Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Pokok Kelawar

View previous topic View next topic Go down

Pokok Kelawar

Post by Park Deen on Tue Jul 17, 2012 5:25 am


Ihsan: http://jendrg.tripod.com/seram/story7.htm

Pengalaman
menyeramkan ini berlaku pada tahun 1991, di tingkat bawah rumah aku. Aku tidur di atas
sofa panjang ruang tamu, dan memang sebenarnya itulah tempat tidur aku. Rumah aku ni ada
empat bilik, tapi semuanya berpenghuni. Dengan rela hatinya aku tidur kat situ,
bertemankan kucing yang hari-hari berebut sofa tu dengan aku. Dah dia pun tidur situ
jugak.


Malam tu, macam biasa je, aku letak
kepala sambil mulut terkumat-kamit baca doa tidur. Entah macam mana, mata aku tak rasa
mengantuk sangat. Jadi, aku layan la lebih kurang. Tah sampai ke mana, tak tau la aku.
Sedar tak sedar, aku rasa dah macam terawang-awang, antara tidur dan jaga, tapi aku masih
sedar lagi masa tu. Kat sebelah sofa tempat aku tidur tu ada sepohon pokok plastik yang
tingginya lebih kurang sama dengan aku. Pokok tu dibuat daripada akar pokok besar, dan
dipasang daun plastik di sekelilingnya. Selalu aku tengok orang buat macam pokok bonsai
tu. Ada banyak bunga berwarna merah di setiap hujung ranting pohon tu.



Mata aku yang semakin layu tegak
memerhatikan pohon tu. Aku rasa macam tak boleh nak pejam sepenuhnya sebab bunga-bunga
merah kat pohon tu mula bertukar warna kepada oren secara perlahan-lahan. Aku cuba bangun,
tapi tak boleh! Cuba pulak pusing kepala, rasa macam boleh, tapi tak berpusing pun!
Bunga-bunga tu pula dah berubah bentuk. Aku tak nampak bunga lagi, tapi aku nampak suatu
benda kecil seperti kelawar sedang bergayut di situ. Kenal kelawar tak? Takkan tak kenal,
kan. Kelawar biasa warnanya hitam, tapi kelawar ni berwarna oren. Siap dengan taringnya
menyeringai ke arahku. Aku dah tak tau nak buat apa melainkan cuma terus memandang ke arah
kelawar yang banyak tu. Aku cuba baca ayat kursi, tapi tak menjadi. Rasa macam dah betul,
tapi tak betul. Kalau orang tengok aku masa tu, orang akan kata aku dah tidur, tapi
sebenarnya aku sedar apa yang berlaku di sekeliling. Cuma aku tak boleh bertindak.
Buktinya, tak lama lepas tu mak aku lalu situ. Spontan mata aku terbuka dan objek tadi
bertukar menjadi bunga semula.



Aku tak tahu nak kategorikan apa cerita
aku ni, tapi sebenarnya adalah kisah benar. Aku ada dengar jugak beberapa orang cerita
mengatakan rumah aku tinggal tu memang agak keras. Entah, tak tahulah nak kata. Selain
daripada cerita ni, ada jugak benda lain yang berlaku. Ada sekali tu aku dengar bunyi air
melimpah dari bilik air atas. Aku naik, spontan bunyi tu hilang dan berpindah ke bilik air
tingkat bawah pulak. Begitulah sebaliknya bila aku turun ke bawah. Aku malas cakap banyak,
terus keluar naik motor. Waktu tu baru je lepas asar. Semua orang tak ada kat rumah. Adik
aku pun pernah tengok pintu dapur yang berkunci terbuka sendiri. Pernah jugak aku dengar
dari penghuni rumah sebelum ni ada menceritakan ada sekali dulu dia pernah ternampak hantu
pocong bergolek-golek kat ruang tamu tu, lepas satu-satu macam main golek-golek pulak
hantu tu. Tapi sekarang ni tak tau lah aku semenjak pindah ni macammana pulak ceritanya
rumah tu sekarang. Wassalam.






Cerita Asal : Ahmad Kamal Fauzi
(Sg Merab)
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum