanding sebelum ini. Saya banyak digandingkan dengan
pelakon-pelakon senior yang pernah saya idamkan untuk berganding
bersama.

"Mereka tidak lokek dalam memberi kita ilmu. Sikap mereka yang amat
saya kagumi adalah sentiasa memberi dan menghidupkan watak walau mereka
membelakangi kamera," katanya yang teruja berlakon bersama Eman Manan,
Nasir Bilal Khan dan Ellie Suriatie.



FIZZ meraikan lebih seratus peminat, sahabat dan keluarganya dalam majlis berbuka puasa yang dianjurkan olehnya baru-baru ini.




Begitu pun, Fizz masih menanam impian untuk berlakon di bawah arahan
beberapa pengarah tersohor seperti Mamat Khalid, Bade, Aziz M. Osman,
Yusri dan Edry KRU.

Sementara itu, kemunculan Fizz baru-baru ini dalam telefilem
Perempuan Neraka menerusi slot Cerekarama TV3 memberi impak luar biasa
apabila mendapat respons yang baik dalam kalangan penonton dan
peminatnya.

Selain menjadi bualan hangat di laman sosial Twitter sepanjang durasi
siaran, telefilem itu turut melonjakkan nama Fizz serta beberapa
pelakon lain seperti Sherie Merlis, Aeril Zafrel dan Ika Nabila sehingga
dirasakan layak dipertandingkan dalam Anugerah Skrin akan datang.

"Terkejut sebenarnya dengan respons yang diterima hasil daripada telefilem Perempuan Neraka.

"Itu hasil kerjasama luar biasa saya dan pengarah Khairul Amri Khalid
atau Keoi yang memilih elemen sesuai dan tidak sesuai (untuk
ditampilkan dalam drama itu), tapi perlu memberikan banyak pengajaran
kepada penonton," tuturnya berhubung rahsia kejayaan telefilem yang
ditonton oleh 2.6 juta penonton itu.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum