Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Makanan bersih, pengguna selamat

View previous topic View next topic Go down

Makanan bersih, pengguna selamat

Post by Park Deen on Sat Jul 21, 2012 12:20 pm

Makanan bersih, pengguna selamat (Kosmo)









SEJAK awal Ramadan, Nurdini Mohamad Ali, 11, teringin benar menjamah
otak-otak dan air batu campur. Hasrat pelajar perempuan dari Sekolah
Kebangsaan (SK) Sungai Binjai, Klang, Selangor itu akhirnya terlaksana
selepas bapanya, Muhammad Ali Khir, 38, membeli kedua-dua juadah
tersebut di sebuah bazar Ramadan selepas beberapa hari menjalani ibadah
puasa.

Namun, tidak lama selepas menikmati hidangan itu, kanak-kanak tersebut mengalami muntah dan cirit-birit.

Selain Nurdini, hampir seluruh keluarga yang terdiri daripada ibu,
bapa dan empat orang abangnya mengalami gejala yang sama. Keadaan
Nurdini bagaimanapun jauh lebih kritikal berbanding ahli keluarganya
yang lain.

Melihat keadaan Nurdini itu, Muhammad Ali segera membawa anaknya ke
Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di Klang, Selangor. Namun sebaik
tiba di hospital, keluarganya akur dengan takdir yang ditentukan Allah
apabila doktor mengesahkan Nurdini meninggal dunia. Nurdini meninggal
dunia akibat komplikasi makanan tercemar.

Biarpun peristiwa itu berlalu setahun yang lalu, namun pemergian
Nurdini cukup terkesan kepada ahli keluarganya. Bapa mangsa, Muhammad
Ali Khir, 38, reda dengan apa yang telah menjadi ketentuan tanpa
menyalahkan sesiapa.

Jauh di sudut hati Muhammad Ali, beliau berharap insiden yang serupa
tidak berulang kepada orang lain. Kehilangan anaknya itu harus dijadikan
iktibar oleh para peniaga yang menjalankan perniagaan makanan pada
bulan Ramadan.



PARA peniaga meraih pendapatan luar biasa terutama pada bulan Ramadan. - Gambar hiasan




Jaga kebersihan

Apapun, bukan semua peniaga bazar Ramadan memandang remeh isu
kebersihan makanan. Bagi Amira Annis Razak, 24, yang pernah berniaga
dengan ibunya, Noorasyikin Abu Bakar, 52, Ramadan bukan sahaja
menjanjikan pendapatan yang lumayan kepada para peniaga, bahkan mereka
menggalas tanggungjawab yang cukup besar.

Sebagai peniaga makanan, faktor kebersihan merupakan amanah yang
cukup berat di bahu mereka. Persekitaran di luar rumah hingga ke dapur
perlu dijaga baik selain kebersihan diri.

Menurut pemegang Diploma bahagian Muzik dari Akademi Seni Budaya dan
Warisan Kebangsaan (Aswara) itu, ibunya seorang wanita yang amat
menitikberatkan garis panduan penyediaan makanan bagi memastikan makanan
yang dihasilkan bersih dan selamat.

"Sebelum memasak, ibu akan mengeluarkan satu persatu barang mentah
yang mahu dimasak kerana tidak mahu keadaan menjadi kelam-kabut,"
katanya memberitahu baki makanan yang dijual lazimnya dijadikan santapan
berbuka puasa.

Bagi memastikan makanan tahan lama, perancangan sangat penting. Ibu
Amira Annis lazimnya memasak lauk-pauk yang tidak menggunakan santan
seperti ayam masak merah, daging kicap, ikan kicap dan kuih-muih.

Memasak makanan mengikut kandungan bahan sangat penting untuk
mengelakkannya basi. Anak kedua daripada tiga beradik itu memberitahu,
ibu bersama lima orang pekerja akan menyediakan hampir 40 jenis
lauk-pauk dan pelbagai jenis kuih Melayu setiap hari ini.

Penyediaan makanan sebanyak itu bukan sahaja menuntut masa yang
panjang, bahkan pada masa yang sama kesemua makanan perlu siap dimasak
sebelum pukul 3 petang. Mereka mula memasak pada pukul 10 pagi.

Gadis manis itu mengakui mereka bukan sekadar memasak tetapi pada
masa yang sama mereka perlu menjaga kebersihan dan kualiti makanan.



NORHAYATI akan memastikan air tebu yang dijualnya tidak rosak dan boleh diminum untuk berbuka puasa.




"Kalau makanan sedap tetapi tidak tahan lama memang tiada makna
kerana para pelanggan akan merungut," katanya sambil memberitahu
jualannya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.

Dengan meraih pulangan lebih RM1,000 pada hari pertama sehingga akhir
Ramadan, Amira Annis memberitahu sepanjang berniaga, belum ada rungutan
pelanggan yang mengatakan makanan yang dijual basi apabila sampai ke
rumah.

Rezeki Ramadan

"Alhamdullilah, setakat ini belum ada pelanggan yang mengadu," katanya yang menitikberatkan soal kualiti makanan.

Sementara itu, Norhayati Nawang, 49, yang menjual air tebu sejak 15
tahun lalu di Pekan Sungai Besi Kuala Lumpur mengakui dia meraih
pendapatan RM400 sehari pada bulan Ramadan.

Keuntungan itu berbeza pada hari biasa dan bergantung kepada cuaca serta musim.

Bagi ibu kepada tiga orang anak itu, dia hanya menjual minuman itu
dari pukul 3 petang kerana sebelum itu, dia akan menjalankan kerja-kerja
mengupas kulit tebu yang mengambil masa selama dua jam.

Selepas itu, dia bersama seorang pekerjanya akan mencuci batang-batang tebu itu sebelum diperah dengan mesin.

Perniagaan Norhayati mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat kerana kualiti air tebunya.

Kualiti air tebu



KEBERSIHAN makanan perlu bermula dari peringkat penyediaannya.




"Saya akan pastikan setiap pelanggan berpuas hati dengan kualiti air
tebu yang dijual," katanya yang sibuk melayan pelanggan yang tidak
putus-putus singgah di gerainya.

Menjual segelas air tebu pada harga RM1, manakala satu jag RM3,
beliau mengakui perniagaan air pada bulan puasa jauh lebih baik
berbanding hari-hari biasa.

Ketika ditanya tentang bagaimana air tebu mudah masam, anak jati
Kelantan itu menjelaskan, perkara tersebut berlaku jika air tebu diperah
terlalu awal.

Menurut Norhayati, bagi memastikan kualiti air tebu terjamin, dia
akan mengasingkan air tebu dengan ais. Norhayati mendapat bekalan tebu
dari Kuala Selangor, Selangor mengakui campuran air tebu dan ais
menyebabkan minuman tersebut lebih cepat masam.

Sementara itu, Nurul Hanis Sasakima, 23, yang gemar membeli makanan
di bazar Ramadan berasa tertipu apabila makanan yang dibelinya basi
sebaik sampai di rumah.

Pengalaman lima kali membeli makanan yang tercemar di bazar Ramadan tahun lalu membuatkan dia lebih berhati-hati.

Kakitangan syarikat swasta itu memberitahu, kebiasaannya dia akan
membuat tinjauan terlebih dahulu di bazar Ramadan sebelum membeli
makanan yang dihajati.

Kepelbagaian juadah yang dijual menyebabkan Nurul Hanis 'terpedaya'
lalu membeli martabak, cendol, nasi dan dua jenis lauk. Namun, ketika
mahu berbuka, dia berasa amat kecewa kerana cendol tersebut berbuih-buih
dan martabak tersebut basi.

"Tentulah saya rasa kecewa apabila makanan yang dibeli basi apabila mahu dijamah ketika berbuka," ujarnya dengan nada kesal.

Bagi anak sulung daripada lima adik-beradik itu, dia tidak begitu
mengambil kira soal harga asalkan makanan tersebut memenuhi cita rasa.

"Pada pandangan saya, peniaga perlu memastikan makanan yang dijual berkualiti dan tahan untuk dimakan ketika berbuka puasa.

"Pastikan tahap kebersihan makanan dan diri, jika tidak pembeli akan
berasa tertipu kerana peniaga mungkin tidak tahu makanan yang dijual
sebenarnya sudah pun tercemar dan tidak boleh dimakan," tuturnya sambil
memberitahu dia tidak membuat aduan mengenai perkara tersebut kepada
pihak berkuasa tempatan (PBT).

Namun, dia berharap PBT sentiasa mengadakan operasi di bazar Ramadan
dari semasa ke semasa bagi mengelakkan perkara tersebut berulang.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum