Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Diganggu Syaitan

View previous topic View next topic Go down

Diganggu Syaitan

Post by Park Deen on Tue Jul 17, 2012 5:22 am




HATI saya
mula rungsing. Mayat yang sedang saya mandikan menyebabkan bulu roma saya tegak, seram,
seluruh badan berasa hangat serta tidak tenteram.



Bukanlah keadaan mayat yang
cuma separuh sahaja itu yang sebabkan saya rasa seram, tapi ada sesuatu yang lain yang
saya rasakan ada bersama-sama kami, yang mengganggu kami. Keadaan mayat tersebut memang
mengerikan sebab cuma bahagian pinggang kebawah saja yang saya dan kawan-kawan saya
uruskan. Mayat yang dalam lingkungan umur 30-an itu dijumpai terapung di dalam laut
selepas beberapa hari dicampak ke situ. Baunya memang busuk.



Walaupun demikian sekali
rupa mayat tersebut, namun ia tidak menyeramkan saya. Sudah bermacam-macam mayat yang
pernah saya uruskan yang lebih dahsyat dan lebih ngeri daripada itu. Tapi mayat yang ini
lain macam sedikit.



Semasa memandikan jenazah
itu bulu roma saya terus tegak. Tapi saya uruskan juga sambil
membaca ayat-ayat suci al-Quran, khususnya ayat kursi, terus
saya baca. Berdasarkan pengalaman lepas-lepas, jika begitu perasaan yang saya alami,
maknanya jenazah yang saya uruskan bukanlah dari kalangan mereka yang dicintai Allah.



Apabila sudah selesai
menguruskannya, kami hantar jenazah tersebut ke kawasan perkuburan.



"Encik, jangan
kebumikan dulu jenazah ini, sehingga saya datang ke sini semula," pesan saya kepada
penggali kubur. Saya tidak dapat turut serta kerana saya perlu menghantar dahulu juruurus
jenazah wanita yang dipanggil satu jenazah.



"Insya-Allah,"
jawab penggali kubur tersebut. Saya tinggalkan dia tanpa memberitahu kepadanya bahawa
mayat tersebut bermasalah. Bagi saya ini perkara aib, tak perlulah saya jelaskan
kepadanya.



Selepas menghantar juruurus
jenazah wanita, saya balik ke kawasan perkuburan tersebut. Hajatnya untuk sama-sama
mengebumikan jenazah berkenaan, namun apaliba tiba di kuburnya, saya tengok ia sudah
dikebumikan.



"Tak apalah ustaz. Saya
dah kebumikan. Dah selesai," kata penggali kubur tersebut.



"Alhamdulillah. Tak
apalah, saya balik dulu."



Namun apabila masuk sahaja
ke dalam kereta, saya rasa seperti ada sesuatu yang mengekori. Seolah-olahnya mayat itu
ada dalam kereta untuk mengikut saya pulang ke rumah. Perasaan seram kembali semula.
Dengan serba sedikit ilmu yang saya tahu, saya cuba halau ‘benda’ itu. Namun
saya tahu saya gagal dan ia mengekori hingga ke rumah kerana pada malam itu saya berperang
dengannya.



Kira-kira pukul 11 malam,
ketika kami sekeluarga hendak tidur, saya mula rasa lain macam. Isteri dan anak saya juga
gelisah seperti ada sesuatu yang menggangguperasaan mereka. Perasaan seram kembali datang.
Bulu roma saya meremang.



Satu demi satu ayat saya
baca dan kemudian hembuskan hingga syaitan itu pergi meninggalkan saya. Biasanya saya
gunakan surah al-Fatihah, tiga Qul, ayat Qursi, amanarrasul dan satu ayat lain yang
terakhir. Alhamdulillah saya berjaya, tapi tidak lama kemudian, gangguan itu datang
kembali. Sekali lagi saya bacakan ayat-ayat tertentu dan hembuskan ke arahnya. Untuk
sementara waktu, ia lari meninggalkan saya.



Rupa-rupanya gangguan itu
cumalah permulaan. Semakin larut malam, tindakannya semakin agresif. Apabila saya mula
hendak melelapkan mata, ia kembali semu
la dan mencucuk tubuh saya. Saya tersentak dan tidak jadi tidur. Saya lihat
sekeliling, tapi tiada apa yang saya nampak kecuali gelap. Saya baca ayat-ayat tertentu
dan gangguan itu berhenti seketika.



Memikirkan gangguan itu
sudah berakhir, saya cuba melelapkan mata. Namun apabila saya hampir terlena, ia datang
semula dan mencucuk pusat saya. Sekali lagi tersentak. Begitulah yang berlaku seterusnya.
Punggung dan badan saya dicucuk apabila hendak melelapkan mata. Setelah hampir sejam
diganggu, akhirnya gangguan itu terus berhenti. Saya tidur tanpa sebarang gangguan lagi.



Alhamdulillah, itulah sekali
saya diganggu oleh syaitan daripada mayat berkenaan.



Telahan saya bahawa gangguan
tersebut berpunca daripada
mayat yang saya uruskan pada siang harinya
memang berasas. Sebabnya ialah tidak berapa lama kemudian saya mendapat berita bahawa
penggali kubur itu telah sakit selama sebulan. Sejak mengebumikan mayat tersebut, hidup
penggali kubur itu mula tidak tenteram kerana diekori oleh ‘mayat’ berkenaan.
Apabila dia masuk saja ke pejabat, dilihatnya mayat itu berada di dalam pejabatnya.
Apabila dia masuk bilik mandi, di situ juga ada mayat.



Pendeknya ke mana sahaja dia
pergi, di bilik tidur, di ruang tamu, di bawah pokok atau di mana sekalipun, pasti dia
akan ternampak mayat itu. Akibatnya dia sakit selama sebulan dan meracau yang bukan-bukan.
Selepas puas berubat, akhirnya dia sembuh seperti sedia kala.



Mungkin ada yang mengatakan
cerita saya ini karut, atau sengaja direka, tapi percayalah, ia memang benar-benar
terjadi. Bagaimanapun, alhamdulillah, kejadian itu memberi iktibar yang besar kepada saya.



Dari segi syarak, gangguan
yang kami alami itu dilakukan oleh iblis menyerupai mayat untuk menakutkan kita supaya
kita berhenti daripada menguruskan jenazah. Gangguan seperti ini jangan dilayan kerana
menguruskan jenazah adalah ibadah.



Saya yakin gangguan yang
kami lalui berpunca daripada ilmu hitam yang diamalkan oleh lelaki tersebut. Menurut
pendapat sesetengah orang, gangguan seperti itu berlaku kerana lela
ki berkenaan membela jin dan syaitan untuk dijadikan khadam melindunginya.


Bagi yang menuntut ilmu
kebal, salah satu cara untuk membunuhnya ialah dengan membuang separuh mayatnya ke dalam
sungai atau laut dan separuh lagi dibuang di darat. Itulah syaratnya kerana kalau
kedua-dua bahagian tubuh itu dibuang di darat, atau kedua-duanya dibuang ke dalam air, ia
akan bercantum dan mayat tersebut akan hidup semula. Itulah cerita yang saya dengar, betul
atau tidak wallahuaklam.



Nasihat saya, janganlah
dituntut ilmu yang bukan-bukan, yang bersahabat dengan syaitan. Dalam syarak, apa ilmu
kita tuntut pun kita tak boleh kebal. Malah nabi yang hafaz al-Quran, rasul, tapi dia juga
cedera semasa perang. Sebenarnya kita bukannya kebal, tapi dilindungi oleh jin.



Ingatlah, jika kita
berkehendakkan sesuatu, bermohonlah kepada Allah. Janganlah salah guna ayat al-Quran. Dan
apabila berdoa, jangan berwasilahkan kepada yang lain daripada nabi.






Cerita asal : Ustaz
Haron Ibrahim
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum