Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Mencari pemain mantapkan skuad

View previous topic View next topic Go down

Mencari pemain mantapkan skuad

Post by Park Deen on Sun Jul 22, 2012 8:56 am

Mencari pemain mantapkan skuad (Kosmo)





HODAK sedang mengenal pasti beberapa
pemain tempatan untuk ditawarkan tempat dalam skuad Kelantan bagi
menghadapi saingan Piala Malaysia yang akan bermula bulan depan.




JUARA Liga Super dan Piala FA musim 2012 ,Kelantan berminat mendapatkan beberapa pemain tempatan untuk memperkuatkan skuad The Red Warriors itu bagi mempertahankan Piala Malaysia apabila saingan bermula bulan depan.

Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak berkata, beliau telah menemui
beberapa pemain daripada pasukan Liga Malaysia yang gagal layak ke Piala
Malaysia bagi membantu pasukan Pantai Timur itu mempertahankan
kejuaraan buat kali kedua.

"Saya masih berharap untuk mendapatkan khidmat beberapa pemain di
luar Kelantan bagi membantu kami menjuarai Piala Malaysia musim ini,"
katanya ketika ditemui selepas pasukannya kalah 0-5 kepada pasukan Liga
Perdana England (EPL), Queens Park Rangers (OPR) pada perlawanan
persahabatan di Stadium Shah Alam, Selangor malam kelmarin.

Mengulas penampilan sulung pemain import Guinea, Keita Mandjou pada
perlawanan persahabatan itu, Hodak berkata, bekas penyerang Perak itu
perlu bermain dalam beberapa perlawanan lagi bersama Kelantan sebelum
beliau dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran bola sepak tempatan.

"Beliau (Mandjou) baru tiba dari India beberapa hari lalu selepas
berakhirnya liga di negara itu. Saya tidak mahu memaksa beliau bermain
pada tahap maksimum penuh," kata jurulatih berusia 41 tahun itu.

Selain Mandjou, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) juga mengikat
empat lagi pemain import iaitu Mijo Dadic (Croatia), Dennis Antwi dan
Emmanuel Okine, kedua-duanya dari Ghana, dan Zachariah Charara dari
Lebanon.

Kesemua muka baru itu dibawa masuk untuk memantapkan pasukan Kelantan
dalam menghadapi saingan suku akhir Piala AFC menentang Arbil FC dari
Iraq pada September ini.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum