Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Kisah Seram | Jin Bukit

View previous topic View next topic Go down

Kisah Seram | Jin Bukit

Post by Karl on Wed Aug 01, 2012 6:16 am




Nostalgia: Dirasuk jin bukit
bhvarsiti@bharian.com.my
2010/10/07


Makhlus halus ganggu 10 pelajar berkhemah selepas terambil barang

SALAM sejahtera dan salam satu Malaysia. Kali ini saya ingin berkongsi kisah misteri yang berlaku di kolej kediaman tempat saya menginap suatu ketika dulu.

Malam itu seperti biasa saya ke surau untuk menunaikan solat Isyak secara berjemaah. Bulan mengambang penuh di luar sana. Langit kelihatan indah disinari cahaya bulan di balik awan.

Setelah selesai mengerjakan solat, saya pulang ke bilik untuk menyelesaikan beberapa tugasan yang diberikan oleh pensyarah dalam kuliah yang lepas.

Sedang leka mencari buku nota catatan, saya menerima satu panggilan daripada nombor yang tidak dikenali. Suara pemanggil itu resah dan agak tidak teratur. Lenggok bahasanya menunjukkan dia berasal dari utara tanah air.

“Assalamualaikum Abang Din, tengah buat apa, nak habaq ada hal mustahak.”
Lantas saya menjawab ringkas “Waalaikumusalam, hal apa ya.” Lalu pelajar berkenaan menerangkan ada lebih kurang 10 orang pelajar siswi dirasuk hantu di Blok 2.

Saya yang awalnya agak mengantuk langsung tersentak dan hampir meninggikan suara kepada pelajar itu, lantas berkata “Kamu jangan main-main, saya tiada masa nak dengar lawak mengarut kamu malam-malam macam ni.”

Kemudian pintu bilik saya diketuk kuat. Saya membuka pintu dan muncul seorang pelajar. Rupa-rupanya dialah yang sedang menelefon saya. Saya masih beranggapan bahawa pelajar berkenaan cuma bergurau atau ingin mengenakan saya.

Tetapi andaian saya ternyata salah apabila dia menunjukkan rakaman dari telefon bimbit yang baru dirakamnya 10 minit lalu. Terdapat beberapa pelajar siswi yang sedang berlari dalam keadaan tidak terurus sambil menjerit-jerit.

Ada juga yang terlentang di atas jalan raya sambil meronta-ronta dan tidak kurang yang cuba menerkam telefon bimbitnya ketika sedang merakam kejadian ini. Tegak bulu roma saya melihat situasi itu. Cuma satu perkataan yang muncul daripada mulut saya iaitu “Ustaz!”.

Tanpa membuang masa terus saya menelefon Imam Kolej: “Assalamualaikum ustaz, maaf mengganggu. Saya Din, JPK Disiplin dan Keselamatan Kolej. Ada pelajar kolej kita kena ganggulah ustaz.”

Lantas Pak Imam menjawab bersahaja “Waalaikumussalam, macam biasalah Din, kamu baca apa yang patut, nanti pulihlah tu.”

Nampaknya Pak Imam tidak memahami keadaan sebenar yang sedang berlaku. Lalu saya terus memberikan telefon bimbit kepada pelajar tadi untuk menerangkan kepada imam situasi yang sedang berlaku.

Langkah seterusnya saya menghubungi beberapa rakan urus setia surau untuk turun membantu bagi mengawal keadaan. Suasana di tempat kejadian tidak ubah seperti penggambaran filem seram arahan David Teo sedang dijalankan.

Apabila pak imam dan beberapa rakan urus setia surau tiba, kami terus menangkap dan memapah siswi yang seperti dirasuk hantu itu ke surau. Tanpa melengahkan masa Pak Imam mula membaca beberapa potong ayat suci al-Quran, manakala rakan-rakan yang lain membaca surah Yassin bagi membantu untuk mententeramkan keadaan.

Jeritan dan hilaian pelajar yang dirasuk semakin menjadi-jadi. Tiba-tiba seorang pelajar siswi menjerit dan berkata: “Aku panas! Aku nak keluar, panas! panas!”

Lalu dengan tegas Pak Imam bertanya: “Siapakah kau? Mana asal kau?, Apa agama kau?” Pelajar tadi mendengus kasar lantas menjawab garang: “Aku jin. Aku dari kaki bukit. Aku Nasrani, aku nak keluar, panas…kau jangan seksa aku atau aku kerjakan kau.”

Kemudian Pak Imam menyambung lagi: “Kenapa kau kacau semua anak Adam ini?”

Pelajar tadi mengilai nyaring lantas menjawab garau: “Mereka kacau aku dulu, mereka datang tempat aku, ambil barang aku, jadi aku ikut mereka balik ke sini.”

Pada mulanya Pak Imam tidak berapa faham apa yang dibebelkan oleh jin itu, hingga seorang urus setia surau iaitu kawan kepada siswi yang terkena rasukan itu memberi tahu bahawa tiga hari lepas 10 pelajar terbabit pergi berkhemah di sebuah kaki bukit. Barangkali mereka ada mengambil benda atau objek di sana. Barulah Pak Imam faham akan situasi yang berlaku.

Akhirnya Pak Imam meminta siswi yang mengambil atau terambil apa-apa barang di kaki bukit untuk memulangkan kembali ke tempat asal. Kemudian Pak Imam turut ‘memagar’ sekitar kawasan kolej kediaman. Sejak itu, kejadian histeria di kolej mulai berkurangan dan akhirnya tiada berlaku lagi hingga kini.

Mohd Saipuddin Suliman
Mahasiswa Sarjana Kesusasteraan Melayu
Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia

--- UTUSAN MALAYSIA
avatar
Karl
co-Admin
co-Admin

Negeri :
Posts : 53
Points : 139
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum