Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Poland mahu jual foto Marilyn Monroe

View previous topic View next topic Go down

Poland mahu jual foto Marilyn Monroe

Post by Park Deen on Sun Jul 22, 2012 9:57 am

Poland mahu jual foto Marilyn Monroe (Kosmo)





SEORANG kurator, Anna Wolska
menunjukkan sekeping gambar Marylin Monroe yang dirakam jurugambar
selebriti, Milton H. Greene, di Warsaw, Poland kelmarin.




WARSAW - Pemerintah Poland merancang untuk melelong sebahagian
koleksi foto yang turut merangkumi beratus-ratus gambar aktres simbol
seks, Marilyn Monroe.

Koleksi itu termasuk hampir 4,000 gambar yang dirakam seorang jurugambar selebriti, Milton H. Greene.

Sebilangan imej berkenaan sememangnya popular tetapi pegawai-pegawai
Poland memberitahu, mereka percaya koleksi itu mengandungi beberapa
gambar yang belum pernah disiarkan.

Koleksi tersebut menjadi milik pemerintah Poland susulan satu skandal
penipuan yang menggemparkan negara itu pada awal tahun 1990-an.

Seorang lelaki Chicago di Amerika Syarikat yang didakwa menipu
pemerintah Poland sebanyak berjuta-juta dolar pada hujung 1990-an
memberikan koleksi foto itu sebagai sebahagian bayaran ekoran kerugian
yang ditanggung negara Eropah berkenaan.

Semua gambar tersebut disimpan di sebuah gudang di bandar raya New
York sejak tahun 1990-an dan hanya dikembalikan ke sini beberapa hari
lalu.

Seorang pegawai pentadbiran Poland, Marta Maciazek berkata, koleksi gambar itu dianggarkan bernilai AS$680,000 (RM2.1 juta).

- Agensi
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum