Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Perak dapat sentuhan 'ala Korea'

View previous topic View next topic Go down

Perak dapat sentuhan 'ala Korea'

Post by Park Deen on Mon Jul 30, 2012 4:00 am

Perak dapat sentuhan 'ala Korea' (Kosmo)



Oleh KAMARUDDIN ISMAIL
sukan@kosmo.com.my


JANG JUNG (tengah) mengendali latihan skuad Perak di Stadium Perak, Ipoh minggu lalu. Perak dapat sentuhan 'ala Korea'




SELEPAS 20 tahun akhirnya Jang Jung kembali ke Perak. Jang Jung kini
dilantik sebagai jurulatih skuad bola sepak Perak bagi menghadapi
saingan Piala Malaysia bulan depan. “Saya tidak menyangka dapat
bersama-sama Perak semula selepas 20 tahun berlalu dan kini saya kembali
sebagai jurulatih pula.

“Saya gembira berada di Ipoh yang mana saya anggap sebagai rumah
kedua,” kata Jang Jung dalam sidang media yang pertamanya di Ipoh
baru-baru ini sejak dipilih menerajui skuad Seladang pada 16 Julai lalu.

Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) memilih Jang Jung bagi menggantikan
Norizan Bakar yang mengambil cuti mengejut selepas Perak kalah mengejut
0-6 kepada Kelantan pada aksi Liga Super, 7 Julai lalu.

Difahamkan, Jang Jung yang akan dibantu oleh Chong Yee Fatt dan
jurulatih skuad Piala Presiden Perak, Abu Bakar Fadzim mula
mengendalikan latihan skuad Seladang di Stadium Perak, Ipoh minggu lalu.

Mengenai kempen Piala Malaysia, jurulatih kelahiran Korea Selatan itu
berkata, beliau hanya mempunyai antara 20 hingga 30 hari bagi membentuk
skuad yang mantap.

“Berdasarkan pemerhatian saya, para pemain Perak mempunyai kelebihan
tersendiri dan saya akan cuba memperbaiki beberapa kelemahan dalam usaha
memantapkan persembahan pasukan,” katanya yang menyarung jersi Perak
pada 1990 dan 1991.

Bagaimanapun, Jang Jung, 48, berkata, beliau tidak akan melakukan
banyak perubahan kerana para pemain sudah serasi dengan corak permainan
yang diterapkan Norizan.

“Jika mendapat kerjasama daripada semua pihak termasuk pegawai dan
pemain, saya percaya Perak mampu mencapai hasrat beraksi di peringkat
separuh akhir Piala Malaysia,” jelasnya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum