Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Queens Park Rangers Kalahkan Pilihan Sabah 5-0

View previous topic View next topic Go down

Queens Park Rangers Kalahkan Pilihan Sabah 5-0

Post by Karl on Wed Jul 18, 2012 9:02 am

18 Julai, 2012 00:29 AM


KOTA KINABALU, 18 Julai (Bernama) -- Pasukan Liga Perdana Inggeris Queens Park Rangers (QPR) mengalahkan pasukan pilihan Sabah 5-0 dalam perlawanan persahabatan di hadapan kira-kira 20,000 penonton di Stadium Likas di sini Selasa malam.

Gol pertama QPR diperoleh menerusi Bobby Zamora pada minit ke-7 setelah menolak masuk bola dari jarak dekat selepas percubaan Wright Philip ditampan oleh penjaga gol Sabah.

Walaupun QPR melakukan beberapa lagi percubaan, keputusan itu kekal sehingga separuh masa pertama.

Pilihan Sabah turut melakukan beberapa serangan yang diketuai Titus Jhon, Londow Bonai dan Octavianus Maniani tetapi gagal menghasilkan gol.

Dalam separuh masa kedua, QPR berpesta gol pada minit ke-63 menerusi pemain gantian Heider Helguson, Jay Bothroyd (minit ke-69) dan dua gol hasil jaringan Djibril Cisse (minit ke-73) dan minit ke-81).

Pengurus QPR, Mark Hughes menyifatkan perlawanan ini adalah baik dan memenuhi persiapan pasukannya untuk memulakan kempen liga bermula Ogos ini.

Di tanya sama ada pemain baru mereka Park Ji Sung akan dijadikan ketua pasukan skuadnya, beliau berkata ia belum diputuskan, tetapi merasakan menjadikan Park sebagai ketua pasukan untuk jelajah Asia sesuai untuk pemintanya di Asia.

QPR yang sedang dalam jelajah Asia akan menentang Kelantan di Stadium Shah Alam pada 20 Julai ini sebelum bertemu Persebaya Surabaya di Indonesia pada 23 Julai.

-- BERNAMA


avatar
Karl
co-Admin
co-Admin

Negeri :
Posts : 53
Points : 139
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum