Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

‘Peteh kijang sampai patah’

View previous topic View next topic Go down

‘Peteh kijang sampai patah’

Post by Karl on Mon Oct 10, 2011 2:57 pm



SUDAH pasti Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, malam ini, bakal bergegar dengan ribuan penyokong dua jaguh bola sepak Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu bagi menyaksikan perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan yang memiliki kehebatan tersendiri itu.

Meskipun perlawanan antara juara Piala FA 2011 iaitu Terengganu dan penyandang juara Liga Super 2011, Kelantan baru memasuki pusingan pertama suku akhir, namun bahang yang dirasai terutamanya dalam kalangan penyokong fanatik kedua-dua pasukan, menjadikan ia seolah-olah menjadi malam penentu siapa yang layak digelar juara Piala Malaysia 2011.

Malah, bukan setakat pemain dan pengurusan pasukan, sebaliknya peminat fanatik Skuad Penyu juga tidak lena tidur memikirkan aksi yang bakal ditunjukkan kesebelasan pemain pilihan Irfan Bakti Abu Salim, bagi mengekang setiap langkah anak buah M Karathu malam ini.

Perbincangan dan ‘pergaduhan’ secara maya menerusi laman sosial sudah bermula sejak kedua-dua pasukan sah melangkah ke pentas suku akhir, selepas Kelantan berjaya muncul juara dalam Kumpulan C, manakala Terengganu pula di tempat kedua dalam Kumpulan B.

--- Sinar Harian

Apa yang pasti, Skuad Penyu perlu mencipta kemenangan dalam pertemuan malam ini jika ingin terus melangkah selesa ke pusingan seterusnya, sekali gus memastikan piala paling berprestij itu menjadi milik Terengganu.

Meskipun Skuad Penyu berkelebihan bermain di laman sendiri, namun tidak mustahil bagi The Red Warriors mencipta kemenangan, justeru pengendali Terengganu perlu membuat percaturan terbaik bagi memastikan tiga mata penuh menjadi milik pasukan tuan rumah.

Seperti umum mengetahui, pertembungan dua seteru utama bola sepak sebelum ini sering mencetuskan suasana panas terutamanya dalam kalangan penonton, justeru penyokong kedua-dua pasukan diingatkan agar bersikap lebih profesional dengan tidak menimbulkan suasana kurang enak agar perlawanan malam ini dapat berlangsung sebaiknya.

Malah, amaran yang dikeluarkan Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustafa sebelum ini, di mana pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana penonton yang menimbulkan suasana kurang selesa serta mencetuskan provokasi sama ada ketika perlawanan sedang berlangsung atau di luar stadium, telah cukup jelas memberi peringatan awal.

Justeru, apa yang diharapkan dalam perlawanan malam ini adalah kedua-dua pasukan dapat mempamerkan aksi terbaik, meskipun masih terlalu awal untuk menentukan siapa yang layak digelar juara Piala Malaysia 2011, namun pasukan yang mencatat kemenangan bakal menduduki zon yang lebih selesa untuk meneruskan saingan ke peringkat seterusnya nanti.



Irfan harap sokongan penonton



IRFAN Bakti secara tegas mengingatkan barisan pemainnya agar tidak bersikap terlalu yakin dalam pertemuan malam ini, sebaliknya perlu bermain bermati-matian agar mampu bertandang lebih selesa ke tempat lawan 14 Oktober ini.

Peluang bermain di laman sendiri perlu dimanfaatkan sepenuhnya dengan mengutip tiga mata penuh lebih awal kerana apa yang pasti, tekanan akan lebih dirasai dalam perlawanan timbal balik di tempat lawan nanti.

“Saya melihat pertemuan dengan Kelantan malam ini adalah satu perlawanan yang menarik, di mana seolah-olah mengulangi perlawanan akhir Piala FA, di mana pada ketika itu kita berjaya dinobatkan sebagai juara dan tidak mustahil kita (Terengganu) mampu mencipta kemenangan.

“Bagaimanapun, saya harap pemain mampu memberi perhatian sepenuhnya dalam perlawanan malam ini serta perlu mengurangkan kesilapan agar tidak memberi peluang kepada pihak lawan,” katanya.

Namun, beliau secara peribadi turut mengakui Kelantan merupakan pasukan yang memiliki kehebatan tersendiri terutamanya dalam kalangan penonton fanatik mereka yang secara tidak langsung mampu membangkitkan aksi pemain.

Justeru, beliau turut mengharapkan sokongan padu daripada seluruh penyokong Skuad Penyu untuk hadir beramai-ramai ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, malam ini agar mampu membangkitkan semangat serta moral pemain.



‘Kami sudah sedia’: Marzuki



Sementara itu, Ketua Pasukan Terengganu, Marzuki Yusof, mengingatkan penonton malam ini, agar menjaga tingkah laku serta tidak terlalu emosi bagi memastikan perlawanan tidak terganggu.

Menurutnya, tindakan provokasi keterlaluan penyokong kedua-dua pasukan dikhuatiri akan mengganggu momentum permainan, selain tidak mencerminkan semangat kesukanan yang tinggi.

“Saya harap kesemua penyokong akan menjaga tingkah laku serta tidak terlalu fanatik hingga boleh mencetuskan suasana tidak selesa kerana kita ingin memastikan perlawanan dapat berjalan dengan sebaiknya,” katanya.

Selain itu katanya, semua pemain kini berada dalam bersiap sedia untuk bertemu Kelantan dan harapan agar tidak ada rakan sepasukannya mengalami kecederaan pada saat akhir.



Hadi buru gol awal



BAGI penyerang berbisa Terengganu, Abdul Hadi Yahaya, dia bertekad untuk menghadiahkan gol awal kepada pasukannya dalam perlawanan suku akhir pertama kempen Piala Malaysia 2011 menentang Kelantan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, malam ini.

Menurutnya, kelebihan bermain di laman sendiri perlu dimanfaatkan sepenuhnya dengan mencipta sebanyak mungkin gol sebagai bekalan selesa ketika bertandang ke tempat lawan.

“Apa yang pasti, pasukan kami kini berada dalam keadaan bersiap sedia dan akan memberikan aksi terbaik bagi memastikan Terengganu mampu melangkah lebih selesa ke peringkat seterusnya nanti.

“Selain itu, gandingan serasi antara saya dan Abdul Manaf Mamat malam ini diharap dapat memberi kelebihan untuk mencipta gol dalam perlawanan malam ini,” katanya.

Bagaimanapun, Abdul Hadi yang juga penjaring terbanyak dalam saingan Liga Super, enggan meletak harapan terlalu tinggi, apatah lagi Kelantan diakui memiliki kehebatan tersendiri, namun apa yang pasti dia enggan memberi kemenangan kepada pasukan The Red Warriors ketika beraksi di laman sendiri malam ini.

“Meskipun perlawanan malam ini baru memasuki suku akhir pertama, namun kita tidak sewajarnya memandang mudah setiap lawan yang akan ditentang, apatah lagi bertemu Kelantan yang sememangnya sebuah pasukan kuat.

“Selain itu, saya juga yakin Kelantan memiliki misi tersendiri terutamanya menebus kekecewaan setelah dikalahkan Terengganu dalam perlawanan akhir Piala FA musim lalu,” katanya.



Penonton semakin matang



SEMENTARA itu, Kelab Penyokong Bola Sepak Negeri Terengganu (Peteh) yakin perlawanan suku akhir pertama antara Kelantan dan Terengganu malam ini bakal berlangsung dalam keadaan baik memandangkan kematangan sikap penonton yang ditonjolkan hari ini.

Malah, dalam pertembungan dua jaguh bola sepak Pantai Timur yang berlangsung sebelum ini, tidak mencetuskan sebarang situasi yang boleh mengganggu perlawanan dan diharap sikap profesional itu akan berterusan dalam perlawanan seterusnya nanti.
avatar
Karl
co-Admin
co-Admin

Negeri :
Posts : 53
Points : 139
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum