Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Kawan kini jadi musuh

View previous topic View next topic Go down

Kawan kini jadi musuh

Post by Karl on Mon Oct 10, 2011 2:55 pm

Kawan kini jadi musuh






KOTA BHARU – Bahang kehangatan pertandingan Piala
Malaysia semakin terasa. Gelora Pantai Timur melanda tatkala dua pasukan
negeri berjiran, Terengganu dan Kelantan bakal membuat perhitungan
pertama dalam saingan suku akhir di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin
Shah, Kuala Terengganu malam ini.



Segalanya sudah tertulis, daripada ramalan awal menjangkakan
kedua-dua pasukan bakal bertemu di pentas akhir musim ini namun ia
meleset sama sekali.



Sebaliknya kedua-dua pasukan terpaksa menghidupkan bahang
suasana ‘perlawanan akhir’ lebih awal apabila berentap dalam perlawanan
suku akhir musim ini.



Ibarat pertemuan buku dengan ruas, ia memberi signifikan yang
tersendiri buat pengendali kedua-dua pasukan, Datuk M Karathu dan Irfan
Bakti Abu Salim apabila terpaksa melupakan hubungan persahabatan yang
terjalin buat seketika demi maruah dan perjuangan pasukan masing-masing.




Kalau 18 tahun lalu kedua-dua mereka pernah berganding bahu
membantu Kelantan mara ke perlawanan separuh akhir Piala Malaysia, namun
situasi malam ini cukup mereka apabila masing-masing perlu menjadi
‘musuh’ seketika angkara aksi 22 pemain kedua-dua pasukan yang akan
berentap selama 90 minit perlawanan.



Ibarat perhitungan di antara guru dengan bekas anak murid,
Karathu dan Irfan Bakti bakal mencongakkan percaturan taktikal
tersendiri, bagi memburu kemenangan dalam pertemuan ini.



Terengganu berhajatkan kemenangan sementelah, Kelantan pula mencari bekalan gol selesa untuk di bawa pulang ke Kota Bharu.



Rekod pertemuan sepanjang musim ini seimbang bagi kedua-dua pasukan di mana masing menang sekali, seri sekali dan tewas sekali.



Dalam perlawanan Liga Super di Kota Bharu awal Februari lalu,
Terengganu mengikat keputusan seri 1-1 dengan Kelantan sementara aksi
timbal balas di Kuala Terengganu berkesudahan Kelantan mengejutkan tuan
rumah dengan kemenangan 3-0.



Kemuncaknya, kedua-dua pasukan membuat perhitungan sekali lagi
dalam pentas perlawanan akhir Piala FA yang berkesudahan pasukan
bimbingan Irfan Bakti itu menjulang kejuaraan menerusi kemenangan 2-1
dalam masa tambahan.



Tidak terhenti di situ perseteruan dua musuh tradisi bola sepak
tempatan itu, apabila kali ini memilih slot saingan suku akhir Piala
Malaysia pula sebagai penentuan sebenar pasukan mana yang layak di gelar
Gergasi Pantai Timur.



Bagi Kelantan, Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah ternyata
tidak kebal dan barisan pemain The Red Warriors bersedia melakukan
kejutan sekali lagi, dan menjadikan pertemuan ‘buku dengan ruas’ ini
bagi membuktikan Kelantan sebenarnya lebih layak untuk mencipta
kemenangan dalam pertemuan suku akhir pertama Piala Malaysia malam ini.

---Sinar Harian
avatar
Karl
co-Admin
co-Admin

Negeri :
Posts : 53
Points : 139
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum