Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Gadis Jurong enggan lakon seksi

View previous topic View next topic Go down

Gadis Jurong enggan lakon seksi

Post by Park Deen on Sun Jul 22, 2012 9:52 am

Gadis Jurong enggan lakon seksi (Kosmo)








SEORANG lagi bakat muda dari seberang tambak, Siti Elfaeza Mohmed
Ehsan Ul Haq atau mesra disapa Elfa perlahan menyusup masuk ke dalam
industri lakonan Malaysia.

Sekadar mencuba nasib pada mulanya, ujar Elfa yang ditemui ketika
penggambaran drama bersiri Adam & Hawa di Cameron Highlands, Pahang
baru-baru ini, gembira bukan kepalang apabila namanya tersenarai sebagai
calon yang berjaya melepasi sesi uji bakat drama itu.

"Disember tahun lalu saya mendapat panggilan daripada produksi Adam
& Hawa menyatakan saya berjaya mendapatkan watak Azie iaitu teman
rapat Ain Hawani dalam drama itu.

"Ketika itu saya mula nampak bintang saya makin menyinar untuk
menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur sementelah sekian lama saya
idam-idamkan," katanya yang terlibat dalam 63 episod daripada drama
rantaian 80 episod itu.

Berdepan cabaran untuk menyesuaikan diri dengan suasana kerja dan
sepasukan produksi yang belum pernah bersua sebelum ini berjaya diatasi
perlahan-lahan.

Namanya tidak sepi di Singapura malah dia sudah pun aktif berlakon
sejak lebih lima tahun lalu di sana. Namun, fokusnya lebih kepada drama
berbahasa Melayu.

Terlibat dengan naskhah-naskhah seperti Jeritan Sepi, Alfie dan The
Pupil, gadis yang berasal dari Jurong, Singapura itu mempunyai cara
sendiri dalam melakar kariernya.

"Saya akan cuba membina nama di Malaysia sebaik mungkin, jika
diberikan peluang saya teringin berlakon filem atau menulis skrip drama
atau filem.

"Dalam masa yang sama saya juga ingin menyambung pelajaran di
Malaysia," kata lulusan rekaan media digital daripada Politeknik Nanyang
Singapura.

Tambah Elfa, buat masa sekarang dia hanya mampu berulang-alik dari
Kuala Lumpur ke Singapura sepanjang pembabitannya dengan produksi Adam
& Hawa sejak empat bulan lalu.

Soal watak dia tidak pernah memilih namun dia punyai prinsip untuk
menggalas peranan yang selesa dengannya dan tidak melanggar etika
termasuk cara berpakaian.

"Saya tidak suka terlampau terdedah tapi jika ditanya tentang watak,
saya sukar mengulas panjang kerana saya masih baharu dan perlu sampai ke
tahap tertentu untuk cerewet atau memilih-milih," katanya.

Elfa sebelum ini pernah mencuba bakat dalam bidang nyanyian menerusi
program realiti pencarian bakat nyanyian Singapura, Anugerah pada tahun
2003 yang melayakkannya ke tahap suku akhir.

"Keinginan saya untuk merakamkan sebuah lagu berbisa yang akan
diingati semua orang sampai bila-bila, itu sudah memadai," ujarnya yang
mahu merakamkan lagu berentak balada.

Dalam pada itu, Elfa pernah mengacarakan sebuah rancangan kanak-kanak Krayon yang turut disiarkan di RTM1 sebelum ini.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum