Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Sistem baharu basuh aib AIM19

View previous topic View next topic Go down

Sistem baharu basuh aib AIM19

Post by Park Deen on Sun Jul 22, 2012 9:06 am

Sistem baharu basuh aib AIM19 (Kosmo)





ROSMIN (kanan) menyerahkan trofi
Lagu Terbaik AIM18 kepada Anuar Zain dan Edry Abdul Halim. Trofi
berkenaan sebelum itu dijulang oleh Yuna.




ISU penarikan semula trofi kemenangan Yuna pada Anugerah Industri
Muzik (AIM) ke-18 pada tahun lalu benar-benar melondehkan kredibiliti
Industri Rakaman Malaysia (RIM) sehingga badan itu terpaksa mengambil
langkah drastik.

Akibat insiden itu, RIM menjadi bahan jenaka. Bagi membetulkan
keadaan itu, RIM mengubah format siri terbaharu AIM19 yang dijadualkan
pada November ini.

Insaf dengan kritikan, RIM buat pertama kali akan memperkenalkan
peraturan dan cara penghakiman baharu. Perkara itu dijelas oleh
Pengerusi Bersama, Jawatankuasa Penganjur AIM19, Rosmin Hashim dalam
satu sidang media, Rabu lalu.

"Hanya individu terpilih dan pengamal industri muzik sahaja akan diberi tanggungjawab untuk menghakimi AIM," katanya.

Rosmin turut memberi jaminan bahawa barisan para juri yang terlibat
dalam penghakiman AIM 19 kali ini adalah daripada kalangan pengamal
muzik yang sememangnya berpengalaman dalam bidang masing-masing seperti
komposer, penulis lirik, pemuzik, penyanyi termasuklah jurutera bunyi.

"Penjurian dalam kalangan pihak media atau ahli akademik dalam bidang
muzik juga masih relevan bagi mendapatkan pandangan yang lebih
bervariasi dalam mengadili sesebuah karya dan lagu yang
dipertandingkan," katanya sambil mengungkapkan apa yang berlaku pada
edisi AIM18 bukanlah sesuatu yang akan menghalang tradisi AIM akan
datang.

Tambah Rosmin, penjurian AIM19 akan berbeza berbanding proses sebelum
ini. Mengakui penganjuran terdahulu membariskan jemaah juri terdiri
daripada panel yang dilihat tidak mempunyai kemahiran khusus dalam
bidang muzik seperti wakil media, wakil stesen radio dan televisyen
serta individu daripada syarikat-syarikat rakaman.

Jelasnya, perubahan itu terpaksa dilakukan selepas AIM mendapat
banyak rungutan daripada pelbagai pihak khususnya para artis dalam sesi
dialog yang diadakan sebelum ini.

"Kami menghormati pandangan semua pihak dan mengambil keputusan untuk
membuat perubahan terhadap sistem penghakiman pada tahun ini yang
terdiri daripada pengamal dalam industri rakaman sahaja," katanya yang
menetapkan syarat pelantikan ketua juri haruslah dipilih daripada
individu yang mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya lima tahun dalam
industri.

Bagi memastikan keputusan AIM19 tidak dilihat berat sebelah kerana
konflik kepentingan peribadi, Rosmin berkata, pihaknya akan memastikan
karya-karya yang diterima tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan juri
yang dilantik.

"Apabila keputusan Top 5 sudah diumumkan, pihak kami akan memaklumkan
senarai hakim. Tindakan itu bagi membentuk suasana telus," tegas Rosmin
lagi.

Satu lagi perkembangan terbaharu, pencalonan AIM19 pada tahun ini
turut mengalu-alukan karya daripada lagu-lagu daerah yang menggunakan
loghat-loghat tertentu dicalonkan dalam kategori Lagu Pop Etnik Terbaik.

"Kami berharap kalau ada lagu-lagu Kelantan, Sabah atau Sarawak,
mereka boleh menghantar penyertaan mereka untuk diadili," katanya.

Penganjuran AIM19 membuka penyertaan kepada lagu atau album dalam
bahasa Melayu dan Inggeris yang dikeluarkan di negara ini bermula 1
Julai 2011 hingga 30 Jun lalu. Pencalonan hendaklah sebelum 15 Ogos
depan.

Edisi ke-19 AIM turut mengekalkan 19 kategori anugerah seperti tahun
lalu selain memutuskan untuk mengadakan dua anugerah AIM berasingan bagi
mengiktiraf pencapaian muzik dalam bahasa Cina dan India yang
dijadualkan pertengahan tahun hadapan.

Kemuncak AIM19 akan diadakan pada 17 November 2012 di Stadium
Melawati, Shah Alam, Selangor dan akan disiarkan secara langsung
menerusi saluran Astro Ria.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum