Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Kemarahan Bunkface

View previous topic View next topic Go down

Kemarahan Bunkface

Post by Park Deen on Fri Jul 27, 2012 9:44 am

Kemarahan Bunkface (KOSMO)



Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN
amri.hassan@kosmo.com.my


BUNKFACE kini muncul dengan album terbaharu mereka yang berjudul, Bunk Not Dead.




DUA setengah tahun selepas album berjudul Phobia Phoney dilancarkan,
Bunk Not Dead pula menyusul tahun ini. Bunkface yang ditemui ketika
pelancaran album terbaharu mereka itu di Wheel Love, Subang Jaya
baru-baru ini menegaskan ia menceritakan perjalanan kumpulan berasaskan
muzik punk rock itu.

Ujar vokalis band itu, Sam: ”Album ini mencatatkan perjalanan karier
Bunkface, kejatuhan dan perkara yang ingin dibuat dalam muzik yang tidak
terlalu berat.”

Bunk Not Dead yang merupakan album ketiga Bunkface memuatkan sebanyak
13 buah lagu dengan lima lagu berbahasa Malaysia dan lapan lagu bahasa
Inggeris.

Tempoh lebih dua tahun diambil Bunkface untuk menyiapkan album itu kerana berdepan terlalu banyak pendapat dan percubaan.

Bunk Not Dead memuatkan single Panik yang telah dirakamkan di Jakarta, Indonesia dan menelan belanja sebanyak RM16,000.

Menariknya, album itu merupakan album pertama di dunia yang
menggunakan teknik Augmented Reality sepenuhnya yang mengandungi kod
tersembunyi di sebalik gambar sehingga membolehkan grafik di dalam
album itu bergerak-gerak jika dilihat melalui telefon Android dan Apple.

Sam atau nama sebenarnya Shamsul Anuar menegaskan, aliran muzik
Bunkface tidak semata-mata berpandukan muzik underground luar negara.
Sebaliknya, mereka turut memartabatkan bahasa ibunda iaitu bahasa
Malaysia dalam kebanyakan lagu.



SAM (tengah) bersama dua lagi anggota Bunkface, Youk (kiri) dan Paan.




“Bunkface tidak melupakan bahasa Malaysia dan banyak lagu ditulis
dalam bahasa percakapan kita sehari-hari. Lagu-lagu Bunkface mempunyai
mesej tersembunyi untuk disampaikan kepada peminat,” katanya yang kini
diterima peminat sekitar Indonesia, Thailand, Filipina dan Jepun.

Ditanya tentang kelainan album ketiga itu, jawabnya penilaian itu terletak pada telinga pendengar.

“Bunkface tidak mahu dan tidak akan berubah. Cara muzik yang kami
bawa akan kekal kerana ini identiti Bunkface. Kami tidak takut kerana
kami percaya kepada peminat kami dan band lain pun melakukan perkara
yang sama,” ujar Sam.

Namun, menerusi album itu mereka berhasrat untuk menjadikan industri
seni tempatan lebih sihat dan positif. Katanya Bunkface menyampaikan
mesej tentang keadaan global yang sedang berlaku sekarang.

“Beberapa lagu contohnya Agenda Jahilliah, More, Kita Perang Kita
Menang dan In Another Life menceritakan situasi yang sedang berlaku
sekeliling kita sekarang.

“Album ini bersifat marah sebenarnya! Bunkface enggan menuding kepada
sesiapa atau mana-mana pihak sebaliknya fahamilah lirik-lirik itu
sebaiknya,” tambah Youk dan Paan.

Antara lagu lain yang dimuatkan dalam album itu adalah Bunk Not
Dead!, Hollywood Just Died!, Jatuh, Supernova, Wont Let You Go dan The
Insider.

Bunkface sedang merancang untuk membuat gig dalam saiz yang minimum
dan melibatkan beberapa universiti tempatan seluruh negara selepas
Aidilfitri.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum