Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Radio Kalaweit lindungi haiwan pupus

View previous topic View next topic Go down

Radio Kalaweit lindungi haiwan pupus

Post by Park Deen on Fri Jul 27, 2012 9:51 am

Radio Kalaweit lindungi haiwan pupus (KOSMO)









SEJAK zaman kanak-kanak, Aurelien Brule mempunyai minat yang mendalam terhadap haiwan berbanding pelajarannya.

Pada usia 13 tahun, dia menjadi sukarelawan di sebuah zoo di
Perancis. Brule menghabiskan sebahagian besar masanya berdamping dengan
pelbagai spesies monyet di situ.

Jika remaja seusianya lebih selesa bermain permainan video di rumah,
Brule pula lebih gemar memerhatikan tingkah laku pelbagai makhluk primat
itu setiap hari membuatkan dirinya bahagia dan teruja.

Antara haiwan yang cukup menarik perhatiannya di zoo itu ialah
spesies ungka bertangan putih. Haiwan yang diancam kepupusan itu cukup
lincah bergayutan di atas pokok.

Pada satu hari, ketika dia sedang tertekan seekor ungka betina
tiba-tiba menghampiri, memegang dan menggenggam tangannya, seolah-olah
cuba menggembirakan dirinya.

Hati Brule tersentuh melihat tingkah laku haiwan itu. Sejak itu dia
bertekad berjuang dan melindungi ungka dan spesies-spesiesnya.

“Tuhan tidak menjadikan makhluk primat sebagai perhiasan di bumi ini.
Saya khuatir jika kita tidak memperjuangkan hak-hak haiwan ini, ia akan
mengalami kepupusan,” katanya dalam satu temu ramah.

Menulis buku

Pada usia 17 tahun, Brule berjaya menerbitkan sebuah buku bertajuk, Le Gibbon a Mains Blanches (Ungka Bertangan Putih).

Dalam buku itu dia menceritakan mengenai keunikan tingkah laku haiwan
tersebut dan kesanggupannya berulang-alik dari rumah di Frejus, selatan
Perancis ke zoo itu sejauh 30 kilometer.

“Saya juga berjaya menjodohkan seekor ungka betina di zoo ini dengan
seekor ungka jantan di sebuah zoo di utara Perancis,” tulisnya di dalam
buku itu.

Puas berkhidmat sebagai sukarelawan di zoo, dia mula terfikir untuk mendekati haiwan itu di habitat asalnya.

Kesempatan itu hanya muncul apabila seorang aktres komedi Perancis,
Muriel Robin yang kagum dengan usahanya itu, berjaya mengumpulkan dana
untuk menghantar Brule yang ketika itu berusia 18 tahun ke Thailand.

Di Negara Gajah Putih itu, dia banyak melakukan kajian mengenai
ungka. Kehadirannya begitu disenangi penduduk tempatan, malah mereka
turut menggelarnya Chanee yang bermaksud ungka dalam bahasa Thai.



BRULE kini bukan sahaja menetap, bahkan berkahwin dengan wanita Indonesia.




Brule mula menyedari impiannya untuk memperjuangkan nasib haiwan itu hanya terlaksana jika dia berhijrah ke Indonesia.

“Terdapat 17 spesies ungka di dunia dan tujuh daripadanya boleh
ditemui di Indonesia. Sebab itu saya memilih untuk berhijrah ke
Indonesia,” katanya.

Sebaik tiba di Indonesia pada tahun 1998, Brule mula menyedari situasi ungka di negara itu amat menyedihkan.

Ia diburu untuk dagingnya atau dijadikan haiwan peliharaan, malah
habitatnya di dalam hutan juga semakin musnah disebabkan aktiviti
perladangan kelapa sawit.

Dianggarkan kira-kira 100,000 ungka yang tinggal di hutan-hutan
Borneo. Kemusnahan hutan yang mencatatkan sehingga 1.5 juta hektar
setahun di negara itu, Brule menjangkakan haiwan itu pupus dalam tempoh
antara 15 hingga 20 tahun yang akan datang.

Dia menetap di Jakarta untuk tempoh beberapa bulan bagi meyakinkan
kerajaan di negara itu mewujudkan sebuah pusat santuari khusus untuk
melindungi dan menjaga ungka daripada kepupusan.

Pusat santuari

“Prosesnya agak sukar kerana ketika itu Indonesia sedang dilanda
reformasi yang membawa kepada kejatuhan Presiden Suharto. Saya juga
sukar berkomunikasi dengan kakitangan kerajaan kerana tidak fasih
berbahasa Indonesia,” jelasnya.

Bagaimanapun, ia tidak melunturkan semangat Brule. Pergerakannya
terbatas, setiap dua bulan sekali dia perlu ke Singapura untuk
melanjutkan visanya.

Kegigihannya membuahkan hasil. Selepas lebih sembilan bulan menunggu
dan berulang-alik ke pejabat kerajaan hampir setiap hari, akhirnya
permohonan beliau diluluskan.

Tanpa sebarang bantuan dan dana daripada kerajaan, beliau berjaya
menubuhkan sebuah pusat santuari di sebuah pulau di Hampapak, Kalimantan
seluas lebih 1,000 hektar.

Ia dikenali sebagai Kalaweit yang bermaksud ungka dalam bahasa Dayak.
Beberapa tahun kemudian, pusat santuari kedua dibina di Pulau Marak,
Sumatera Barat.

Kini Kalaweit atau lebih dikenali Yayasan Kalaweit diiktiraf sebagai
antara pusat santuari ungka terbesar di dunia dengan lebih 250 haiwan,
50 pekerja dan dana sekitar AS$491,000 (RM1.43 juta) yang disumbangkan
oleh orang perseorangan.

“Kami juga memastikan haiwan-haiwan lain seperti kera, monyet, pukang, buaya dan beruang madu tidak mengalami nasib yang sama.

Stesen radio

“Selain mengembalikan haiwan-haiwan ini ke habitat asalnya, kami juga
melakukan kerja-kerja konservasi di samping memusnahkan jerat-jerat
yang dipasang pemburu haram,” katanya kepada AFP.

Usaha Brule tidak terhenti setakat itu sahaja, pada tahun 2003, dia menubuhkan sebuah stesen radio, Radio Kalaweit.



BERDEPAN dengan haiwan ganas dan berbahaya antara cabaran yang perlu dilalui oleh Brule setiap hari.




Ideanya ialah menggunakan elemen hiburan untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap hak asasi haiwan.

“Muzik memainkan peranan penting sebagai mesej. Sekiranya anda
menubuhkan sebuah stesen radio yang hanya bercakap mengenai alam
sekitar, kami tahu ia tidak akan mendapat sambutan,” katanya yang sering
bersiaran ke udara untuk menyampaikan info dan maklumat mengenai haiwan
itu.

Kewujudan stesen radio berfrekuensi 99.1 FM itu mendapat sambutan hangat di Indonesia.

Lebih menarik, radio itu mencatat rating yang tinggi sehingga 15,000
pendengar sehari. Pada masa yang sama, banyak ungka berjaya diselamatkan
hasil maklumat dan tip yang diberikan oleh pendengar setia.

Stesen radio itu tidak sekadar memberi kesedaran, malah berperanan
untuk menghukum mana-mana individu yang ingkar terhadap undang-undang
seperti memelihara ungka sebagai haiwan peliharaan.

“Kami mendedahkan nama-nama mereka yang didapati mengurung ungka di
dalam sangkar, tanpa mengira pangkat atau jawatannya sama ada ketua
polis atau gabenor sekali pun. Sebahagian besarnya haiwan-haiwan ini
akan ditemui semula beberapa bulan kemudian,” katanya.

Haiwan-haiwan itu kemudiannya dibawa ke pusat santuari bagi menjalani
rawatan dan pemeriksaan rapi, diasingkan buat sementara waktu sebelum
dilepaskan ke habitat asalnya.

Pada usia mencecah 32 tahun, Brule mengakui tugasnya tidak semudah yang disangka.

Berdepan dengan taikun-taikun perladangan kelapa sawit yang kurang
senang dengan usaha yang dilakukannya selama ini, antara risiko yang
perlu dihadapi.

Pada tahun 2009, Brule dan isterinya, seorang warga Indonesia,
Nurpradawati pernah diserang sekumpulan pembalak tempatan, malah beliau
juga pernah menerima ancaman surat layang yang menyuruhnya keluar dari
negara itu.

Bagi melindungi keluarga terutama kedua-dua orang anak lelakinya,
Enzo Gandola, 2, dan Andrew Ananda, 8, dia terpaksa menempatkan beberapa
pengawal keselamatan di luar kediamannya.

Dia menyedari risiko yang berlaku setiap masa. “Namun, ia merupakan
satu risiko yang saya perlu lalui kerana sesuatu itu tidak akan bermula
tanpa seseorang memulakannya,” kata Brule.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum